More

    eQurban Di Bawah Pengurusan Baru

    Pengurusan baru

    Semalam terbaca kat website eQurban. Hari terbaca pula di blog Denaihati. eQurban sekarang dah dibawah pengurusan baru rupanya. Ya.. Denaihati Network Sdn Bhd sudah mengambil alih pengurusan eQurban.

    logo denaihati network
    Denaihati Network Sdn Bhd

    DHN telah mengambil tanggungjawab ini untuk memberi khidmat yang lebih meluas kepada ummah seluruh alam. Aku amat yakin dengan usaha ini. Tambah-tambah lagi bila aku kenal beberapa orang kuat di belakang tabir DHN. Langkah ini pasti sesuatu yang cukup positif kepada eQurban selaku peneraju Qurban dan Aqiqah di Malaysia.

    Siapa eQurban

    Oh ya. Kepada yang belum tau siapa eQurban, syarikat ini adalah syarikat yang memberi khidmat untuk orang ramai menempah bahagian daging qurban atau aqiqah untuk dilakukan ibadat qurban atau/dan aqiqah. Syarikat ini menyempurnakan amanah untuk melakukan ibat qurban dan aqiqah ini di negara-negara yang daif seperti Kemboja, Indonesia dan lain-lain. Ini adalah sebagai salah satu usaha untuk meringankan beban fakir miskin di sana yang hanya mampu makan daging setahun sekali iaitu di Hari Raya Qurban. Aku ada nukilkan tentang ini di entri: Setahun Sekali Jumpa Lauk Daging, Kesian Sungguh Mereka Ni…

    gambar ibadat qurban dan aqiqah
    Ibadat Qurban dan Aqiqah di Kemboja oleh Denaihati Network Sdn Bhd

    Aku pernah menggunakan perkhidmatan eQurban untuk melakukan ibadah Qurban pada tahun lepas. Memang aku berpuashati dengan khidmat yang diberi. Bermula daripada mengisi borang tempahan di laman web sehingga proses ibadah qurban selamat dilakukan.

    Kenapa aku memilih untuk menggunakan khidmat eQurban untuk mewakilkan aku melaksanakan ibadat qurban di Kemboja? Aku telah gariskan beberapa sebab di entri: 3 Sebab Mengapa Aku Lakukan Ibadat Qurban di Kemboja sedikit masa dulu.

    Perubahan sistem eQurban

    Proses tempahan akan menjadi lebih mudah dan licin selepas pengambil alihan ini. Syarikat ini telah memperkemaskan perjalanan proses tempahan untuk kemudahan pelanggan dengan menggunakan sistem 100% online. Sisitem yang bermula daripada tempahan hinggalah pemprosesan data ini dicipta untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan.

    Perubahan juga melibatkan borang tempahan secara online. Ia diubah untuk memudahkan lagi pelanggan membuat tempahan samada tempahan untuk ibadat qurban ataupun ibadat aqiqah. Pilihan lokasi untuk melaksanakan ibadah tersebut juga lebih banyak.

    Sistem baru ini lebih kemas lagi apabila eQurban akan menghubungi melalui telefon orang-orang yang telah menempah secara online untuk proses pengesahan, aqad dan sebagainya. Ini akan sedikit sebanyak memberi lebih keyakinan kepada pelanggan yang memilih eQurban sebagai wakil qurban dan aqiqah mereka.

    Jom tempah qurban dan aqiqah

    gambar lembu disembelih
    lembu-lembu sedang disembelih

    Bagi yang berminat untuk menempah bahagian daging qurban dan aqiqah masing-masing untuk dilakukan di negara-negara miskin, anda boleh ke link berikut:

    >> www.eQurban.com <<

    Di sana ada borang tempahan. Tempahlah mengikut kemampuan dan keikhlasan masing-masing. Moga ibadat Qurban dan Aqiqah kita mendapat keredhaan dan ganjaran pahala dariNya. Ameen

    Latest articles

    Related articles

    20 Comments

    Leave a Reply to Noriza Rahman Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge