169

Doa Ketika Di Dapur

Indahnya Islam. Segalanya ada prosedur. Semuanya ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Banyak doa-doa dan zikir-zikir yang disarankan untuk kita amalkan. Sehinggakan doa ketika di dapur pun ada.

Doa ketika di dapur

Foto ihsan Flikr

Biasanya yang suka duduk di dapur ni orang perempuan. Ya tak? Tapi ada juga orang lelaki yang suka masak. Salah seorang daripadanya adalah aku sendiri. Ops, pembetulan. aku bukan suka sangat memasak tetapi cuba meringankan beban isteri.

Isteri aku berkerja. Aku pun berkerja. balik rumah, isteri aku kena masak. Aku? Takkan aku nak goyang kaki tengok saja. Tak adil la kan?

Mula-mula dulu janggal jugak. Lama-kelamaan dah jadi biasa. Setakat ayam masak kicap dan ayam masak merah tu, kacang la bagi aku. Apatah lagi masak maggi. Hahahaha.

Menolong menyediakan makanan untuk keluarga dah dapat pahala dah bagi isteri. Ditambah pula dengan amalan doa ketika di dapur. Lagi la banyak dapat pahala untuk isteri.

Sebelum ini aku hanya amalkan selawat sahaja ketika aku menyediakan makanan. Contohnya semasa membasuh beras untuk dimasak, aku membaca selawat sambil mendoakan supaya rumahtangga aku aman. anak dan isteri aku menjadi penghibur dan sejuk mata memandang (qurrata a’yun).

Basuh beras pun ada caranya. Basuh beras dengan cara menggaul dan membuat pusingan bertentangan pusingan jam ataupun mengikut arah pusingan tawaf. Masa itu lah selawat dibaca.

Petua ini aku dapat daripada seseorang. Aku pun dah tak ingat siapa “guru” tersebut.

Rupanya di di dapur pun ada adap, tertib dan doanya. Aku terjumpa di facebook tentang doa ketika di dapur ini. Aku rasa para isteri dan suami boleh amalkannya.

Ini adalah doanya:

Doa Masuk Dapur 

 رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami. [18:10]

Doa Waktu Sukat Beras (Baca 3 kali)

 الحَمدُ للهِ الَذي اطْعَمَنَا  مِنْ جُوعٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makan daripada kelaparan.

doa ketika di dapur - masak nasi

Doa Buka Periuk (Baca 3 kali)

 اللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيهِ وَأَطْعِمْنَا خَيْرًا مِنْهُ

Ya Allah berkatilah kami daripadanya dan kurniakanlah kami makanan yang lebih baik darinya (At-Tarmizi 5/506. Sahih At-Tarmizi 3/158.)

Zikir Waktu Masak (Baca 3 kali)

 لَيْسَ لَهَا مِنْ دُونِ اللَّهِ كَاشِفَةٌ

Tidak ada yang akan menyatakan terjadinya hari itu (kiamat) selain Allah. [53:58]

(Kacau ikut lawan jam)

Doa Potong Sayur & Buah (Baca 3 kali)

 فَذَبَحُوهَا وَمَا كَادُوا۟ يَفْعَلُونَ

Maka mereka pun menyembelih ia, dan hampir-hampir mereka tidak menunaikan (perintah Allah) itu. [2:71]

Doa Letak Periuk/Kuali Atas dapur (Baca 3 kali)

 فَسَيَكْفِيكَهُمُ اللَّهُ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Maka Allah akan memelihara kamu dari mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [2:137]

Doa Simpan Beras (Baca 3 kali)

 وَتَرْزُقُ مَن تَشَاء بِغَيْرِ حِسَابٍ

Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya. [3:27]

Doa ketika di dapur ini semuanya adalah daripada ayat Al Quran dan hadith. Jadi membacanya insyaAllah akan mendapat ganjaran.

Jadi, kepada isteri, ibu maupun anak dara, jika berada di dapur menyediakan makanan untuk keluarga tu, boleh lah amalkan doa-doa ini. Niatkan dan doa di dalam hati agar rumahtangga kita bahagia, terhindar daripada perkara-perkara yang tak diingini dan sebagainya.

Semoga rumahtangga kita sentiasa dibawah naungan keberkatan Allah jua.

Selamat beramal dengan doa ketika di dapur.

 

p/s: Oh ya.. kalau korang boleh tengok resipi ayam masak merah ciptaan aku ni ha.. (klik link)

 

Show Comments

2 Comments

  1. titan August 19, 2013
    • sohoque August 19, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: