Salam jumaat….
Hari Jumaat biasanya ada Nasi Beriyani best kat Masjid. Bab nasi beriyani ni ada 2 kesan kepada jemaah masjid. Yang pertama ia menggalakkan jemaah pergi masjid awal. Sebab takut nasi beriyani kambing yang best tu habis.
Kesan kedua pulak, ia menggalakkan jemaah masuk lambat ke dalam masjid. Kadang-kadang tu imam dah baca khutbah, mereka masih lagi menikmati nasi beriyani di luar masjid. Ini yang tak bagusnya!
Oh ya, jika anda berada berhampiran Cyberjaya, selain nasi beriyani kat masjid, anda boleh juga singgah ke Trulia Cafe Cyberjaya, antara tempat makan yang best di Cyberjaya.
Hari ni hari jumaat. So entri kita berunsur agama sikit ya. Heheheh.
Biasa kita dengar sedeqah jariah kan? Apa makna sedeqah jariah ni. Jariah adalah perkataan arab yang bermakna berpanjangan. Sedeqah jariah maksudnya sedeqah yang pahalanya akan sentiasa ada kepada pembuat amal kebaikan.
Sedeqah jariah ada disebut dalam sebuah hadith nabi:
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila mati seseorang anak Adam maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.”
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Pahala ini seperti passive income kalau kat dunia ni. Buat keje sekali pendapatannya berkali-kali. Sama juga buat amal kebaikan jariah. Buat sekali pahalanya berkali-kali. Malah akan terus mengalir ke dalam akaun pahala pembuat amal walaupun mereka sudah meninggal dunia.
Dalam pada itu di sana, di sebalik pahala jariah ada juga dosa jariah. Konsepnya sama. Sekali pelaku dosa itu berbuat maksiat, dosanya juga akan berterusan masuk ke akaun dosa si pelaku walaupun dia sudah meninggal dunia.
Fair and square.
Jadi inilah yang kita takuti. Dikhuatiri dosa jariah lebih banyak daripada pahala jariah. Dicampur pula dengan dosa yang lain-lain maka bertambah banyaklah dosa kita.
Natijah yang kita takuti adalah di mahkamah mahsyar nanti kita muflis di sebabkan dosa jariah ini. Mata merit kita akan menjadi negatif dek kerana akaun dosa melebihi akaun pahala. Neraka tempatnya nanti… (Minta dijauhkan kami ya Allah)
Mari kita fikir sejenak dari mana mudahnya nak mendapat pahala ataupun dosa jariah ini di zaman ini.
Ya di media sosial. Begitu juga melalui penulisan di blog. Informasi di hujung jari. Nak dapat pahala mudah. Dosa pon mudah nak hinggap.
Jadi kenali dulu dosa pahala sebelum tulis ataupun update media sosial. Kenalpasti apakah itu bentuk dosa ataupun pahala. Pastikan berita yg dikongsi bukan fitnah atau mengeji dan mengaibkan orang. Jangan main hentam keromo jer.
Media sosial ini ibarat pisau. Terpulang kepada penggunanya samada nak gunakannya untuk membunuh ataupun nak mengukir ukiran yang cantik untuk hiasan.
Anda dikurniakan aqal fikiran untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk. Kuasai nafsu kita supaya aqal dapat berfungsi dengan baik. Berhati-hati berkongsi di blog. Ingatlah kepada malaikat yang sentiasa mencatit amalan kita di kiri kanan kita.
Moga kita tidak menjadi orang yang mukhlis akhirat seperti sabda nabi:
Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”
Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no.6522)
Komen Sohoque
Kenalah selalu berhati-hati bila nak naikkan status kat media sosial. Fikir dulu natijahnya. Jangan nak share jer. Berlumba-lumba nak jadi yang pertama kongsikan tentang sesuatu perkara sebenarnya tak bagus. Sebab berita tu kita sepatutnya kena tapis dulu.
Sama juga kalau nak tulis blog. Apa yang kita tulis tu akan diaudit oleh malaikat pencatit amal. Bayangkan kalau kita sahre kat media sosial ataupun tulis di blog tentang sesuatu berita yang tidak benar, dan benda tu pulak dikongsi oleh ribuan followers kita… Dosa berganda-gandalah jawabnya.
Jadi berhati-hati lah ya..Ingatan ini buat diri aku jugak sebenarnya!
Wassalam
Baca: https://qalamislamik.blogspot.com/2023/06/peringatan-kepada-kaum-kafir-tentang.html
noted. kena tapis kat otak dulu sebelum menulis. tq atas ingatannya
YB Shehan recently posted..PUREBYSAFIYYAHOSMAN | HOMEMADE.NATURAL.ORGANIC. SKINCARE & BODYCARE YANG WAJIB ANDA MILIKI
#wartawanhiburan kena hati2 ya
Ya..kadangkala kita lupa dan terlena dengan medsos. Walaupun sudah berhati-hati tetap saja ada yang tersinggung dengan tulisan kita. Manusia memang tidak luput dari dosa. Yang bisa kita lakukan adalah memperbanyak istigfar..
Anoref recently posted..Tata nano mobil seharga Rp 19.5 juta
jadi berhati-hatilah.. dosa dengan Allah boleh mintak ampun. Dosa dengan manusia, kena mintak ampun dengan manusia juga
selalu juga berhati-hati bila nak share ni…lebih-lebih ayatayat Al-Quran… ada yang tidak sahih kan…. dah lama tak pergi pasar hari jumaat kat masjid negara ni
kena double check sblm share…
makin tua ni makin sedar lagi disedarkan dengan info pembacaan ilmiah..alhamdulillah dan mudah2an kita sama2 manfaatkannya. ilmu , amal dan sedekah jariah.
PCL recently posted..Cerita LABU ?
jom banyakkan amal jariah…
makasih bos infonya dan salam sukses
salam kenal bos
[…] Rugilah jika benda yang baik macam tidak dikongsikan. Kami pun nak pahala sedeqah jariah.. […]