Hari ini isnin. Dua hari selepas SBB2014. Banyak sangat kerja nak kena buat hari ni. Ada temujanji bisnes di BNM. Ada nak jumpa bisnes partner untuk bagi personal coaching Unit Trust dan nak kena siapkan entri-entri yang masih terhutang yang.berlambak ni. Ada entri MSMW 2014, event Google Meet Up, sponsored post nuffnang, Kidzania, TitanWall, review gajet, entri perancangan kewangan untuk caknawang, entri food review Mee Tarik untuk eXplorasa, dan lain-lain.
Namun perancangan Allah mengatasi segalanya. Pagi tadi kereta rosak di tengah jalan. Enjin mati dan tak boleh dihidupkan kembali. Dah telefon woksyop yang biasa aku servis kereta dan pomen dah datang cek tapi memang tak boleh start juga. Sekarang terpaksa tunggu lori tunda sampai. Sementara tu, aku hasilkan entri ini. Masa amat berharga.
Oh ya. Peringatan penting untuk anda. Sepatutnya kalau jadi breakdown macam ni kita hanya perlu telefon syarikat insurans/Takaful kita saja. Diorang biasa ada perkhidmatan percuma towing kereta yang menggunakan insurans/takaful dengan syarikat mereka. Pengalaman aku sebelum ni dengan Takaful Ikhlas dan Takaful/Etiqa, keduanya ada servis ini.
Tahun ni aku tukar kepada Syarikat Takaful Malaysia Berhad (STMB. STMB tiada perkhidmatan sedemikian. Terkejut juga masa aku telefon pusat perkhidmatan pelanggan STMB tadi untuk meminta bantuan lori tunda. Hanya kereta yang terlibat kemalangan saja yang diberi perkhidmatan towing percuma kata pusat perkhidmatan pelanggan. Untuk kerosakan biasa ia tidak termasuk di dalam perkhidmatan percuma. Jika aku mau juga boleh. Tapi aku kena bayar sendiri kos penundaan tersebut. Aku meminta nombor telefon panel lori tunda. Setelah aku telefon didapati kosnya melebihi RM200. “Adus, mahal jugak tu”, getus hatiku.
Kemudian aku cuba ikhtiar lain dengan meminta nombor telefon lori tunda daripada pengusaha woksyop tadi. setelah berbincang, beliau hanya meminta RM70 sahaja daripada aku. Terus la aku setuju.
Aku rasa perkara ini adalah satu kelemahan STMB. Tahun depan memang aku tukar ke takaful lain semulalah jawabnya. Biasalah setiap syarikat ada kelemahan dan kekuatan dia. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih yang terbaik bagi mereka. Cuma aku rasa kelemahan ini harus segera dibaiki oleh STMB.
Menyesal juga aku dengan keadaan ini. Tapi memang salah aku kerana aku tidak selidik betul-betul masa nak sertai takaful kenderaan ini dulu. Ini adalah kerana aku menyangkakan perkhidmatan percuma ini sudah standard untuk semua syarikat takaful dan insurans.
Jadi selepas ini memang STMB bukan pilihanku dalam perkhidmatan takaful kenderaan. Sehingga ia setanding dengan takaful lain dalam perkhidmatan lori tunda ini. Sangat tidak kompetitif aku rasa jika sesebuah syarikat takaful kenderaan tiada perkhidmatan ini. Maaf STMB. Saat ini, dengan satu kekurangan ini aku merasakan rebet 15% setahun yang diberi tersebut tiada erti pada aku.
Aku tidak menyalahkan takaful malaysia dalam perkara ini. Dah memang ia tidak tawarkan perkhidmatan itu. Kenapa aku tidak selidik dulu masa aku nak ambil takaful kenderaan dulu. Jadi kesalahan memang aku letakkan di atas batu jemala aku sendiri.
Jadi kepada rakan pembaca, sila periksa polisi insurans/takaful kenderaan anda. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Periksa segera. Jika tak puashati tahun depan tukar kepada syarikat yang lebih baik dan sesuai dengan kemahuan kita.
Kepada STMB, pertimbangan untuk menambahkan perkhidmatan ini aku rasa akan dapat mendorong lebih ramai pelanggan untuk menyertai pelan takaful kenderaannya. Lagipun perkhidmatan ini menampakkan keperihatinan pihak pengendali takaful kenderaan terhadap pelanggannya.
Terima kasih. Entri ini sementara menunggu trak penunda sampai.
nice sharing bro…
Nampaknya lepas nie, kena cek dulu polisi insuran kenderaan sebelum beli…
fazrol recently posted..Pengajaran penumpang terlepas Flight MH370!
Ya bro. Cek dulu. Penting tu
Hubungi saya +6018 323 5565. 31.4.2016 onwards stmb dah buat service tu. Ada towing roadside assist dah.. Cover breakdown sekali.. Utk pemegang comprehensive..
Dah tukar insurance lain bro. Akibat frust sangat dulu
Hubungi saya +6018 323 5565. 31.4.2016 onwards stmb dah buat service tu. Ada towing roadside assist dah.. Cover breakdown sekali.. Utk pemegang comprehensive..
semoga dipermudahkan urusaan untuk update blog selalu hendaknya….
Hazman Fadzil recently posted..HAZMAN vs FOOD – Takumi Japanese Fine Dining Restaurant
Ameen. Hehehe
kena tengok balik ni polisi insuran kereta…hurm…nice sharing bro…
suriaamanda recently posted..Segmen Mini Power Bank Untuk Rakan Blogger Zamani Abe
Moga sama2 beroleh manfaat
[…] juga jenis yang suka tulis benda-benda yang merendahkan orang lain. Ada la satu artikel, “Dua Hari Selepas SBB2014” yang menceritakan kisah masalah kereta aku yang tidak dapat dibawa ke worksyop akibat […]
saya hampir ngak beli dari sykt ni, nasib baik gua cheking..
mungkin skrg syarikat dah perbaiki kelemahan yang saya nyatakan tersebut. Wallahua’lam
tgk website telah ada improvement.
What is covered under Tele Bantuan?
Breakdown
If your vehicle experiences a breakdown, you are entitled to the following services:
24/7 Minor Roadside Repair
Our Tele Bantuan provider will assist and repair the vehicle on the roadside. Minor roadside repairs are those that can be done on the spot. E.g. jump start services, change of battery or tires, emergency delivery of petrol and/or minor wiring work.
24/7 Towing Service
If your vehicle cannot be repaired on the spot, our Tele Bantuan provider will provide towing service to Takaful Malaysia’s panel workshop.
You are covered for the labour cost and towing fee up to a maximum of RM300 per year. All other costs incurred including replacement of vehicle spare parts and road toll charges, if any, will be borne by you.
Accident
If your vehicle meets with an accident, our Tele Bantuan provider will provide free towing service up to a maximum of RM200 to the nearest Takaful Malaysia’s panel workshop.
ok la kalau dah improve… harap customer servis pun improve
Tengah nak bertukar ke stmb,selama ni. Kurnia insuran,baru tahu rupanya yg konvensional ada unsur riba .
Ya. Conventional memang ada unsur riba. Pilih takaful adalah satu jihad dalam muamalah