EKSKLUSIF: Peralatan stadium RM50j dicuri

0
1968

31/01/2012

KUALA TERENGGANU: Pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak di sini, lesap dipercayai dicuri.

Sumber: BERITA HARIAN

Pada 2 hb Jun 2009, kita telah dikejutkan oleh satu berita gempar iaitu kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak runtuh. Tragedi itu telah mengakibatkan kerugian yang dianggarkan sebanyak RM25 juta. Ia melibatkan hampir 60 % struktur bumbung bahagian hadapan kiri dan kanan stadium berkenaan sepanjang 400 meter runtuh mengakibatkan struktur besi serta serpihan bumbung jatuh ke bahagian tempat duduk.

 

Pada masa itu, stadium yang menjadi kebanggaan rakyat negeri Terengganu ini baru disiapkan kira-kira setahun dan telah dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 10 Mei 2008.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said membuat kenyataan dalam mStar bertarikh 3 Julai 2009  , bahawa kerajaan Terengganu akan melantik perunding dari Britain untuk menyiasat punca sebenar kejadian yang tidak disangka-sangka itu. Beliau juga berkata hasil siasatan akan disiapkan oleh perunding itu yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur  dalam tempoh tiga bulan.

Manakala Datuk Shaziman Abu Mansor yang mewakili Menteri Kerja Raya menyatakaan di dalam Utusan Malaysia bertarikh 6 Jun 2009 bahawa , jawatankuasa bebas bagi menyiasat kejadian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh yang ditubuhkan akan menyiapkan laporan awal siasatan selewat-lewatnya sebulan.

Buletinonline.com pada 15 Julai 2009 pula melaporkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SRPM) hampir selesai melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh. Menurut Pengarah (Bahagian Perisikan) SRPM, setakat tarikh tersebut, lebih 90 peratus siasatan kes berkenaan, yang melibatkan elemen rasuah, penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan telah dijalankan.

PERSOALAN.. dimanakah laporan-laporan itu semua?
Selepas itu ada kedengaran bahawa kerajaan negeri Terengganu akan membaikpulih stadium tersebut sedikit demi sedikit bermula daripada padang bola.

Namun amat malang, sebelum usaha tersebut sempat dilakukan, pelbagai peralatan pendawaian elektrik, sistem elektronik dan kelengkapan lain, termasuk dua set jana kuasa Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA), di Kompleks Sukan Gong Badak lesap dipercayai dicuri. Kerugian dianggarkan RM50 Juta. Sekarang bukannya kerugian lepas dapat dikurangkan tetapi kerugian baru pula menambah duka.

 

Saya sebagai rakyat Terengganu amat sedih dan terkilan dengan peristiwa ini. Apa tidaknya, kos pembinaan tersebut mestilah datang dari duit rakyat jelata.
Sekarang dengan terjadinya kecurian tersebut, diatas batu jemala siapakah harus diletakkan kesalahan? Kepada pihak pencuri? Kepada pihak kerajaan negeri yang tidak memantau? Siapa-siapa pun yang akan dituding, nasi telah menjadi bubur.

note: kawan saya kata itu adalah kerja budak dadah. Tapi saya rasa tidak. budak dadah tak curi sampai berjuta-juta. Ini seperti kerja professional yang telah dirancang.

sumber gambar:
http://semutmalaysia.blogspot.com/2012/01/menjelang-pru13-dulu-stadium-runtuh.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+SemutDanPapanKekunci+%28semut+dan+papan+kekunci%29

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2012/01/eksklusif-peralatan-stadium-sultan.html

Loading

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge