Sunday, March 19, 2023
HomeGeeks & GadjetGambar Menarik Sekitar MSMW 2017

Gambar Menarik Sekitar MSMW 2017

Malaysia Media Social Week 2017 ataupun lebih dikenali dengan nama singkatan ringkasnya MSMW2017 adalah satu platform ilmu yang memberi update terbaru tentang dunia media sosial. Majlis yang berbentuk seminar ini telah bermula sejak beberapa tahun yang lalu.

Selain daripada platform ilmu, seminar ini juga menemukan pakar-pakar dan pengamal media sosial di dunia nyata. Jika selama ini mereka hanya kenal di dalam dunia maya (online) di seminar ini mereka boleh berjumpa dan bersua muka. Bukan sahaja di antara pengamal media sosial di Malaysia malah ada speaker dan peserta daripada luar negara yang dijemput.

Sebelum MSMW 2017 ni, aku dah pernah hadiri 3 MSMW yang diadakan sebelum ini. Kenapa aku tak serik untuk menghadiri seminar ini? Sebab banyak ilmu dan info terkini tentang dunia media sosial yang aku boleh dapat kat sini daripada pakar-pakar luar dan dalam negara. Bestkan..!

Info ni lah yang aku cuba amalkan di dalam career aku sebagai blogger yang mencuba untuk menjadi Social Media Influencer.

Inilah trend terkini. PR atau syarikat yang ingin iklankan produk dan servis mereka kini tidak lagi hanya mencari blogger. Mereka inginkan blogger yang mempunyai pengaruh di media sosial. Jadi, nak tak nak, aku mesti mengikut arus dan menambah nilai diri aku.

Embrace the change…! Bersedia untuk berubah. Jika tidak aku akan berada di takuk lama. Aku tak mau jadi macam Kodak. Tidak bersedia mengikuti arus kemodenan… akibatnya syarikat terkubur bilamana pelanggan lebih memilih produk digital berbanding traditional fotografi.

Seminar ni sebenarnya lebih luas skopnya. Bukan menjurus kepada media sosial semata, malah ia turut mengetengahkan bagaimana orang perseorangan dan syarikat kecil maupun besar mengoptimumkan penggunaan media sosial dalam penjenamaan, pengiklanan dan membantu masyarakat.

Dalam entri ni aku tidak bercadang untuk mengulas secara terperinci ataupun berkongsi apa yang aku dapat daripada seminar tersebut. Sebabnya panjang untuk aku kongsikan ilmu yang aku dapat tu.

Lagipun penulisan untuk entri lebih kepada entri santai sahaja. Sebenarnya aku nak kongsikan foto-foto yang sempat aku rakam sewaktu seminar semalam. Ada juga gambar yang disumbangkan oleh rakan blogger lain. Aku gabung sekali lah senang. Nak bagi kredit pun dah tak ingat daripada kamera siapa.

So nah.. ni gambar-gambar menarik sekitar Malaysia Media Social Week 2017 (MSMW 2017) yang sempat dirakam. Zaaaas…!

Aku letak gambar mana yang ada dalam iPhone aku dulu. Nanti aku tambah foto daripada kamera pulak.

InsyaAllah jika dapat jemputan lagi daripada pihak MSMW di masa akan datang, aku akan hadiri lagi.

Loading

RELATED ARTICLES

5 COMMENTS

  1. owh..sekarang ni advertiser tak nak sekadar trafik blog jer yang power.
    follower media sosial pun wajib kena ramai.

    nampak gayanya kena rajin update dan engage di fb, ig dan twitter.
    selama ni guna untuk promote jer 😀

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge

Most Popular

%d bloggers like this:
G-VE91R3DCE1