Fakta-fakta Yang Perlu Diketahui Tentang Honda Hybrid

    38
    4139
    pandu uji honda hybrid
    promosi pandu uji selama 3 hari 2 malam daripada Honda malaysia
    pandu uji honda hybrid
    promosi pandu uji selama 3 hari 2 malam daripada Honda malaysia

    Banyak persoalan yang bermain di fikiran bakal pengguna Honda Hybrid tentang kereta jenis ini dan sistemnya yang diguna pakai. Soalan-soalan lazim yang ditanya tersebut telah dikumpulkan. Berikut adalah sedikit penerangan untuk soalan-soalan lazim tersebut.

    Enjin

    Honda Hybrid menggunakan enjin i-Vtec. Ia dibatu dengan penguasaan motor eletrik (IMA) menghasilkan kuasa yang luarbiasa.

    Kelebihan

    Kelebihan Honda Hybrid ini berbanding dengan sistem hybrid yang lain ialah ia adalah ringkas dan menjimatkan petrol. Fungsi eco-scoring yang terdapat di dalam kereta Honda Hybrid akan banyak membantu pemandu memandu dengan cara yang lebih interaktif dan menyeronokkan.

    Bateri

    Bateri Honda Hybrid sebenarnya sangat ringan dan padat. Ia tidak memerlukan ruang yang besar untuk ditempatkan.

    Bateri Honda Hybrid mempunyai 8 tahun tempoh jaminan. Tempoh jaminan ini tiada had perbatuan (mileage). Honda Malaysia adalah satu-satunya syarikat yang menawarkan tempoh jaminan bateri paling lama di Malaysia.

    Bateri ini termasuk di dalam perlindungan insurans dan takaful. Ini bermakna jika bateri ini mengalami kerosakan disebabkan kemalangan ia boleh dituntut melalui syarikat insurans dan takaful.

    Bateri Honda Hybrid amat pintar. Ia tidak memerlukan palam tenaga untuk mengecas. Ia akan tercas sendiri setiap kali apabila brek ditekan ketika memandu.

    Apa akan jadi ketika pemanduan mendakii bukit. Penggunaan brek amat jarang sekali digunakan semasa mendaki bukit. Jadi bateri memang akan tercas. Motor eletriknya pun tidak dapat berfungsi. JAdi dalam keadaan ini enjin petrol akan mengawal sepenuhnya kereta tersebut sama seperti kereta petrol yang biasa.

    Penyelenggaraan

    Ramai yang mengatakan bahawa kos penyelenggaraan kereta Honda Hybrid ini mahal. Yang sebenarnya ianya sama sahaja dengan kereta honda biasa (petrol). Jika ada beza pun hanya di beberapa siri penyelenggaraan sahaja. Ada terdapat sedikit tambahan kos iaitu sekitar RM390. Data ini diambil daripada kos penyelenggaraan Honda hybrid Insight.

    Prosedur pnyelenggaraan Honda Hybrid ini adalah sama sahaja seperti prosedur penyelanggaraan Honda biasa. Masa penyelenggaraan juga adalah sama.

    Pusat penyelenggaraan Honda Hybrid adalah sama dengan pusat penyelenggaraan Honda biasa. Jadi pengguna Honda Hybrid tidak perlu pergi jauh semata-mata untuk menyelenggara kereta mereka. Terdapat 60 buah pusat pemyelenggaraan Honda di seluruh negara.

    Cara memandu Honda Hybrid

    Cara memandu kereta honda Hybrid sama sahaja dengan memandu kereta biasa. Malah ia lebih seronok dan mesra alam.

    Jadi kepada sesiapa yang berhajat untuk memiliki kerata Honda Hybrid anda tidak peru berfikir panjang lagi. Ia akan menjadi pembelian anda yang amat berbaloi.

    Jika anda masih ragu-ragu, sempena dengan promosi Honda Hybrid Family Road Trip ini, anda boleh pergi kemana-mana karnival Honda Hybrid Family Road Trip dan pandu uji di sana. Terdapat 3 model Honda Hybrid yang boleh anda pilih iaiti Honda Civic Hybrid, Honda CR-Z, dan Honda Jazz Hybrid.

    Anda juga boleh membawa pulang dengan “menyewa” kereta Honda Hybrid pilihan anda selama 3 hari 2 malam untuk tujuan pandu uji. Sila ke laman web Honda Hybrid ini: http://hybrid.honda.com.my/ untuk maklumat lanjut.

    Sila LIKE facebook page Honda Malaysia sebagai syarat untuk pandu uji tersebut: https://www.facebook.com/hondamalaysia.

    Selamat memandu Honda Hybrid. Bantulah memelihara alam sekitar dengan sistem Honda Hybrid

    38 COMMENTS

      • pusat servis honda ada diserata negara. itulah pusat servis honda hybrid. sama tempat. bawah hinda semua. sesuai jer dengan keadaan berbukit. tp mcm aku cakap kat dlm entri tu la. kalau mendaki bukit sistem hybrid akan guna kuasa petrol secara keseluruhan. tak guna bateri langsung. so myk mcm kereta biasa la..

    1. dah seminggu suntuk cari artiket kereta hybrid..dari kelebihan dan kelemahanya nak tau juga…sebab jalan raya kita ni selalu banjir..camna kalau kereta hybrid kena air sampai paras bonet..tak terkejut elektric ke? sebab voltan tinggi……tapi…dah minat ngan Honda Insight..

    2. bro ada bende nak tanye skit dengar cerita bateri hybrid ada lifetime dalam 9 to 10 tahun dah harga nya mahal betul ke?

      kalau mahal nak jual blik kereta tentu xda harga? kalau murah mungkin ada market kereta 2nd…

      lagi satu voltan nya tinggi kalau kemalangan berisiko tinggi? takot kene genjatan elektrik?

    3. Bro, kereta Honda Insight nie klu search di mudah.my ini lah kereta yang paling murah untuk model honda untuk budjet starting RM35K & tahun 2011 keatas dan juga milaege 50k – 59k tetapi sedangkan kereta ini adalah HYBRID..boleh jelaskan tak kenapa banyak di jual (2nd hand) & harga yang murah berbanding model Honda yang lain..tankz ye

    4. Sy mmg rasa nk amek satu honda insight hibryd 1.4… tp teragak2 juga sbb dgr kata 1.4 ni payah sikit klau pnjat bukit genting ke….
      Betul ke klau 1.4 hibryd ni bersamaan dgn 2.0 kereta biasa..

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here