Assalamualaikum dan salam sejahtera.
D’Stall Restaurant and Cafe ataupun D’Stall Corner adalah sebuah restoren yang menyediakan makanan seperti steambot, makanan barat, sarapan pagi dan pelbagai pilihan masakan panas yang lain.
Dah lama aku teringin nak datang ke sini untuk menyaksikan perlawanan yang melibatkan pasukan Liverpool FC. Selama ini aku dengar je daripada kawan-kawan penyokong kelab Liverpool FC Malaysia tentang Mini Anfield Malaysia ni. Dulu ada satu majlis sambutan hari raya puasa yang diadakan di sini. Tapi aku tidak berkesempatan untuk hadir.
Namun malam tadi, tertunailah hasrat di hati apabila aku dengan jayanya menyaksikan perlawanan antara Liverpool menentang Manchester United. Lebih manis lagi kehadiran aku yang pertama kali ke situ adalah untuk menyaksikan pasukan kesayangan aku membelasah Manchester united dengan 3 – 0.
Memang meriah betul kat Mini Anfield tu. Kalau tak silap aku, peminat fanatik Liverpool yang hadir semalam jika tak cecah angka 1,000 pun hampir dengan angka tersebut la.
Sangat meriah. Peminat menyanyikan lagu anthem Liverpool FC bersama-sama, bersorak dan meraikan jaringan demi jaringan bersama-sama. Suasana yang sukar didapati selain daripada di Mini Anfield Malaysia ini.
Turut hadir pada malam tadi ialah wakil daripada kelab peminat Liverpool FC Singapura. Selain daripada ucapan presiden Kelab Penyokong Liverpool malaysia dan ucapan wakil Kelab Penyokong Liverpool FC Singapura, cabutan bertuah juga diadakan. Pelbagai hadiah yang disediakan untuk pemenang.
Untuk menghadiri perhimpunan ini, kupon sebanyak RM10 perlu dibeli. Ia amat berbaloi kerana dengan RM10 itu, peminat mendapat 1 burger, 1 Sandwich, 1 air kotak dan 1 air mineral. Air minuman pula disediakan secara percuma di situ.
Oh ya, turut hadir bersama pada malam tadi ialah Geng Blogger Penyokong Liverpool iaitu blogger Wan Gerard, Melastik Bintang dan Bean Moreno. Terima kasih kepada Bro Wan Gerard kerana sponsor tiket kami pada malam tadi.
Memang seronok dapat menyaksikan perlawanan pasukan Liverpool secara beramai-ramai dengan peminat – peminat yang lain. InsyaAllah jika ada perlawanan penting yang melibatkan pasukan Liverpool FC aku akan ke sini lagi di masa akan datang.
Yang paling seronok waktu macam itu ialah waktu bersorak GOL
Abdur recently posted..Pengguna Domain Photography Pertama Di Malaysia
Ya. Betul tu.
biasa jer… 😛
azwan recently posted..Tukar Pemain Import Yang Tidak Berkualiti
Eh sorry MU fan. Tak der kutuk2 kan dlm entri ni. Hehehehe
akhirnya sampai jugak kat sini ye bro hehe..power tu menang 3-0
Wan Gerrard recently posted..Video Gol Man Utd 0-3 Liverpool
Ya bro. Tq pd bro sbb sudi sponsor kupon
huh meriah…memang rare la siap ada suar lagi..:)
W.R recently posted..Anak Selalu Menjerit
Mmg best bro. Mcm kat stadium
Tempat memang menarik nie….. apa lagi kasi arrange buat FOOD REVIEW la bro…. okey ker ?
Hazman Fadzil recently posted..HAZMAN vs FOOD – Kenny Rogers ROASTED WHOLE CHICKEN
Ada gak dlm kepala tu sifu yop man
Seronok dapat lepak dengan mereka yang mempunyai minat dan sokong pasukan yang sama.
akubiomed recently posted..Zombi Kilang Biskut kembali menghantui pawagam
yup betul tu bro.. sgt seronok
Ini kalau orang Man Utd masuk nayaaa ni
Amirul recently posted..Jagalah Aib Aku Ya Allah!
tak per.. entri ni tak der kutuk team lain pun..
[…] saya rembat dari blog Sohoque memandangkan time ni bateri handphone dah kelaut. Nampak tak. Kat hujung belah sana ada satu kedai […]
next game kita layan lagi…aku biasa sensorang je layan kalau ada geng sedap skit share pendapat…apapun sorrylah aku tgk bola mulut memang teruk skit hihih
hahahah.. cantek la bro
siap ada bakar suar lagi, macam stadium lah, mungkin lebih hebat sebab dapat burger free..heee
Denaihati recently posted..Majlis Penyampaian Hadiah Contest Funderful Video Yeo’s
hahahah.. mmg happening la..