Semalam TikTok menjadi ātrendingā. Ini gara-gara contest TikTok yang dianjurkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi. (KPT)

Serentak dengan itu bermacam-macam pandangan (lebih banyak kecaman sebenarnya) telah dilontarkan oleh warganet terhadap KPT termasuk menterinya.
Hurmmm.. Pada pandangan Abam Hoq, ok jer KPT nak buat contest dengan TikTok. Cuma syarat contest mestilah lebih spesifik dan contentnya ilmiah. Tak boleh topik yang terlalu luas dan terbuka. Ini sesuai dengan imej KPT itu sendiri.
Kenapa Abam Hoq bersetuju guna TikTok? Kerana potensi TikTok yang bukan ākaleng-kalengā.
Apa itu TikTok?

Terlebih dahulu untuk yang masih kurang ‘biasa’ dengan TikTok, ini ada sedikit info:
TikTok adalah aplikasi media iOS dan Android yang boleh digunakan untuk membuat dan berkongsi video pendek. Pada mulanya ia dilancarkan sebagai Douyin pada September 2016, di China. Pada tahun berikutnya, pada tahun 2017, aplikasi itu dilancarkan oleh ByteDance untuk pasaran di luar China.
TikTok dan Douyin menggunakan perisian yang sama, tetapi mengekalkan rangkaian berasingan untuk mematuhi sekatan penapisan China. TikTok boleh didapati di seluruh dunia melalui kedai App Store atau Google Play.
Misi Bytedance (syarikat induk TikTok) adalah “untuk mengambil dan mempersembahkan dunia kreativiti, ilmu pengetahuan, dan momen hidup yang berharga, terus dari telefon bimbit.
TikTok membolehkan semua orang menjadi pencipta, dan menggalakkan pengguna berkongsi ekspresi semangat dan kreatif mereka melalui video mereka. Dengan berbuat demikian, TikTok bersaing dengan gergasi seperti YouTube, Instagram, dan Facebook yang mempunyai sokongan Google atau Facebook.
Apa yang membantu TikTok menonjol di antara pesaingannya ialah ia lebih daripada platform hiburan, bukannya platform gaya hidup. Dan apa yang menjadikannya begitu menarik ialah sesiapa sahaja boleh menjadi penyedia content kerana penggunaan aplikasinya yang mudah. Ini menjadi sebab kenapa ia menarik minat banyak pencipta content di seluruh dunia.
Kita seperti memandang sinis menidakkan applikasi TikTok kerana ia sangat sinonim dengan video anak-anak muda terkinja-kinja menari dan cuba menonjolkan diri dengan mencari publisiti (kadang-kadang murahan) tersendiri yang adakalanya tidak terkawal.
Fakta TikTok
Kalau kalian masih tak percaya potensi TikTok, jom Abam bawak kalian menyelusuri fakta TikTok:
Statistik umum TikTok
- Jumlah pengguna aktif bulanan: 800 million (Dikemaskini pada: 2/11/20)
- Jumlah muat turun Tik Tok: 1,65 billion (Kemaskini pada: 2/11/20)-
- Jumlah tontonan video harian: 1 billion (Kemaskini pada: 2/11/20).
TikTok Demographics
- 41% pengguna TikTok adalah berusia antara 16 hingga 24.
- 56% pengguna TikTok adalah lelaki dan 44% adalah wanita
- Secara kasar, 50% penonton global TikTok adalah di bawah usia 34 tahun dengan 26% antara umur 18 dan 24 tahun.
- Pengguna China menyumbang 80% daripada jumlah masa yang dihabiskan menggunakan TikTok pada tahun 2019.
- 43% pengguna TikTok baru adalah dari India.
- Pengguna TikTok menghabiskan purata 52 minit sehari pada aplikasinya.
- 26.5 juta pengguna aktif bulanan adalah dari Amerika Syarikat (AS)
- Dalam masa kurang dari 18 bulan, jumlah pengguna TikTok dewasa AS meningkat 5.5 kali.
- 90% pengguna TikTok melawat aplikasi lebih daripada sekali sehari.
- Koleksi aplikasi Bytedance (Syarikat Induk TikTok), termasuk TikTok, mempunyai 1 bilion pengguna aktif bulanan..

Fakta Kewangan TikTok
- Pada tahun 2019, TikTok telah menghasilkan $115.3 juta daripada perbelanjaan pengguna.
- Tiktok memperoleh pendapatan kasar sebanyak $ 176.9 juta pada tahun 2019.
- Jumlah pendapatan TikTok sehingga kini ialah $ 247.6 juta.
- Bytedance bernilai $75 juta, menjadikannya syarikat pemula yang paling bernilai di dunia..
Lagi fakta menarik TikTok
- TikTok dilancarkan pada September 2016, popularitinya meletup dalam tempoh tiga tahun selepas pelancaran
- Dalam ranking sosial media, TikTok telah mengatasi platform yang lebih dikenali seperti LinkedIn, Twitter, Pinterest, dan Snapchat.
- Walaupun pelancarannya yang agak baru, TikTok telah masuk ke dalam senarai sepuluh aplikasi yang paling banyak dimuat turun dalam dekad yang lalu, menduduki ranking ketujuh di hadapan YouTube dan Twitter, yang telah lama wujud.
- Yang menariknya TikTok bukan daripada Facebook group seperti mana aplikasi popular ranking teratas yang lain seperti Facebook, Instagram dan WhatsApp.
- Instagram mengambil masa enam tahun dari tarikh pelancarannya untuk mendapatkan jumlah pengguna bulanan yang aktif, tapi TikTok hanya mengambil masa hampir empat tahun sahaja untuk mendapatkan pengguna aktif bulanan yang sama.
- TikTok boleh didapati di 150 negara, dalam 75 bahasa.
- TikTok adalah aplikasi yang paling banyak dimuat turun di Apple App Store, dengan 33 juta muat turun dalam satu suku tahunan.
- Ia merupakan aplikasi bukan permainan yang paling banyak dimuat turun pada tahun ini.
- Pada tahun 2019, India sahaja menyumbangkan 277.6 juta muat turun, iaitu 45% daripada jumlah muat turun sepanjang tahun.
- TikTok juga diterima baik oleh kebanyakan negara Asia seperti Kemboja, Jepun, Indonesia, Malaysia, Thailand, dan Vietnam.
- 68% pengguna TikTok menonton video orang lain dan 55% memuat naik video mereka sendiri.
- 52% pengguna TikTok adalah pengguna iPhone.
- The #RaindropChallenge mempunyai lebih 986 juta tontonan di TikTok.
- Orang yang paling ramai pengikut di TikTok adalah Lauren Grey dengan lebih daripada 34.8 juta pengikut.
- Jumlah purata āactivationā adalah 43.4 kali sehari
- Terdapat lebih daripada 5 juta video cabaran #InMyFeelings di TikTok berbanding 1.7 juta di Instagram.
- Kadar āengagement’ TikTok adalah 29%.
- Hanya 4% social media marketer di A.S. menggunakan platform ini.
- Ia mengambil masa 200 hari untuk pasukan pembangunan China mencipta versi asal Douyin / TikTok.
Konklusi
Jadi jika penganjuran contest tersebut satu kesilapan, kesilapan KPT adalah kerana tidak memperincikan syarat TikTok. Jika betul caranya, ia mungkin boleh mengubah persepsi orang ramai kepada TikTok dan orang akan sedar potensi TikTok sebagai medium untuk perkongsian content dan channel pemasaran kepada orang ramai terutama anak-anak muda khususnya.
Sumber:
https://www.omnicoreagency.com/tiktok-statistics/
https://my.oberlo.com/blog/tiktok-statistics
Banyak fakta menarik Tik Tok ya. izin share
edwinali recently posted..75 Kata-kata Embun Pagi Cocok buat motivasi dan Caption