Sukan permotoran ni, baik perlumbaan kereta maupun motorsikal aku agak kurang minat. Aku pernah buat-buat minat tetapi gagal. Kegagalan terbesar aku apabila aku digelakkan beramai-ramai oleh memember sendiri apabila tertukar nama pelumba motor. Itulah padahnya apabila berlagak pandai. Hahaha.
Tetiber aku dijemput ke peringkat akhir FIM Asia Supermoto Championship 2016. Hurmmm… Speechless.
Seminggu jugak aku pendam soalan yang aku ingin tujukan. Sekarang aku dah tau la jawapannya. Aku tau pun masa hari kejadian. Hahaha. Lupa lak aku nak Google. Sebab masa aku tengah bercuti selama 2 minggu bawak keluarga balik kampung dan jalan-jalan ke Melaka.
Ada jugak rasa nak tanya dalam group whatsapp. Tetapi bila terkenang sejarah lampau digelakkan memember sendiri, aku lebih rela pendamkan saja soalan aku tu. Hahahah.
Soalan aku: Amende FIM Asia Supermoto Championship 2016
Persoalan aku terungkai apabila aku sampai ke Stadium Shah Alam. Oooo ini rupanya supermoto. Macam motorsross tapi dia tak main dalam hutan. Ia adalah perlumbaan motor (lebih kurang macam scrambler) yang disertai oleh sekumpulan pelumba supermoto yang professional. Dalam perlumbaan ini ada halangan yang diletakkan untuk menguji kecekapan pelumba.

Perlumbaan ini adalah perlumbaan Supermoto peringkat Asia. Pusingan kelayakan sebelum ini sudah diadakan di negara-negara yang terlibat. Peringkat akhir diadakan di Malaysia.




Yang paling membanggakan adalah pelumba-pelumba yang menyinar pada perlumbaan ini adalah pelumba-pelumba daripada Malaysia.

Salah seorangnya adalah pelumba Muhd Habibullah yang lebih dikenali dengan nama Gabit. Beliau adalah johan FIM Asia Supermoto Championship 2016 untuk kategori Open International dan Asian Class. Beliau adalah pelumba pertama yang berjaya memenangi kedua-dua kelas (kategori) dikalangan “21 top international riders” daripada 18 buah negara.
Untuk Asian Class (Kelas Asia) tempat kedua dimenangi oleh Khairi Zakaria (Hairi). Manakala tempat ke 3 dimenangi oleh Mohd Al-Amirul Ashshahis (Gaban). Kedua-duanya juga daripada Malaysia.
Kejayaan ini jelas mengharumkan nama Malaysia dan membuktikan pelumba Malaysia juga boleh bersaing dengan pelumba antarabangsa.
Tahun 2017, perlumbaan ini akan bermula lagi daripada peringkat kelayakan. Dan ia akan diadakan dipelbagai negara Asia. Bestnya kalau aku turut dijemput untuk membuat liputan ke perlumbaan-perlumbaan tersebut.
p/s: kalau ada masalah asma boleh try minyak herba asmak keluaran syarikat minyak herba asma sdn bhd. minyak asmak ni memang mujarab dan terkenal sebagai penawar asma pada bayi yang ada asma.
wpon salah.. tapi muka konfiden tu penting. itulah bamhoq. hahahahah
hehehe itu adalah skill yg perlu dipelajari oleh salesman