Setelah mengalami kekalahan yang tidak disangka-sangka di tangan Aston Villa minggu lepas, Liverpool tiada banyak pilihan selain daripada memenangi perlawanan menentang Fulham hujung minggu baru-baru ini. Jika tidak kedudukan akan jatuh lagi ke bawah dan akan menyukarkan peluang buruan tempat ke 4 sekurang-kurangnya. Lagipun perlawanan menentang Fulham ini diadakan di tempat sendiri.
Dan keinginan untuk menang tersebut telah membuahkan hasil di hujung minggu baru-ini apabila Liverpool berjaya menewaskan Fulham di bawah pimpinan Martin Jol dengan jaringan 4-0.
Ada beberapa perkara ataupun faktor yang mendorong kemenangan Liverpool ke atas Fulham:
Prestasi Stewart Downing Yang Mantap

1 tahun 5 bulan Stewart Downing bermain dengan pasukan Liverpool. Dan dalam masa tersebut amat jarang dia menunjukkan prestasi yang diharapkan. Dan dia lebih banyak menerima kritikan daripada peminat-peminat Liverpool yang mahukan permainan yang lebih bermutu darinya sesuai dengan tag harga yang dibawanya.
Tetapi kali ini dia telah menunjukkan prestasi cemerlang. 1 gol dan 1 umpanan (assist), yang pertama diciptanya dalam perlawanan di Liga Perdana Inggeris telah menyebabkan Brendan Rodgers memujinya.
Berikut adalah kata-kata Brendan Rodgers terhadap Stewart Downing di dalam laman rasmi Liverpool FC:
I thought Stewart was brilliant today, in every aspect of the game. His goal today was a fantastic strike and he combines very well with Glen Johnson out on the right side because he clears space for Glen to run into. Stewart’s movement is really intelligent and his pass for Steven’s goal was superb.
I spoke to Stewart about six or seven weeks ago and we had an honest conversation about where he was at. And I think his reaction from that moment has been outstanding. If he keeps playing like that, he’ll be going nowhere – he’ll be staying in the team and that’s what it’s about.
Cabaran besar buat Stewart Downing sekarang ialah untuk mengekalkan prestasinya. Jika tidak dia mungkin akan diletakkan sebagai calon yang akan meninggalkan Liverpool di waktu perpindahan Januari nanti.
Luis Suarez dan Steven Gerrard menemui kembali sentuhan penyudah mereka.

Luis Suarez penjaring terbanyak Liverpool telah beberapa perlawanan tidak menjaringkan gol. Namun semasa perlawanan menentang Fulham dia telah kembali dengan jaringan.
Pemain yang jarang menghampakan dalam prestasi di atas padang ini menjaringkan gol pada lewat permainan. Gol ke 4 tersebut penting untuknya membina keyakinan walaupun pada masa itu kemenangan sudah terjamin buat Liverpool dengan bekal 3 gol.

Steven Gerard juga menjaringkan gol pada perlawanan ini. Gol keduanya dalam masa seminggu. Steven Gerard juga terlibat dalam membantu untuk 2 lagi jaringan gol selain daripada memberikan aksi yang mantap sepanjang peelawanan. Ini satu petanda yang baik buat Liverpool yang mempunyai kelemahan dalam mencari jaringan gol dek kerana krisis barisan hadapannya.
Â
Â
Joe Allen Dan Raheem Sterling Direhatkan.
Seperti yang dijangka kedua pemain ini tiada dalam barisan permulaan pasukan Liverpool. Joe Allen dulu semasa baru bersama Liverpool, permainannya agak mantap walaupun ada beberapa bahagian yang harus dia perbetulkan. Namun selepas beberapa perlawanan, dia dilihat seakan-akan hanyut tidak menemui rentak permainan. Dan permainannya sudah mula dipersoalkan.
Raheem Sterling pula menjadi pemain utama musim ini. Hanya perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris dia tidak diturunkan. Pada perlawanan lain selepas itu dia beraksi penuh selama 90 minit.
Untuk seorang pemain muda yang baru meningkat naik, ini dilihat sebagai satu bebanan. Pengurus harus bijak dalam menangani isu pemain muda sebegini. Jika terlalu banyak terdedah kepada perlawanan, dikhuatiri akan berlaku tekanan kepadanya dan akibatnya prestasi yang semakin menurun.
Mereka berdua digantikan dengan Jonjo Shelvey dan Suso, dua orang lagi pemain muda yang sentiasa mengintai untuk diberi peluang diturunkan. Jonjo Shelvey dan Suso harus juga diberi peluang oleh Brendan Rodgers untuk membiasakan diri dengan perlawanan penting. Dua anak muda ini adalah pelapis kepada pemain-pemain senior dalam pasukan.
Jadi keputusan yang diambil oleh Brendan Rodgers ternyata tepat. Kini Brendan Rodger sekurang-kurangnya tahu bahawa dia mempunyai pemain pelapis di bahagian tengah dan depan dan boleh beraksi dengan baik jika dipanggil.
Joe Allen dan Raheem Sterling walau bagaimana pun diturunkan juga sebagai pemain gantian pada lewat masa permainan.
Hari-hari terakhir Jamie Carragher sebagai pemain utama Liverpool?
Pemain paling berpengalaman dalam pasukan Liverpool ini semakin jarang diturunkan. Faktor umur mungkin menjadi penyebab di mana pergerakannya semakin terbatas walaupun kemampuan untuk membaca permainan masih lagi mantap. Dalam perlawanan ini dia dia diturunkan hanya pada lewat masa permainan untuk menggantikan Lucas Leiva.
Namun, Brendan Rodgers tidak perlu risau tentang ini kerana Liverpool mempunyai ramai pemain pelapis di bahagian pertahanan tengah ini. Sebastian Coates sabar menanti untuk menggantikannya. Liverpool juga mempunyai 2 pilihan lain iaitu Martin Kelly yang sedang cedera sekarang dan Andre Wisdom pemain muda yang beberapa kali diturunkan pada awal musim dan pernah menjaringan gol.
Namun pengalaman Jamie Carragher sebenarnya masih diperlukan lagi untuk membimbing pemain mula dan mengekalkan semangat dan keharmonian di dalam bilik persalinan.
Lucas Leiva sudah kembali dengan prestasi dan kecergasan yang sepatutnya

Akhirnya Lucas Leiva kembali dengan prestasi dan kecergasan yang ditunggu-tunggu setelah berehat lebih daripada setahun akibat 2 kali kecederaan yang dialaminya.
Dia mula diturunkan pada bulan lepas dan mula sedikit demi sedikit menemui kembali sentuhannya sebagai pemain holding midfielder. Sebelum kecederaannya pada musim lepas, dia beraksi cemerlang di bahagian tengah. Kecederaannya juga adalah salah satu faktor faktor menurunnya prestasi Liverpool di musim yang lalu.
Dalam perlawanan ini Lucas Leiva memainkan peranan yang mantap dengan diberikan ruang di bahagian tengah untuk mencorakkan permainan. Dia juga berjaya menjalankan tugas pertahannya dengan menutup ruang tengah dan menghalang hantaran-hantaran daripada tengah pemain Fulham.
Statistik Lucas Leiva dalam perlawanan itu ialah dia berjaya membuat 7 bentesan kemas dan 3 halangan sepanjang perlawanan. Hantarannya mengkagumkan dan konsisten. Tiada seorang pun pemain yang membuat hantaran bola melebihi Lucas Leiva dalam permainan tersebut. Dalam 77 hantaran yang dilakukannya 70 adalah hantaran sempurna.
Itulah antara faktor – faktor yang mendorong kemenangan Liverpool ke atas Fulham tempohari.
Dengan kemengan itu, Liverpool kini hanya 5 mata untuk berada di dalam kelompok yang akan melayakkan ke Liga Juara-Juara.
Perlawanan-perlawanan terakhir Liverpool pada tahun ini ialah menentang Stoke City dan kelab Tony Fernandes, Queen Park Rangers. Kedua-duanya di tempat lawan. Perlu diingat, perlawanan ini bukan mudah untuk dimenangi kerana kedua-dua pasukan tersebut mempunyai sebab yang kuat untuk menang.
Jika The Reds dapat bertahan dan tidak dikalahkan sehingga Januari tiba, mereka mungkin boleh berkira-kira untuk memberikan saingan sengit di separuh kedua musim untuk merebut tempat ke 4 seterusnya melayakkan mereka ke Liga Juara-Juara. Ini adalah kerana pada bulan January kemungkinan besar ada pemain baru yang akan dibeli untuk menguatkan pasukan.
Kepada yang belum menyaksikan gol-gol Liverpool dalam perlawanan itu, boleh saksikan rangkuman gol di dalam klip video di bawah:
Â
http://youtu.be/ZFCeVFKVU60
Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kesemua gol-gol yang dihasilkan cantik-cantik belaka. Dan aku sungguh terhibur dengan persembahan Liverpool pada perlawanan ini.
You’ll Never Walk Alone
Sumber
moga liverpool terus sukses.
thanks leeza.. 😉
sohoque recently posted..Kenapa Saya Ingin Tersenarai Di Dalam Bloglist Abang Ensem
[…] oleh Jonathan Walters (2) dan Kenwyne Jones (1). Baru je aku puji sikit Liverpool dalam artikel INI dah kalah […]