Thursday, May 18, 2023
HomeJalan-jalanNak Info Travel dan Review Makanan Sedap? Blog Ini Tidak Akan Menghampakan...

Nak Info Travel dan Review Makanan Sedap? Blog Ini Tidak Akan Menghampakan Anda!

Antara niche blog yang paling mendapat mendapat sambutan daripada pembaca adalah niche travel dan makanan. Sebenarnya blog perkongsian review makanan dan tempat makan menarik ni pun boleh dimasukkan di bawah niche travel (kembara) juga. Ia kerana dalam penceritaan tentang travel itu sendiri ada cerita makanan yang boleh diketengahkan. Pendek kata, niche travel dan makanan ini berkait rapat antara satu sama lain. Mana mungkin orang bercerita tentang tempat menarik tetapi tiada cerita tentang makanan di tempat tersebut. Jadi kedua-dua niche ini boleh dirangkumkan menjadi satu niche sahaja sebenarnya. Bercakap pasal niche travel dan makanan ini, kali ini aku nak cadangkan satu blog yang bernichekan travel dan makanan untuk kalian follow dań kalian boleh jadikan ia sebagai sumber rujukan untuk tips travel, tempat menarik, restoran makanan sedap, review makanan dan menu-menu menarik dan lain-lain perkara berkenaan dengan travel (kembara) dan makanan iaitu eXplorasa.my ( eXplorasa )

explorasa - visit Mostar old bridge
eXplorasa di Mostar Old Bridge Bosnia & Herzegovina

EXplorasa adalah sebuah blog travel / kembara yang memfokuskan kepada perkongsian pengalaman travel (travel) di Malaysia dan luar negara. Blog ini juga menjadikan niche makanan sebagai sub-niche, di mana penulis berkongsi tentang menu-menu, restoran, kafe, dan gerai-gerai makan yang pernah dicuba di luar sana.

Antara yang menarik perhatian aku tentang eXplorasa adalah foto-foto yang disertakan agak berkualiti tinggi. Pendek kata kalau kalian tengok foto makanan, sambil membaca cerita / review yang ditulis, kalian mesti akan rasa terliur dan terasa ingin mencuba juga makanan tersebut. Blog ini juga mempunyai gambar-gambar yang menarik tentang landskap dan pemandangan yang menarik berkenaan tempat-tempat yang penulis pernah lawati. Foto-foto ini memang menghidupkan penceritaan dan membuat pembaca terasa untuk pergi juga ke tempat tersebut.

explorasa - drinking raw water in Lake Plitvice
eXplorasa di Tasik Plitvice, Croatia

Dari segi penulisan, aku suka blog ini kerana gaya penulisannya yang agak santai, menarik dan informatif. Penulis berkongsi kisah travel beliau yang agak terperinci, termasuk maklumat yang ingin pembaca ketahui. Ia juga ada menyediakan ruangan komen untuk pembaca berkomunikasi ataupun bertanyakan soalan yang pembaca ingin tahui. Pilihan lain, pembaca boleh sahaja menghantar emel kepada penulis di ruangan page “Contact” untuk bertanyakan soalan yang lebih spesifik ataupun personal.

Dalam sub-niche makanan pula, explorasa.my cuba menarik minat pembaca dengan menonjolkan makanan terbaik di Malaysia. Melihat kepada gaya penulisan, penulis memang seorang yang suka mencuba pelbagai tenis makanan tanpa mengira ia adalah makanan pertama kali dicuba maupun makanan yang sudah biasa dicuba. Olahan penceritaan makanan pula tidak hanya berkisar tentang rasa dan tekstur hidangan, malah cadangan atau recomendation juga turut disertakan. Review yang diberikan pula dibuat secara jujur tanpa ada “bias” di sana sini.

explorasa - korean food
eXplorasa review makanan di salah sebuah restoran di Korea Selatan

Satu lagi yang aku suka tentang explorasa.my adalah cara blog ini dikendalikan ataupun layout blog. Niche utama iaitu Travel dikelaskan mengikut negara, menjadikan ia mudah untuk mencari inspirasi perjalanan untuk kawasan tertentu di Malaysia dan juga luar negara. Bahagian makanan juga diatur dengan baik, dengan kategori-kategori yang berbeza mengikut tempat.

Antara salah satu perkara yang membezakan explorasa.my daripada blog travel yang lain adalah sentuhan peribadi penulis. Penulis berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi beliau sendiri tentang travel dan tempat-tempat yang pernah beliau lawati, memberikan pembaca blog ini perasaan yang lebih asli, terasa seperti sedang berada di tempat yang diceritakan. Penulis juga memberikan tips dan cadangan praktikal untuk memudahkan pembaca jika berniat untuk pergi ke tempat-tempat yang diceritakan.

Baca: https://sohoque.com/kenapa-insurans-perjalanan-yang-komprehensif-penting/

Secara keseluruhannya, explorasa.my adalah blog perjalanan yang menarik yang memaparkan keindahan dan kepelbagaian Malaysia dan negara-negara luar yang pernah penulis lawati. Fotografi berkualiti tinggi, penulisan yang santai dan menarik, dan maklumat yang terperinci menjadikan ia sumber yang bernilai untuk sesiapa yang merancang untuk melancong ke tempat-tempat yang diceritakan. Bahagian makanannya pula, blog ini boleh dijadikan rujukan untuk restoran dan  makanan sedap di satu-satu kawasan yang kalian rancang untuk makan. Aku secara personal recommend blog eXplorasa ni..!

Loading

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1