Doa Untuk Anak-Anak Yang Bakal Menghadapi PT3 dan UPKK…

0
547

Hari ini bermulalah perjuangan 2 orang anak aku dalam peperiksaan. Iqbal dengan peperiksaan PT3 nya.. Iffah pula ada peperiksaan UPKK.

Selain anak-anak aku, 3 orang anak saudara aku juga terlibat dalam peperiksaan ini. Hakim, Jazmi, dan Nadhirah semuanya akan menjalani peperiksaan UPKK hari ini.

Petang semalam aku sempat melawat anak aku si Iqbal yang tinggal di asrama. Riang semacam jer dia bila kami datang bawak pizza. Namun di mulutnya tak lekang dengan ayat: “Seram sejuk la Papa..”. Hurmmm aku mampu senyum jer. Teringat zaman peperiksaan dulu.

Kebetulan aku ada menerima mesej di dalam Whatsapp group tentang doa untuk anak-anak yang bakal mengambil peperiksaan. Aku kira doa yang menyeluruh ini boleh dijadikan panduan sebagai matan untuk kita meminta doa daripada Allah.

Ini doanya.. (Terima kasih kepada pengirim..)

Ya Allah,
Mulai hari ini, anak anak kami akan menduduki peperiksaan PT3 & UPKK. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,
Peliharalah kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

Ya Allah..
Alirkan kebijaksanaan ke dalam minda anak anak kami agar mereka dapat menjawab dengan baik sepertimana skema jawapan.

Ya Allah..
Kau nampakkan jawapan yang betul dalam minda anak anak kami kerana Kau Maha Menampakkan

Ya Allah..
Bukakanlah minda anak anak kami seluas langit dan bumi agar mereka nampak segala jawapan yang betul.

Ya Allah..
Aku serah seluruh jiwa raga anak anak kami hanya kepadaMu utk Kau uruskan sebaik2nya sepanjang mereka exam ini..

Ya Allah…
Kau aturlah otak dan minda juga jari jemari mereka utk menjawab dgn pimpinanmu Ya Hadi.
Aku yaqin hanya kuasaMu shj Ya Allah.. Aku tiada daya..

Aameen Yaa Rabbal ‘Aalameen…

Moga mereka semua bertemu kejayaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here