


Mendapat jemputan makan malam sambil beramah mesra dengan rakan blogger yang baru dan lama. Ada pula cabutan bertuah dan hadiah untuk pakaian yang paling berwarna-warni. Siapa yang tak nak, ya tak? Makan free dapat, peluang dapat hadiah pun dapat, kenalan baru pun dapat. Ilmu blogging pun dapat.
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada blogger BroFramestone kerana sudi menjemput aku ke majlis AllDay Makan di Mukha Cafe, Taman Tun Dr Ismail semalam. Majlis yang menemukan aku dengan ramai blogger yang aku belum pernah jumpa secara berdepan sebelum ini.
Majlis anjuran Allday Media ini diadakan selain untuk berkenalan dengan bloggers yang hadir adalah untuk memperkenalkan syarikat tersebut kepada para bloggers. Syarikat pengiklanan ini memang tidak asing lagi kepada para bloggers. Dahulunya ia dikenali sebagai Advertlets.
Menurut pengarah Pembangunan Perniagaannya, Mr Josh Lim, Allday Media akan menceburi pelbagai cara pengiklanan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada pelanggan baru dan sedia ada. Mereka akan lebih agresif di tahun 2014 yang bakal menjelang tiba. Dengan nama baru ini diharap syarikat ini akan terus maju dan memberi faedah kepada para bloggers semua.
Mukha Cafe, nama macam biasa aku dengar. Tetapi aku tiada idea di mana lokasinya walaupun alamatnya telah disertakan di dalam emel jemputan. Kebetulan pada petang semalam aku ada satu temujanji dengan klien Unit Trust aku di sekitar Taman Tun Dr Ismail.
Aku bergegas ke lokasi Mukha Cafe seawal pukul 3.30 petang untuk memastikan lokasinya. Tidak susah untuk lokasi tersebut. Namun keadaan lorong yang agak sesak di waktu pejabat sedikit melambatkan pergerakan.
Dah tau tempat aku pun terus berjumpa klien di McDonald Taman Tun Dr Ismail tidak jauh dari situ. Jadi sempat lah aku memberi khidmat nasihat kepada klien aku yang setia ni. Sempat juga aku mengecas smartphone aku yang tinggal 10% baterinya pada masa itu.
Pukul 7 malam aku bertolak ke Mukha Cafe. Aku pada mulanya menyangkakan susah untuk mencari parkir di sana memandangkan petang tu keadaan agak sesak. Tetapi sangkaan aku meleset kerana aku senang saja dapat parkir untuk kereta aku.
Cafe ini sederhana sahaja besarnya. Dihias dengan suasana klasik dengan perabot dan perhiasan antik seperti telefon antik, jag dan tembikar lama, jam antik dan banyak lagi barangan antik lain.



Aku terfikir apakah makanan yang best kat sini. Lantas aku periksa aplikasi Foursquare aku. Membaca komen rakan di aplikasi ini kadang-kadang boleh memberikan anda idea tentang sesuatu tempat yang anda lawati.
Antara yang pelawat cadangkan di aplikasi itu ialah Beef Bamia, Kek Cokelat, Steak Sandwich Kacang Fol, Lamb Cutlet, dan Egg Benedict. Ini adalah “a must try” ataupun makanan-makanan yang mesti dicuba di cafe ini.
Namun semalam semua menu tersebut tidak dihidangkan kepada kami. Tetapi menu yang ada seperti Chips and Gravy dan Sandwich tidak kurang enaknya. Kek Cokelat juga turut dihidangkan bersama-sama air jus peach.



Seperti biasa, blogger kalau nak makan memang tidak sah kalau tidak tangkap gambar makanan dulu. Lagipun majlis tersebut mengesyorkan bloggers yang datang supaya mengambil gambar dengan menggunakan Instagram dengan hashtag #AlldayMakan dan #MukhaTTDI. Ada hadiah menanti untuk instagram terbaik.



Secara keseluruhan aku berpuashati dengan cafe ini. Kalau datang di hari biasa (bukan di majlis Allday yang makanannya ditaja) aku rasa akan banyak pilihan-pilihan menu yang menarik seperti yang dicadangkan oleh pengunjung di dalam aplikasi Foursquare tadi.
Dengan menu-menu yang tertera di dinding dan dengan komen-komen pengunjung di Foursquare, ditambah dengan menu yang dihidangkan semalam aku tidak teragak-agak memberikan rating 3.5 daripada markah penuh 5 untuk semua aspek termasuk menu, susun atur kedai, kebersihan dan sebagainya.



Kepada sesiapa yang nak datang kesini pada waktu malam jangan risau sangat pasal parkir sebab ianya tidak sesesak pada waktu pejabat. Lokasinya memang mudah dicari. Boleh gunakan Waze, Google Maps dan lain-lain GPS. Ia akan membawa anda ke depan pintu Cafe ini.
Selamat menjamu selera di Mukha Cafe.
Pukul
Bestnya.. Tuan pun join sekali projek dinner bersama Allday media.. Tentu ramai blogger yang join masa tu… 😉

Anuar recently posted..Pengalaman Berharga Menyertai Himpunan Penulis Blog Terbesar di Malaysia
sudah tentu best tuan. dpt beramah mesra dgn blogger baru dan otai
menarik restoran ni sambil makan sempat jamu mata dengan barang-barang antik…

Denaihati recently posted..Keputusan PMR 2013 kakak pada 19 Disember
Kitab agama jugAk ada kelihatan. Ada yg utk dijual
sedak molek tu boh

ngango molek napok,haha
penaberkala recently posted..Review Aplikasi Android Denaihati Terbaru
Buleh tahan jugok boh kedai ni
makanan memang sedap!!
ni mak yg cakap ke, baby dlm perut yg cakap?
Dengar cerita, kalau ada event macam nie. Mu harap sangat Bro jemput. Betul ke? (sambil ada awek baju merah lalu depan mu)

Bro Framestone recently posted..Nokia Lumia 525 – RM499 Di Pasaran Malaysia
hehehehe… event mcm ni la yg dicari2 bro… hahahahah
Selamat maju jaya kepada AllMedia lada tahun 2014. Chips & Gravy di Mukha Cafe terbaik.

akubiomed recently posted..Private Function AllDay Media di Restoran Mukha Cafe TTDI KL
Moga AllDay Media dpt memberi tempias kepada income blogger. hehehehe
Semoga perniagaan maju jaya. Tengok respond pun positif sahaja.

Bahrain recently posted..Makanan Di Pesawat AirAsia
Moga blogger juga akan mendapat manfaat drp AllDay Media
makanan semua terbaik…tempat pn best… 🙂

Alyza Fisol recently posted..Grand Launch at The Atmosphere & Artsy Affair
yup. betul tu.. hehhehhe