Done Hari Pertama UPKK dan PT3

0
437
cof

“Papa.. kakak buat macam papa ajar semalam.. 4 jer yang kaka bulatkan…”

Terus terpacul ayat tu daripada Iffah pukul 4 tadi, masa aku jemput dia dari sekolah agama. Dia baru jer selesai menjawab kertas peperiksaan UPKK di hari pertama.

Apa yang dimaksudkanny adalah apa yang aku kongsi cara aku untuk agak berapa aku dapat skor dulu. Apa yang aku buat ialah, habis jer jawab semua soalan, sebelum hantar kepada pengawas peperiksaan, aku akan tengok dulu soalan-soalan tu. Masa aku jawab sebelum tu aku akan tandakan bulat pada nombor soalan yang aku tak sure aku jawab betul ke tidak dan soalan yang aku memang tak tau jawapan.

So soalan yang aku tandakan bulat ni memang aku anggap salah. Jadi akau akan kira berapa yang aku bulat. So aku tau la at least aku dapat berapa untuk subjek tu secara agakan. Yang pasti selalunya akan dapat lebih daripada tu sebab yang tak sure tu kemungkinan untuk betul adalah lebih daripada 50%. Yang tak tau aku tembak. Probability tembak ni ada la jugak dalam 30% betul kot. hehehe.

murid darjah 5 SRA Bkt Jelutong

So kalau ikut Iffah cakap tadi 4 dia bulat. Maknanya 4 salah. So masih ada harapan nak dapat A lagi. Mudah-mudahan betul.. Aameen..

Iqbal pulak aku tak sempat nak jenguk dia kat sekolah untuk bagi sokongan moral. Tadi aku tak sihat. Flat.. Maybe sebab tak cukup tudur kot. Sebab selepas aku tidur 2 jam tadi, bangun tu terus segar.

Tapi walaupun tak pergi aku support dari jauh. Sempat la aku amalkan amalan ibubapa sewaktu anak di dalam dewan peperiksaan yang dikongsikan oleh Ustaz Don Daiyal dulu. Daripada pukul 8 pagi hingga pukul 11 lebih aku kat Masjid tadi. Alhamdulillah. Harap usaha aku dipandang Allah s.w.t.

Dapat perkhabaran Iqbal pun daripada jiran aku yang anaknya turut bersekolah bersama Iqbal. Memang anaknya kawan baik anak aku juga. Study pun bersama-sama. Malam tadi tak boleh tidur katanya. Ada orang lain buat bising dalam dorm. Akibatnya tak cukup tidur dan ngantuk masa jawab soalan Matematik. Hurmmm sedih gak aku. Kesian diorang.

Aircond pun terlalu kuat hala pada diorang dalam dewan peperiksaan. Diorang dah komplen pada pengawas tadi. Harap ada tindakan daripada pengawas peperiksaan.

Besok aku akan ke sana menjenguk Iqbal. Besok subjek Sains yang susah. Masa peperiksaan percubaan, beberapa kerat jer yang dapat A. Ramai yang dapat C termasuklah Iqbal. Hurmmmm… Harap kedatangan aku besok memberi semangat pada dia dan rakan-rakan.

Apa yang aku perhati, PT3 ni skema jawapan diorang agak lain daripada peperiksaan lain. Ada soalan tu cikgu sendiri pun tak dapat jawab. Terutama yang melibatkan soalan KBAT. Getir juga perjuangan diorang ni.

pa-apa pun aku harap segala usaha dan doa mereka ni mendapat tempat di sisi Allah. Aku dulu pun bukannya pandai sangat. Tapi sebab kesungguhan beajar dan doa tanpa putus, Allah bagi keajaiban. Subjek yang aku tak pernah lulus mendapat A dengan cermerlangnya. Cikgu yang ajar tu awal-awal lagi datang dan ucap tahniah kat aku masa ambik result kat sekolah. Harap “pertolongan” istimewa tu berulang kepada anak aku pulak kali ini.

Aameen Ya Rabbal ‘Aalameen…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here