10

Durian Crepe, Akhirnya Dapat Juga Aku Menikmatinya

Kalau anda biasa membuat blogwalking ke blog-blog blogger famous ataupun blogger picisan, banyak anda akan terjumpa entri pasal durian crepe ini. Baik entri pasal kedai jual durian crepe, pengalaman memakan durian crepe, pengalaman memakan durian crepe mahupun resipi membuatnya.

Aku ni pulak, seperti biasa lah. Lambat sikit respons nya. Setelah lama mendengar cerita dan melihat gambar kawan-kawan post di dalam blog, facebook dan Twitter, barulah terdetik hati ini untuk mencuba. Lantas bisikan dan keinginan hati itu diterjemahkan dengan satu posting di status Facebook pada 28 November baru-baru ini. Ini dia postingnya:

Banyak respons yang diterima daripada kawan-kawan walaupun banyak yang tidak menjawab soalan aku yang bertanyakan di mana lokasi penjualannya di kawasan Shah Alam.

Cadangan kawan-kawan supaya aku membuat sendiri amat aku hargai, tetapi biarlah aku rasa dulu macamana rasanya. Kurang logik, aku yang tidak pernah melihat durian crepe secara live sementelah lagi menikmati rasanya, tiba-tiba ingin membuat sendiri makanan itu.

Jadi, semalam durian crepe itu sudah aku nikmati bersama isteri tersayang. Durian crepe itu dibeli oleh adik isteriku di The Sumptous Mid Valley. Satu peket kecil yang berharga RM10. Ada 6 ulas kecil durian crepe di dalamnya.

Durian Crepe dengan sticker The Sumptous

Warnanya pun sudah menggamit rasa

Yang sudah digigit itu angkara Iqbal. Makan separuh saja, Lepas tu tak suka

Mula-mula tengok pun sudah terliur. Apatah lagi apabila merasai gigitan pertama. Hanya dua kali gigitan diperlukan untuk menghabiskan satu ulas kecil itu. Rasanya… memang “marbeles”. Sedap. Tak manis dan tak tawar. Secukup rasa. Alhamdulillah. Dapat juga aku makan benda alah tu akhirnya sebelum terlambat. Sebelum musim durian berakhir. 😀

Lepas ni isteri aku kata dia nak buat sendiri pulak. Nanti boleh makan puas-puas.

Durian Crepe memang best!!!

Show Comments

20 Comments

  1. daddydee December 4, 2012
  2. budak felda December 4, 2012
    • sohoque December 4, 2012
      • budak felda December 5, 2012
        • sohoque December 5, 2012
  3. Leeza dayasari December 4, 2012
    • sohoque December 5, 2012
  4. beckhrooy December 5, 2012
    • sohoque December 5, 2012
  5. Mummy Akmar December 5, 2012
    • sohoque December 5, 2012
  6. Juan December 5, 2012
    • sohoque December 5, 2012
  7. Ladfe Amir December 7, 2012
    • sohoque December 7, 2012
  8. hani'tasha April 5, 2013
  9. UMMI BAZILAH July 21, 2013
    • sohoque July 21, 2013

Leave a Reply

%d bloggers like this: