More

    Dilema Jadi Imam Solat

    kedudukan dalam solat berjemaah
    Kenapa ramai dalam diema apabila dipelawa untuk jadi imam solat

    Salam Jumaat.

    Situasinya begini:

    Aku sedang dalam perjalanan. Aku singgah di surau di satu tempat tu untuk solat. Ia bukan kawasan aku. Memang tepat-tepat dah masuk waktu solat Maghrib. Usai bilal melaungkan iqamah tibalah masanya untuk imam memainkan peranan. Tiada yang mahu ke depan secara sukarela untuk memimpin jemaah solat. Ada beberapa pasang mata memandang ke arah aku. Ia seakan memberi isyarat supaya aku tampil ke hadapan. Mungkin sebab aku ada menyimpan janggut kot.

    Aku agak ragu-ragu. Aku rasa eloklah tugasan tersebut diberi kepada orang setempat. Lagipun aku lihat ramai yang berusia lebih tua daripada aku. “Orang tua lebih afdhal menjadi imam”, getus hati ku.

    Beberapa minit terbazir. Lantas seorang pakcik melangkah ke hadapan.

    “Luruskan saf dan rapat-rapatkan saf”, ujarnya dengan suara antara perlahan dan kuat.

    “Allahuakbar!” Beliau memulakan rukun solat pertama, takbiratul ihram. Beliau teruskan solat.

    Perkara pertama yang aku cuba lakukan selepas itu adalah cuba fokuskan kepada solat untuk mendapatkan khusyuk. Tetapi aku ternyata gagal berbuat demikian apabila mendapati pakcik yang menjadi iman tersebut agak kurang kena bacaannya. Tajwid agak tunggang langgang. Lagu agak perlahan dan hanyut dan sebagainya. Aku menjadi tidak selesa dan kurang khusyuk sehingga selesai solat.

    Dalam hati menyesal aku tak memikul tanggungjawab imam tadi.

    Adakah anda pernah alami situasi seperti aku alami tadi? Ramai yang pernah alami aku rasa. Ia adalah dilema untuk jadi imam solat. Nak pergi secara sukarela dikhuatiri ada yang lebih baik bacaan daripada kita. Perasaan hormat kepada jemaah yang lebih tua daripada kita juga ada atas alasan orang lebih tua lebih afdhal untuk jadi imam. Perasaan gugup untuk menerima tanggungjawab menjadi pemimpin solat juga kita pertimbangkan.

    Disebabkan alasan-alasan kita tadi, situasi diatas lah hasilnya. Yang lebih parah apabila bukan kita sahaja tidak khusyuk, makmum lain juga merasakan perkara yang sama. Semuanya disebabkan keputusan kita yang tidak mahu tampil ke hadapan tadi.

    Pengajarannya, jika kita dijemput untuk menjadi imam walaupun secara bidang terjun, terimalah. Ia akan menyelesaikan banyak perkara.

    Aku pernah menyuarakan perkara ini kepada rakan-rakan aku. Mereka memberi reaksi:

    “Bacaan dan tajwid aku teruk, macamana aku nak jadi imam?”

    Jawapan aku untuk reaksi sebegini ialah kita kena belajar memantapkan bacaan Al Quran dan tajwid. Siapkanlah kemahiran untuk menghadapi waktu sebegini. Lagipun belajar Al Quran segala ilmu yang bersangkutan dengannya memang wajib. Kita juga menggunakan bacaan ini dalam solat kita. Jadi bacaan dan tajwid kita akan menjadi betul nanti.

    Belajarlah untuk diri sendiri dan masyarakat. Tak kiralah dalam konteks mana kita berbicara, ilmu amat penting. Belajar itu wajib. Ia adalah fardhu bagi semua ummat Islam.

    Dalam keghairahan menuntut ilmu, carilah guru yang mursyid. Tak kiralah anda belajar Al Quran ke, Ilmu SEO ke, dan apa-apa ilmu sekalipun, guru adalah amat penting. Ia memberkati ilmu dan menjauhkan kesesatan dalam memahami ilmu.

    Latest articles

    Related articles

    26 Comments

    1. terasa seram sejuk bila dipelawa jadi imam. tapi takpe kalau dah semua taknak.. kita wajib ambik tanggungjawab. pernah juga alami perkara macam ni. alasan yang tak boleh blah, ada orang tu kata seluar dia kotor la.. tak boleh jadi imam… dalam hati nak gelak pun ada.. kesian pun ada.. kalau seluar tak suci, jadi imam tak boleh, jadi makmum tu boleh ke? hehehe.
      Amran recently posted..Remaja buru cintaMy Profile

    2. kat tempat saya lak pak imam ni asyik offer saya ke depan je time nak solat tapi saya seganla nak berdepan dgn makmum2 walaupun dah biasa dan kenal lama, takat ni saya belum pernah imamkan jemaah kecuali kt rumah dgn isteri dan anak2, hati ada gak terasa macam nak sesekali imamkan jemaah kat surau

    Leave a Reply to Farisya Anastasyia Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge