1

Fatihah Dirogol…?

Macam-macam la si Fatihah ni. Mula-mula heboh pasal dia diculik semasa keluar membeli top up prabayar. Selepas dijumpai berada di rumah keluarga teman lelakinya, dia mengaku yang penculikan tersebut sengaja dirancang dan dia melarikan diri dengan rela hati.

Sekarang gadis ini buat hal lagi. Kali ini dia membuat laporan di Pejabat Polis Pekan yang mendakwa dirinya dirogol oleh kekasihnya. Perkara ini disahkan oleh Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman.

Akan tetapi yang lawaknya, dia didapati tidak seperti yang didakwa apabila tiada kesan atau sebarang tanda yang dia dirogol selepas pemeriksaan dibuat oleh pakar perubatan untuk memastikan dakwaannya.

Dengan itu pihak polis tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap teman lelakinya. Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Yahaya Othman berkata laporan dakwaan rogol oleh Siti Nur Fatihah Mahadi dalam ‘kes culik’ nya adalah sengaja direka-reka bagi tujuan peribadi.

Fatihah kini mungkin berdepan dengan hukuman penjara dan denda akibat laporan palsunya. Mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan dia boleh dikenakan hukuman penjara enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

Lepas ni apa pula ya?

Apa la nak jadi dengan Siti Nur Fatihah ni…

Ikuti rentetan berita “penculikan” Siti Nur Fatihah di sini.

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: