More

    Drama Air Mata di Awal Pagi…

    Drama air mata di pagi hari…

    Pukul 6.40 pagi kami (aku, isteri dan Iffah) sampai di rumah pengasuh baru Ifza. Sepatutnya semalam kami dah hantar dia. Tapi semalam tetiba pulak ekzema dia agak teruk. Kulit kering semacam jer.

    So aku ambil keputusan untuk men”cuti”kan diri dan jaga dia secara intensif semalam. Kerja Unit Trust Consultant macam aku ni senang. Aku apply cuti, aku sendiri yang luluskan.. hahaha…

    Harapan aku agar kulit keringnya beransur pulih dan gatalnya berkurangan. Takut juga nak hantar kerumah pengasuh baru dengan keadaan dia macam ni. Kang terkejut pulak pengasuh tu nanti. Dibuatnya tak nak jaga sebab terkejut nanti.. macamana..?

    Sebenarnya pengasuh ni bukan orang baru yang kami baru kenal. Dah agak lama kami kenal. In fact dialah tukang jahit isteri aku dan anak-anak perempuan aku. Baju raya semua tempah dengan dia. Senang.. Siap dengan kain dia sediakan.

    Ifza dan cousins

    Since dia ada anak kecil seusia ifza, isteri aku pernah berbincang dengannya pasal nak minta tolong dia jagakan ifza. Nanti kami bayar jer upah jaga kat dia. Dia bersetuju. Sebabnya nanti anaknya pun ada kawan. Kami rancang nak hantar sekolah sama nanti. So dia boleh ambil ifza sekali dengan anaknya masa balik daripada sekolah. Tak perlu aku uruskan dengan van sekolah.

    Lagipun risau jugak darjah satu nak biarkan dia naik van sekolah sorang-sorang. Tak tau apa-apa lagi si Ifza ni. Gerun fikir kot-kot jadi perkara yang tak diingini yang aku pernah baca di dada-dada akhbar dewasa ni. Wana’udzubillah…!

    Jadi langkah untuk tinggalkan dia dengan pengasuh baru ni aku fikir amat sesuai dengan keadaan kami masa ni.

    Rumah pengasuh baru ni pun aku tengok bersih jer. Ada pendingin hawa. Rumahnya pun di dalam UITM (suaminya lecturer UITM). So dari segi sekuriti memang aku dah tak risau.

    Macam yang aku ceritakan dalam entri Kerja Bertemankan Anak… sebelum ni aku ada terfikir nak masukkan dia ke sekolah tadika. Ini untuk dia belajar bergaul dan belajar menulis dan membaca terutamanya English. Belajar English seusia muda sebegini bagus untuk anak. Dia pulak biasa layan Youtube dan kartun English. So boleh lah dia praktis terus nanti. Abang dia si Iqbal dulu macam ni la aku buat. Hasilnya English dia tak der la ketinggalan. Vocab dia power jugak…!

    InsyaAllah kalau tak masuk Pra Sekolah Ifza akan masuk tadika Islamic Junior Cambridge ni tahun depan

    Tapi aku ubah niat untuk hantar ke tadika dan putuskan untuk tinggalkan bersama pengasuh baru. Ada beberapa sebab. Antaranya:

    Takut Ifza tak boleh catch up

    Dah setengah tahun sejak tadika memulakan sesi pembeljaran 2017. Dah banyak bebudak sana belajar. Takut nanti Ifza mengalami kesukaran untuk catch up dengan kawan-kawan di tadika tu.

    Bila ini terjadi aku takut dia rasa rendah diri dan kurang rasa seronok untuk ke tadika.

    So selepas berfikir panjang, aku dan isteri decide… awal tahun depan jer lah hantar dia ke tadika atau pra sekolah terus.

    Kos yang bukan sedikit

    Kos.. walaupun masuk di pertengahan tahun tak banyak yang diorang diskaunkan. Bila congak-congak macam mahal pulak perbanding dengan masuk di awal tahun persekolahan.

    So, sabar lah dulu. Lagi pun aku tengah nak pakai duit ni. So jumlah lump sum yang nak kena bayar kalau daftar tadika nanti boleh aku arahkan kepada perkara yang lebih utama.

    Kenderaan

    Nak menghantar waktu pagi ok. Sekali harung jer masa nak hantar Iffah ke sekolah rendah. Masalahnya masa nak balik tu. Nak kena cari transport yang betul-betul aku oercaya untuk ambik dia. Dan aku payah nak percaya orang ni melainkan family aku dan orang yang aku kenal betul.

    Nak masukkan dia ke Daycare (yang juga disediakan oleh tadika tu dengan bayaran tambahan), bukan murah. Kena tanggung kos lagi.

    Aku dan isteri memang selalunya akan sampai rumah lewat petang. Bila kira dengan kelewatan tu lebih kurang RM20 pulak sehari aku kena bayar Over Time (OT).

    Bayaran OT
    RM20 x 5 hari = RM100
    RM100 x 4 minggu = RM400

    Yuran Daycare = rm150/sebulan

    –> RM150+RM400 = RM550/sebulan

    Fuuuh banyak gak kena bayar tu…!

    Lebih baik aku halakan perbelanjaan tu kepada perkara yang lebih utama keperluannya seperti saving bulanan untuk anak dan sebagainya.

    So last-last aku dan isteri decide hantar ke rumah pengasuh baru jer. Tadi menangislah dia. Hasrat dia nak ikut aku pergi kerja sekali dengan aku… macam kebanyakan hari yang aku buat selepas cuti raya ni bebaru ni.

    So berdrama air matalah tadi pukul 6.40 pagi. Heheheh. Petang nanti nak tengok ok ke tak dia duk sana. Aku rasa ok jer tu…

    Latest articles

    Related articles

    3 Comments

    Leave a reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge