Tuesday, June 6, 2023
HomeKesihatanDulu DEMC, Kini AVISENA

Dulu DEMC, Kini AVISENA

Dulu Darul Ehsan Medical Centre (DEMC)

7 tahun yang lalu, hospital pakar inilah tempat aku berulang alik saban bulan bersama isteri. Tika itu isteri sedang mengandungkan anak bongsu kami, Nur Ifza Rafhanah. Mengikut sejarah isteri, kondisi badan beliau memang agak lemah sewaktu mengandungkan kedua-dua anak sebelum ni. Sehinggakan terpaksa dimasukkan ke wad disebabkan terlalu lemah. Masa tu kami masih di Kuantan.

Dulu hospital pakar ini dikenali sebagai DEMC

Setelah berpindah ke Shah Alam, aku memang membuat survey secara teliti untuk memilih hospital yang aku benar-benar percaya untuk “menjaga” isteri sepanjang waktu kehamilan beliau kali ini. Dan aku memilih DEMC ni disebabkan oleh beberapa faktor.

Faktor yang paling utama yang ada cari adalah kepakaran. Aku dapati hospital yang diasaskan pada tahun 1997 ini terdapat ramai doctor pakar di bidang masing-masing. Selain itu, fasiliti di sini memang lengkap dan terkini. Tambahan pula bangunan yang tersergam indah sekarang baru siap dibina pada masa itu. Jaraknya dengan rumah kami pun tak berapa jauh.

Faktor-faktor itulah yang membuatkan aku mengagumi DEMC. Semangat jer nak bawak isteri setiap kali tiba masa check up. Staf-staf pun semua ramah tamah dan tak lokek dengan senyuman.

Sehinggalah saat isteri nak melahirkan anak. Waktunya tiba lebih awal daripada jangkaan sebenar. Setelah dikejarkan ke sini, didapati keadaan isteri agak kritikal dan beliau terpaksa dirujuk ke hospital pakar yang lain. Aku pasrah walaupun sedikit kecewa isteri tak dapat meneruskan hajat bersalin hospital yang dianggap sebagai salah sebuah hospital swasta terbaik di Selangor ini.

Itulah pengalaman aku dengan DEMC, hospital pakar yang serba lengkap yang bertanggungjawab menjaga keperluan komuniti di Selangor. Daripada kardiologi, rawatan hepatobiliary, pembedahan kolorektal dan saraf, pakar kanak-kanak sehinggalah ke pakar dalam bidang perubatan wanita, semuanya DEMC ada.

Kini DEMC sudah sedia untuk mengembangkan sayapnya dengan lebih lebar. Perancangan rapi jangka pendek dan panjang telah dibuat. Antaranya ia akan mempunyai cawangan bukan sahaja di Selangor malah di negeri-negeri lain juga. Jadi kini DEMC bukan sahaja untuk rakyat Selangor. Nama Darul Ehsan Medical Centre sudah kurang sesuai dan perlu dijenamakan semula.

Kini Avisena Specialist Hospital (Avisena)

DEMC kini dikenali sebagai Avisena. Macam pelik jer nama ni kan? Sebenarnya tak pelik pun. Avisena ni adalah nama lain bagi Ibnu Sina, seorang polimat Persia yang merupakan salah seorang pakar perubatan, ahli astronomi, pemikir dan penulis zaman Zaman Emas Islam.

Nama ini menandakan pemikiran global hospital, perhatian terhadap detail, dan nilai-nilai Asia; ditambah pula dengan keperluan untuk sentiasa belajar, dan berkembang dengan masa. Aku pun baru tau masa majlis pelancaran nama baru ni pada 21 Mac baru-baru ni.

majlis perasmian Avisena

Di bawah jenama Avisena ni nanti akan dibuka Hospital Wanita dan Kanak-kanak yang baru di Selangor. Mengikut perancangannya, selewat-lewatnya akhir tahun ini. Ini diikuti dengan pembukaan cawangan di negeri-negeri lain di tahun-tahun akan datang.

klinik bergerak juga akan diadakan di kampung-kampung terpilih sekitar Selangor

Mesin dan teknologi perubatan juga akan ditambah untuk menjadikannya hospital serba moden dan lengkap. Ini akan memudahkannya menarik lebih ramai pakar dalam pelbagai bidang untuk berkhidmat di Avisena dan dalam masa yang sama mengekalkan kos yang berpatutan dengan perkhidmatan terbaik dan professional.

Bermula dengan bangunan kedai di Seksyen 9, Avisena kini beroperasi di Seksyen 14, Shah Alam sejak Januari 2010. Pada tahun 2012, beberapa penambahan perkhidmatan kepada pelanggan diwujudkan termasuk konsep perkhidmatan butik dan Lounge Sutera (tempat menunggu atau berehat bertaraf lima bintang).

ruang menunggu Avisena
salah satu wad yang terdapat di sini

Pada tahun yang sama, DEMC dianugerahkan Keahlian Penuh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC) dan diiktiraf untuk menerima pesakit asing melalui program pelancongan kesihatan.

“Kami percaya bahawa semua pelanggan kami unik dan istimewa. Kami melayan anda dengan penjagaan dan keprihatinan yang tinggi dalam suasana selesa dan eksklusif untuk menghilangkan rasa cemas atau takut tinggal di hospital. Kami menyediakan persekitaran yang mesra untuk keselesaan seperti berada di rumah,” ~ Dato’ Dr Omar Abd Hamid, pengasas dan Ketua Pengarah Eksekutif Avisena.

Avisena kini mempunyai 118 buah katil pesakit yang moden dan 600 orang kakitangan yang komited dan mesra, termasuk 45 pakar dan 10 doktor.

Kos perkidmatan bertambah selepas penjenamaan semula?

Tidak…!

Hanya nama dan logo sahaja yang berubah seiring dengan perancangannya yang lebih jauh. Perkara lain kebanyakannya tidak berubah malah bertambah baik. Anda tidak perlu bimbang dengan perkara ini.

warna korporat Avisena
uniform baru Avisena

Ini dijamin sendiri oleh Dr Omar semasa ucapannya di majlis pelancaran jenama baru dan logo Avisena yang turut dihadiri oleh tetamu-tetamu kehormat Yang Berbahagia Dato’ Ahmad Zaharin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam, Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Mohd Yusof, dan individu utama lain yang telah memainkan peranan dalam membawa Avisena kepada kehidupan.

Semoga Avisena terus beristiqamah menjadi salah sebuah hospital pakar swasta yang terbaik di Selangor dan juga di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Avisena sila layari www.avisena.com.my

Loading

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

G-VE91R3DCE1