Hari minggu ni… Apa aktiviti korang? Balik kampung? Jalan-jalan cari makan? Ke rileks je kat rumah? Aku hari minggu ni ada beberapa aktiviti yang sudah dirancang. Jika tak der aral itulah yang akan aku buat.
Dilwale
Hari Sabtu, aku ada appointment dengan Dato Shah Rukh Khan kat pavilion KL. Tengok movie Dilwale ler apa lagi. Aku adalah antara segelintir manusia yang belum tonton filem Dilwale ni. Usahkan tengok, sinopsis filem Dilwale ni pun aku tak tau.
Dengar orang cerita je sebelum ni. Nak tengok tak sampai seru lagi. Rasa cam rugi jer beli tiket cerita hindi ni. Hahaha. Pendapat aku jer ni. Jangan marah…!
Tapi bila Kelab Blogger Ben Ashaari dapat tiket untuk bagi pada blogger pergi tengok secara percuma, aku lantas setuju untuk pergi. Sebabnya boleh bawak keluarga sekali. Inilah peluangnya… Hehehe
So nanti boleh la aku review mengikut pendapat aku kat blog ni.
Jualan Gudang Chocolate Museum Kota Damansara
Hari Ahad ni pulak aku plan nak ke Kota Damansara lagi. Muzium coklat yang terletak di area Kota Damansara itu akan ku terjah sekali lagi.
Jika Sabtu lepas aku pergi atas jemputan pihak muzium ini, kali ni pergi sendiri. Untuk apa? Haaa… Seperti yang aku shout out kat media sosial sebelum ni, bermula Jumaat hinggalah Ahad, muzium ini mengadakan jualan gudang tahunannya.
Harga-harga coklat baik dari luar negara seperti Ferrero Rocher, cadbury dan sebagainya dan keluaran tempatan seperti Danson, Millton, Fidani dan lain-lain diberi diskaun yang korang takkan jumpa di tempat lain.
Muzium ini berurusan terus dengan syarikat-syarikat coklat terkemuka di luar negara untuk membawa masuk coklat jenama antarabangsa ke sini. Manakala untuk jenama tempatan, kebanyakannya dihasilkan sendiri di kilang-kilangnya. Sebab itulah harga yang ditawarkan di sini lebih murah daripada tempat lain.
Ada yang mengatakan bahawa harga coklat di sini lebih mahal daripada yang ditawarkan di pasaraya lain. Sebenarnya persepsi ini perlu dibetulkan. Perbandingan harga perlu dibuat di dalam kategori yang sama. Epal haruslah dibandingkan dengan epal.
Harga coklat import perlu dibandingkan dengan harga coklat import di luar sana bukannya banding dengan jenama tempatan.
So, kepada korang yang kaki coklat, jom pergi ke Chocolate Museum Kota Damansara hujung minggu ni. Hari Jumaat ni dah mula sebenarnya jualan gudang ni. Ia akan berakhir pada hari Ahad.
Jumpa di sana ya kepada sesiapa yang berkelapangan nanti!!!
kalau dekat..dah serbu dah gudang coklat tuuuuu ….
amacam bam HOQ … dapat jumpa kareena kapoor tak ? hahaa
lisa recently posted..Kenapa Pilih Jus Annona ?
hahhaha… jumpa Lata Mangeshkar… gagah lg dia walaupun dah tua