Pengurusan baru
Semalam terbaca kat website eQurban. Hari terbaca pula di blog Denaihati. eQurban sekarang dah dibawah pengurusan baru rupanya. Ya.. Denaihati Network Sdn Bhd sudah mengambil alih pengurusan eQurban.
DHN telah mengambil tanggungjawab ini untuk memberi khidmat yang lebih meluas kepada ummah seluruh alam. Aku amat yakin dengan usaha ini. Tambah-tambah lagi bila aku kenal beberapa orang kuat di belakang tabir DHN. Langkah ini pasti sesuatu yang cukup positif kepada eQurban selaku peneraju Qurban dan Aqiqah di Malaysia.
Siapa eQurban
Oh ya. Kepada yang belum tau siapa eQurban, syarikat ini adalah syarikat yang memberi khidmat untuk orang ramai menempah bahagian daging qurban atau aqiqah untuk dilakukan ibadat qurban atau/dan aqiqah. Syarikat ini menyempurnakan amanah untuk melakukan ibat qurban dan aqiqah ini di negara-negara yang daif seperti Kemboja, Indonesia dan lain-lain. Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban fakir miskin di sana yang hanya mampu makan daging setahun sekali iaitu di Hari Raya Qurban. Aku ada nukilkan tentang ini di entri: Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…
Aku pernah menggunakan perkhidmatan eQurban untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun lepas. Memang aku berpuashati dengan khidmat yang diberi. Bermula daripada mengisi borang tempahan di laman web sehingga proses ibadah qurban selamat dilakukan.
Kenapa aku memilih untuk menggunakan khidmat eQurban untuk mewakilkan aku melaksanakan ibadat qurban di Kemboja? Aku telah gariskan beberapa sebab di entri: 3 Sebab Mengapa Aku Lakukan Ibadat Qurban di Kemboja sedikit masa dulu.
Perubahan sistem eQurban
Proses tempahan akan menjadi lebih mudah dan licin selepas pengambil alihan ini. Syarikat ini telah memperkemaskan perjalanan proses tempahan untuk kemudahan pelanggan dengan menggunakan sistem 100% online. Sisitem yang bermula daripada tempahan hinggalah pemprosesan data ini dicipta untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan.
Perubahan juga melibatkan borang tempahan secara online. Ia diubah untuk memudahkan lagi pelanggan membuat tempahan samada tempahan untuk ibadat qurban ataupun ibadat aqiqah. Pilihan lokasi untuk melaksanakan ibadah tersebut juga lebih banyak.
Sistem baru ini lebih kemas lagi apabila eQurban akan menghubungi melalui telefon orang-orang yang telah menempah secara online untuk proses pengesahan, aqad dan sebagainya. Ini akan sedikit sebanyak memberi lebih keyakinan kepada pelanggan yang memilih eQurban sebagai wakil qurban dan aqiqah mereka.
Jom tempah qurban dan aqiqah
Bagi yang berminat untuk menempah bahagian daging qurban dan aqiqah masing-masing untuk dilakukan di negara-negara miskin, anda boleh ke link berikut:
>> www.eQurban.com <<
Di sana ada borang tempahan. Tempahlah mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing. Moga ibadat Qurban dan Aqiqah kita mendapat keredhaan dan ganjaran pahala dariNya. Ameen
tahniah kepada team Denaihati
blogger lelaki recently posted..Penting Ke Mobile-Friendly untuk Blog?
yup tahniah…
Semoga perubahan pengurusan akan menjadikan equrban lebih baik dan maju. Insyaallah
Mazni Azmi recently posted..Makanan Menambah Kesuburan Lelaki & Wanita Cara Islam
insyaAllah.. Aameen
Marilah sama-sama kita menyokong equrban setelah pihak pengurusan mereka diambil alih oleh team Denaihati….
Hazman Fadzil recently posted..Hasil Duit Komisen Teknik SEO Merah Jambu dibelanjakan untuk Pisang Goreng Cheese
jom… maju bersama2
ramai juga yang datang ke pejabat yang terletak di seksyen 13, shah alam..
KiD recently posted..Teori dan Misteri : 8 Mac 2014 Setahun Tragedi MH370 dalam Kenangan
moga eQurban terus maju
Semoga equrban akan lebih berjaya tahun 2015.
Hasrul Hassan recently posted..Top Senarai Malaysia Best Blog 2015
aameen. moga kita juga boleh seiring dengan equrban menempa kejayaan
Memang mencabar bagi pihak DHN untuk menyempurnakan tanggungjawab baru ni, tapi insyaAllah semoga berjaya
Noriza Rahman recently posted..Hilangkan Bau Hapak Baju agar Tidak Menjadi ‘Tikaman’ Orang
melihat kpd komitment DHN, insyaAllah mereka mampu utk laksanakannya
wahh..
sudah bawah pengurusan baru tu. bagus la kalau macam tu.
ohcikgu recently posted..Prince of Wales Island International School (POWIIS), Penang – Malaysia
moga pengurusan baru akan lebih baik dlm meneraju equrban ke mercu kejayaan yg lebih padu
hope setelah beralih pengurus akan melangkah lebih jauh lagi dan lebih besar e-qurban ini
islam di dadaku recently posted..Jamaah Tabligh
sama-sama kita doakan
alhamdulillah, pasni makin senang org ramai nak lakukan ibadat Qurban..
betul tu abe jamar. memang mudah
Semoga lebih maju dan sukses dibawah pentadbiran yang baru
Khairul Zamri recently posted..Malaysia Best Blog 2015
aameen…