Alhamdulillah. Hari ni tamatlah Module 2 setelah dua hari berkursus BAMC.
Dua hari ini aku tak berkesempatan untuk menerbitkan entri blog aku ni.
Hari ini aku mendapat mesej Whatsapp daripada consultant di dalam agensi aku yang memberitahu beliau mahu berhenti sebagai consultant. Dan aku langsung tidak terkejut. Memang aku sudah jangka.
Consultant ini mempunyai visi tetapi visi tersebut aku rasa sukar untuk beliau laksanakan. Ini adalah kerana dengan perancangan sahaja matlamat tidak akan dicapai. Ia mestilah datang bersama dengan tindakan kita. Ramai yang mempunyai pelan tetapi tidak ramai yang sanggup membuat tindakan.
Perancangan sahaja tanpa usaha adalah sia-sia. Firman Allah:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (Surah Ar-Rad: 11)“SesunggSesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)
Terlalu bergantung kepada leader juga akan menjadikan tangga kejayaan sedikit sukar untuk didaki. Leader hanyalah menyumbang 20% daripada kejayaan consultant. Selebihnya adalah kehendak dan usaha consultant itu sendiri. Sikap sentiasa positif, rajin mencari ilmu, rajin membuat aktiviti bertemu prospek, dan tidak menyalahkan keadaan sekeliling adalah punca utama kejayaan seorang consultant.
Aku tanpa prejudis menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka tanpa sedikit pun rasa terbuku di hati. Aku percaya dengan rezeki Allah. Mesti ada hikmahnya disebalik semua yang terjadi. Dan aku berdoa semoga yang hilang itu Allah gantikan lagi dengan consultant lain yang lebih hebat.
Mungkin rezekinya bukan dalam bidang ini. Aku berdoa semoga beliau berjaya dalam apa jua bidang yang akan beliau ceburi selepas ini. Cuma pesan aku supaya jangan cepat berputus asa dalam apa jua bisnes yang diceburi.
Mungkin ada kelemahan aku dalam menangani masalah ini. Tapi aku juga manusia biasa. Sesungguhnya yang buruk itu datang daripada diri aku sendiri sebagai insan yang lemah disisiNya. Yang baik itu semestinya daripadaNya yang maha bijaksana.
Ameen.
Selalunya kerja sebagai consultant dipandang sebagai kerjaya yang dihormati,tapi tak tahu jika sebenarnya seperti yang tuan maksudkan,
Oneblogsocial recently posted..Hosting Malaysia Murah Dan Berkuality
kerjanya bagus. yang sy ceritakan adalah consultant bawah seliaan sy yg give up dgn kerjaya ini
Semoga mendapatkan pengganti yang lebih baik lagi kawan
safiyhati recently posted..Cara Membina Keluarga Bahagia
terima kasih kawan, ameen
sabarkan ajelah ek..
titan recently posted..Selangor seri lagi.
hehehe. perkara biasa dlm bisnes gua tu bro
nk jd consultant ni hati mesti mau cekal..kl xsesuai maybe blh tukar profesion lain…pd bro nati insyaAllah akan jupa calon lain yg lg bgs 🙂
cik tom recently posted..Sijil Perakuan Korban 2012 dari eQurban
hehehe.. sebenarnya kebanyakan orang yang menyerah kalah itu tidak mengetahui bahawa mereka hanya selangkah sahaja lagi utk menemui kejayaan. jd consutant ni sebenarnya senang jer. kita hanya menuruti jalan orang yg telah berjaya di dalam industri ini. tak perlu buat formula baru utk berjaya. namun yang berputus asa tak ada semangat utk belajar dan berjaya seperti mentor mereka
bila tgk gambar kat atas tu terasa diri aku pun berkali kali mcm tu, hehehe
Juan recently posted..Sebulan Sebuah Buku – Indahnya Hidup Bersyariat
heheheh. ko kena cari pengakhirannya bro. udah2 la jadik mcm tu…
buakn mudha nak bangkit semua mesti hati kental terima cabaran
sebab itulah aktivity recruiting new consultant kena sentiasa buat. gunanya ialah utk menggantikan consultant yng dah give up dengan new blood.. 😉
Lama sudah mengeteh sama. Hehehe…
Saya pun dah slow down ni, nak mencari rentak semula dan mula berkursus semula. Masih dalam proses nak sesuaikan diri dengan lifestyle baru. hehehehe
daddydee recently posted..Dunia Smartphone : Memandu dan Menggunakan Smartphone
ok. jom ngeteh. nnti bgtau kawe bila free 😉