Monday, May 15, 2023
HomeUncategorizedFaktor Dalam Memilih Penyedia Perkhidmatan Internet Jalur Lebar

Faktor Dalam Memilih Penyedia Perkhidmatan Internet Jalur Lebar

ejen unifi 2

Salam.

Belum habis lagi aku membebel tentang internet jalur lebar.

Semalam aku ada menulis tentang kenapa aku memilih TM unifi sebagai penyedia perkhidmatan internet jalur lebar aku.

Untuk melanggan internet jalur lebar, penyedia perkhidmatan memainkan peranan yang utama untuk kita membuat pilihan. TM unifi bagi aku memenuhi keperluan itu.

Namun ada satu lagi faktor yang harus kita fikirkan untuk memilih perkhidmatan jalur lebar. Faktor yang dimaksudkan adalah ejen kepada syarikat penyedia perkhidmatan.

 Seperti unifi yang ditawarkan oleh TM, mereka mengguna pakai sistem ejen untuk menyenangkan mereka memasarkan perkhidmatan internet jalur lebar juga untuk urusan perkhidmatan selepas jualan.

Kita sebenarnya berurusan secara terus dengan ejen TM. sebab itulah pemilihan ejen juga harus diberi perhatian.

Alhamdulillah, proses aku mendaftarkan unifi untuk kegunaan rumah aku baru-baru ini berjalan lancar. Ejen yang aku pilih memang telah menjalankan tugasnya dengan licin dengan tiada masalah.

Aku hanya berurusan dengannya melalui emel dan sms sahaja. segala urusan daripada mengisi borang dan sebagainya aku tidak perlu ambil tahu.

Kebiasaannya selepas membuat pengesahan pendaftaran TM akan mengambil masa selama seminggu untuk menghantar kontraktor pemasangan datang ke rumah kita untuk urusan pemasangan.

Tetapi dalam kes aku, ejen aku tanya bila aku nak kontraktor tersebut datang ke rumah untuk urusan pemasangan. Memang la aku cakap secepat yang mungkin. Selepas memeriksa kekosongan waktu kontraktor pemasangan, ejen tersebut menghubungi aku semula melalui sms memberitahu supaya aku bersedia kerana dua hari lagi kontraktor akan datang ke rumah.

Perrggghhh 2 hari jer tu!!! Ada kawan aku seminggu baru dapat unifi selepas daftar, aku pula hanya 2 hari. Memang tip top ejen ni.

2 hari kemudian selepas pemasangan selesai, ada sedikit masalah pada sambungan unifi apabila hanya galaxy tab aku dan netbook acer aku jer yang dapat signal wifi. Smartphone htc isteri dan laptop aku yang satu lagi tak dapat kesan signal wifi.

Aku lantas sms ejen tersebut. balasan sms daripadanya menyuruh aku refer ke artikel tulisannya di blognya INI.

Selepas aku mengikut arahan seperti di dalam artikel, masalah aku hadapi terus selesai. begitu mudah dan ringkas.

Di dalam blognya juga ada banyak lagi artikel tentang unifi dan cara-cara menangani masalah yang mungkin timbul selepas pemasangan. Juga tulisan tentang lain-lain perkara berkenaan dengan unifi dan isu-isu bersangkutan dengannya.

Haaa cuba teka siapa ejen aku ni? yaaaa, tak lain dan tak bukan – tuan punya blog shakiddo.com, saudara KID.

Jadi sesiapa yang belum mendaftarkan unifi dan ingin berbuat demikian, bolehlah menghubungi KID di blognya http://shakiddo.com. InsyaAllah beliau akan cuba sediakan perkhidmatan terbaik seperti yang beliau sediakan untuk aku kepada kalian.

Nota penting:
– ini bukanlah sponsored post seperti yang selalu diperolehi dan ditulis oleh bogger INI atau INI.
– aku juga tiada hubungan istimewa dengan KID seperti cerita dalam artikel INI

Loading

RELATED ARTICLES

17 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1