
Salam Jumaat.
Situasinya begini:
Aku sedang dalam perjalanan. Aku singgah di surau di satu tempat tu untuk solat. Ia bukan kawasan aku. Memang tepat-tepat dah masuk waktu solat Maghrib. Usai bilal melaungkan iqamah tibalah masanya untuk imam memainkan peranan. Tiada yang mahu ke depan secara sukarela untuk memimpin jemaah solat. Ada beberapa pasang mata memandang ke arah aku. Ia seakan memberi isyarat supaya aku tampil ke hadapan. Mungkin sebab aku ada menyimpan janggut kot.
Aku agak ragu-ragu. Aku rasa eloklah tugasan tersebut diberi kepada orang setempat. Lagipun aku lihat ramai yang berusia lebih tua daripada aku. “Orang tua lebih afdhal menjadi imam”, getus hati ku.
Beberapa minit terbazir. Lantas seorang pakcik melangkah ke hadapan.
“Luruskan saf dan rapat-rapatkan saf”, ujarnya dengan suara antara perlahan dan kuat.
“Allahuakbar!” Beliau memulakan rukun solat pertama, takbiratul ihram. Beliau teruskan solat.
Perkara pertama yang aku cuba lakukan selepas itu adalah cuba fokuskan kepada solat untuk mendapatkan khusyuk. Tetapi aku ternyata gagal berbuat demikian apabila mendapati pakcik yang menjadi iman tersebut agak kurang kena bacaannya. Tajwid agak tunggang langgang. Lagu agak perlahan dan hanyut dan sebagainya. Aku menjadi tidak selesa dan kurang khusyuk sehingga selesai solat.
Dalam hati menyesal aku tak memikul tanggungjawab imam tadi.
Adakah anda pernah alami situasi seperti aku alami tadi? Ramai yang pernah alami aku rasa. Ia adalah dilema untuk jadi imam solat. Nak pergi secara sukarela dikhuatiri ada yang lebih baik bacaan daripada kita. Perasaan hormat kepada jemaah yang lebih tua daripada kita juga ada atas alasan orang lebih tua lebih afdhal untuk jadi imam. Perasaan gugup untuk menerima tanggungjawab menjadi pemimpin solat juga kita pertimbangkan.
Disebabkan alasan-alasan kita tadi, situasi diatas lah hasilnya. Yang lebih parah apabila bukan kita sahaja tidak khusyuk, makmum lain juga merasakan perkara yang sama. Semuanya disebabkan keputusan kita yang tidak mahu tampil ke hadapan tadi.
Pengajarannya, jika kita dijemput untuk menjadi imam walaupun secara bidang terjun, terimalah. Ia akan menyelesaikan banyak perkara.
Aku pernah menyuarakan perkara ini kepada rakan-rakan aku. Mereka memberi reaksi:
“Bacaan dan tajwid aku teruk, macamana aku nak jadi imam?”
Jawapan aku untuk reaksi sebegini ialah kita kena belajar memantapkan bacaan Al Quran dan tajwid. Siapkanlah kemahiran untuk menghadapi waktu sebegini. Lagipun belajar Al Quran segala ilmu yang bersangkutan dengannya memang wajib. Kita juga menggunakan bacaan ini dalam solat kita. Jadi bacaan dan tajwid kita akan menjadi betul nanti.
Belajarlah untuk diri sendiri dan masyarakat. Tak kiralah dalam konteks mana kita berbicara, ilmu amat penting. Belajar itu wajib. Ia adalah fardhu bagi semua ummat Islam.
Dalam keghairahan menuntut ilmu, carilah guru yang mursyid. Tak kiralah anda belajar Al Quran ke, Ilmu SEO ke, dan apa-apa ilmu sekalipun, guru adalah amat penting. Ia memberkati ilmu dan menjauhkan kesesatan dalam memahami ilmu.
yakin.
itu sahaja aku mampu bagitau.
titan recently posted..WordPress 3.8, Hoki, Bola Sepak dan Blogging.
Yakin beserta ilmu di dada. Kalau yakin saja tp bacaan tungganv langgang pon x selesai masalah
Bila ada ilmu. InsyaAllah selesai masalah.
takde komen lebih boh selain kena belajar.
hafizmd recently posted..Cerita Hoki Remaja Dunia, Bola Sepak dan Blogrrr…
Betul tu boh. Ambe pon berpendapat yg sama
ya boh. ambe pon sependapat dgn boh
tajwid memang kurang arif, sentiasa dan masih belajar lagi.
nampaknya akan datang bro kedepanlah jadi imam….heee
saya pon masih belajar tuan. hehehehe
bljr dari pengalaman… jgn menolak utk jadi imam solat… yakin yg kita mmp jadi imam yg baik…. dan yg pling pnting kena biasakan… bila dah jadi kebiasaan, tak rasa kekok lagi.. insha Allah..
myfirdz recently posted..Cara Nak Pastikan Software Android Original atau Tiruan
bkn nak menolak dan bukan tak biasa jd imam. tp kengkadang hormatkan org yang lbh tua dan mungkin lebih warak…
itulah yang orang kita selalu tolak tolak time nak jadi imam..
KiD recently posted..Freemason di Johor
hahahaha.. Kid selalu kena tolak ke?
banyak kali alami situasi macam ni
ko tengok aku, aku tengok ko, ini realiti
klu keadaan terdesak, memang perlu tampil jadi imam
cuma, ragu-ragu nak tampil sebab hormat org lebih tua, mungkin lebih alim dari kita 🙂
penaberkala recently posted..Southville City @ KL South, Bangi
Ya betul tu. Itulah yg aku rasa
hehe..pernah alami benda yang sama masa kat RNR temerloh apabila disuruh jadi iman oleh 2-3 jemaah berjubah orang kat surau tu….kebetulan aku pun pakai jubah belang2 dan berjanggut ingatkan aku ni pak lebai…belasah je lah walaupun rasa cuak gile…nasib baik solat asar..
Zufar recently posted..Panduan Bercuti ke Tempat Menarik Di Terengganu
Kalau solat zohor dan asar ok lg sbb bacaan kita x dgr
teringat zaman sekolah menengah dulu bila baca entri ni.ehehhehe
Farisya Anastasyia recently posted..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
heheheh. FA imam besar ke masa skolah dulu?
heheheh. FA imam besar ke masa skolah dulu?
Kalau surau yang selalu kita pergi mungkin tak keberatan nak jadi imam, sebab kita dah tau siapa yang boleh siapa yang tak boleh. Kalau singgah surau dalam perjalanan tu yang agak dilema la.
Fadhil recently posted..Salam Media: Pengiklanan Patuh Syariah
Ya betul. Kalau bkn tpt kita susah sikit. Tp kalu org tolak pergi jer
Assalammualaikum… bro sohoque,
memang benar kita kena mantapkan bacaan takwid agar pape nanti senang kalau jd imam kan..
mselim3
mselim3 recently posted..Contest SEO Eridy
ya. belajar tajwid tu wajib untuk bacaan Quran esp masa jadi imam
terasa seram sejuk bila dipelawa jadi imam. tapi takpe kalau dah semua taknak.. kita wajib ambik tanggungjawab. pernah juga alami perkara macam ni. alasan yang tak boleh blah, ada orang tu kata seluar dia kotor la.. tak boleh jadi imam… dalam hati nak gelak pun ada.. kesian pun ada.. kalau seluar tak suci, jadi imam tak boleh, jadi makmum tu boleh ke? hehehe.
Amran recently posted..Remaja buru cinta
Hahahaha. Nak gelak pon ada
kat tempat saya lak pak imam ni asyik offer saya ke depan je time nak solat tapi saya seganla nak berdepan dgn makmum2 walaupun dah biasa dan kenal lama, takat ni saya belum pernah imamkan jemaah kecuali kt rumah dgn isteri dan anak2, hati ada gak terasa macam nak sesekali imamkan jemaah kat surau
nanti boleh la sekali try jd imam.. kalau ok blhlah regular