
Tips supaya disukai Nuffnang seterusnya ialah elakkan menulis blog tentang politik dan perkauman. Aku maksudkan yang keterlaluan. Sikit-sikit yang tidak menyinggung pihak lain tak apa kot.
Pengiklan akan cuba bersikap nuetral dalam politik. Sebarang kecenderungan sokongan kepada mana-mana pihak akan menyebabkan pihak lain tidak berpus hati. Ini pastinya akan merugikan pengiklan itu sendiri.
Jadi sikap tidak menyebelahi mana-mana pihak adalah langkah terbaik yang diambil oleh pengiklan.
Dikhuatiri jika iklannya diletakkan di blog yang pro politik pembaca akan tersalah anggap seperti syarikat itu menyokong ataupun pro kepada parti politik tersebut. Jadi blog sebegini akan dijauhi oleh pengiklan.
Jadi untuk mendapat tugasan daripada Nuffnang yang mewakili syarikat pengiklanan tersebut, blog berniche politik sebegini haruslah dijauhi. Nuffnang akan keberatan untuk memilih blog berniche politik kerana itu adalah syarat-syarat yang biasa ditetapkan oleh syarikat pengiklanan.
Demikian juga dengan perkauman. Syarikat pengiklan mahukan supaya produk atau perkhidmatannya di beli oleh semua kaum. Bukan tertakluk kepada kaum tertentu sahaja. Jadi blog ber iche perkauman juga haruslah dijauhi jika ingin dipilih oleh Nuffnang untuk diberi tugasan berbayar.
Jadi elakkan menulis blog tentang politik dan perkauman.
Itupun kalau nak dapat tugasan berbayar la. Kalau blog untuk suka-suka tanpa sasaran tersebut, terpulang la pada empunya diri. Cuma jangan keterlaluan sudah la. Di samping mendapat dosa kering (jika ada fitnah dan sebagainya), undang-undang juga harus dipatuhi.
hoho..kalau N nih..
memang diorang takut dengan blog gua. haha
titan recently posted..Sebulan lebih berlalu..
hahahaha.. blog lu yg mana satu bro? hehehehe..
dulu masa aku mula buat blogspot aku ingat nak cenderung dekat politik tapi memikirkan lebih ramai musuh dari kawan baik aku buat free and easy heh
onlajer recently posted..10 Carian Popular Google Malaysia
hehehehe.. bro telah buat wise decision tu.. tahniah..!
gua tak minat politik. ada banyak fitnah dan tuduhan tanpa bukti.
cerita pasal artis pun sama gua tak suka
Ladfe Amir recently posted..Pilihan Hati – Janda Atau Anak Dara
sama ar advertiser ngan lu – tak suka politik.
tp advertiser suka psl artis… yg ni tak sama ngan lu.. heheheh..
Sepatutnya pengiklan ni yang cari dan kejar kita, ni dah terbalik. Haha. Malas nak layan sangat.
Hazmin Hamudin recently posted..DVD Cetak Rompak KL Gangster 2
ya betul tu.. tp yg dia kejar mesti la blog yg memenuhi kriteria dia. kalau kita nak jobs, kena la ikut kot. kalau nak dpt income dr blog la.. kalau tak ok jer ikut kepala kita.. heheheh
Terima kasih di atas Tips yang diberikan… Blog saya ada juga bercerita tentang politik… Tapi takderlah banyak… Lepas ni kena kurangkan sedikit cerita bab-bab politik…
Anuar recently posted..Pemenang Tidak Rasmi Contest SEO MyKad Smart Shopper
kalau nak tarik duit dgn blog, itulah yang seharusnya dibuat. ini bkn teori sy semata-mata, tp hasil perbincangan dgn pihak nuffnang
Terima kasih bagi tips
Ustazah Ain recently posted..Sah Harga Minyak Ron95 Naik 20 Sen
sama sama ustazah. sama-sama berkongsi
sekadar berkongsi apa yg saya tahu.
blog kawe politik ke? tak terpilih pun…
daddydee recently posted..Muka Baru Arsenal : Mesut Ozil Sertai Arsenal
hahahahah… blog demo kemah sgt. nuffnang takut nak pilih utk payment kecik. dia akan pilih utk payment 4 angka…
[…] Elakkan Menulis Blog Tentang Politik Dan Perkauman […]