Duta Terbaru KAO Men’s Biore – Zulfahmi Khairuddin

Semalam, 7 Oktober 2013, telah diadakan satu majlis pelancaran produk penjagaan kulit lelaki oleh KAO Men’s Biore.

Dalam majlis itu juga mereka memperkenalkan duta mereka yang terbaru iaitu pelumba motorsikal moto3 GP, Zulfahmi Khairuddin.

duta baru kao men's biore

Duta baru KAO Men’s Biore sebelah kiri ya. Yang sebelah kanan tu duta produk lain

Pemilihan ini aku kira amat bertepatan dengan sasaran pasaran mereka iaitu golongan belia yang sentiasa bergerak aktif.

Zulfahmi yang datang dengan tangannya yang berbalut akibat daripada pembedahan kecil pergelangan tangan sempat menjawab beberapa soalan yang ditujukan oleh pengacara majlis tentang diri beliau, pencapaian beliau dalam bidang permotoran dan tentang mengapa beliau memilih jenama KAO Men’s Biore sebagai produk penjagaan kulit sejak dulu.

Zulfahmi Kamaruddin sedang ditemuramah oleh pengacara majlis

Zulfahmi Kamaruddin sedang ditemuramah oleh pengacara majlis

Ditanya tentang adakah beliau akan sempat sembuh daripada kecederaan menjelang perlumbaan moto GP yang akan berlangsung di Malaysia dalam masa terdekat, pelumba muda kelahiran Banting Selangor ini memberi keyakinan yang kuat dan positif bahawa beliau akan sempat sembuh untuk mengharumkan nama Malaysia.

Produk terbaru KAO Men’s Biore yang merupakan pencuci muka ini mempunyai beberapa kategori iaitu,Deep Clean, Deep Clean Extra Cool, Oil Clear dan Bright Clean.

kao men's biore

produk terbaru KAO Men’s Biore

Kesemua produk terbaru Men’s Biore ini berasaskan Double Scrub. Sasaran pasarannya adalah untuk golongan beia yang aktif dengan kegiatan luar. Sesuai dengan slogannya “Conquer Oil & Dirt” ataupun kuasai minyak dan kotoran.

Majlis memperkenalkan Zulfahmi Khairuddin tersebut turut menjemput Presiden KAO Malaysia Mr. Murakami Yoshihiro dan Timbalan Presiden Pemasaran, Ms. Poo Lian untuk memberikan ucapan mereka mewakili pihak syarikat.

murakami yushihiro

Mr. Murakami Yushihiro

Ms. Poo Lian

Ms. Poo Lian

Antara jenama lain di bawah syarikat KAO ialah:

  • produk penjagaan kulit: Biore, Men’s Biore
  • Produk Penjagaan Rambut: Feather, Liese, Asience
  • Penjagaan Fabrik: Attack, Haiter Bleach
  • Penjagaan Rumah: Magiclean
  • Lampin Bayi: Merries

 

2 Comments

  1. Hazmin Hamudin October 14, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: