2
160

Gaya Penulisan Aku Dah Tak Bebas.. Sebab Belajar SEO..!!!

 

Pagi tadi.. Aku Ada terbaca rungutan blogger yang gaya penulisan dia dah tak bebas macam dulu. Dah tak best baca.. Dia sendiri rasa tak best apatah lagi orang lain, katanya.. (tak taulah betul ke tak orang lain rasa gitu atau dia sendiri yang rasa sebab gaya penulisan dia terpaksa diubah). Dia rasa penulisan dia dah skema, dah tak macam dulu.

Kadang-kadang kita jer rasa penulisan kita tak menarik. Orang lain baca biasa jer

Apa sebabnya? Sebab terikat dengan cara penulisan SEO. Ini isunya yang ditekankan.

Hurmmm macamana nak komen ek? Hahaha

Aku gelak sebab aku memang tak setuju dengan statement ni. Dari dulu lagi… Rasa macam yang keluarkan statement ni kurang paham pulak apa itu SEO. Tapi aku pun bukan pakar sangat nak komplen orang. So aku tulis jer entri kat blog aku ni tentang apa yang aku fikir. Tak semestinya betul pun…

Di depan aku Teh Tarik… yang masih berasap… Karipap dalam piring masih belum terjamah. Aku lantas berfikir sejenak tentang itu. Dan aku rumuskan perkara-perkara berikut mungkin difikirkan oleh si pengeluar kenyataan tersebut:

1. Mungkin dia anggap untuk tulis entri berSEO ni, dia perlu menulis dengan skema.

Disebabkan pandangan ni, diorang rasa penulisan skema diorang perlu diubah. Kalau itulah pandangan dia, aku kuat merasakan yang pandangan itu tidak benar.

Lihat contoh sifu-sifu yang power SEO. Aku suka mengambil contoh En Titan. Penulisannya sangat santai tapi entrinya sering berada di ranking teratas enjin carian Google untuk keyword-keyword yang dia optimisekan.

Ramai jer yang terer SEO menulis dengan gaya santai sebenarnya. Tak nampak pun dia menekankan SEO dalam penulisannya. Ramai yang macam ni. Akma Omar, Kak Kujie (lama dah tak nampak), Sifu Zeo Unic dan ramai lagi. Tak skema pun penulisan diorang.

gaya penulisan santai menjadikan pembaca tidak terasa boring baca blog kita

Tapi entri diorang top jugak…!

2. Mungkin dia jer yang rasa terbatas untuk menulis sebab terlalu fikir pasal keyword untuk tujuan SEO.

Kalau macam ni dia rasa, dia kena banyak menulis lagi. Kena belajar blendkan apa yang google suka dalam penulisan ke dalam penulisan bergaya sendiri.

Kalau kat kelas belajar buat blog aku, memang aku selalu pesan. Jangan fikir sangat pasal SEO dalam penulisan. Taip jer macam selama ni yang ditaip. Kekalkan jer cara penyampaian dalam penulisan sebab itu cara kita. Tu identiti kita. Kemudian baru fikir pasal nak optimised keyword bagai tu.

Kadang-kadang tak ada idea untuk menulis. Mencatat apa yang ingin ditulis kadangkala membantu

Berubah gaya penulisan sebab terlalu nak tengok teknik SEO menepati semua kehendak Google memang akan memusnahkan mood menulis (jika belum mahir). So pepandailah…!

Tu dua kemungkinan yang aku rasa yang keluarkan kenyataan tu fikir. Mungkin ya mungkin tidak. Hehehe

Sebenarnya ada beratus faktor utk Google menilai penulisan kita untuk meletakkan di ranking ke berapa di enjin cariannya.

Mustahil kita nak ikut semua. Ikut lah sekadar termampu. Yang penting kena ingat… Google akan menilai dari segi pandangan pembaca bukan pandangan penulis. Maksudnya sebarang entri yang menyenangkan dan menyukakan pembaca untuk diorang baca lebih disukai oleh google.

Sebab tu loading time, heading, subheading, referral (backlink), mobile responsiveness dan lain-lain termasuk dalam faktor-faktor yang Google nilai.

Hurmmm… apa lagi ek yang menyebabkan blogger rasa penulisan terbatas sebab SEO?

Kalau ada korang rasa selain daripada yang aku sempat fikir sambil makan karipap ni, korang boleh utarakan dalam komen. Nanti kita bincang…

Ginilah… kalau disebabkan tahu pasal SEO membuatkan korang tersekat untuk menulis, tak belajar SEO pun ok. Lebih baik kot aku rasa. Korang boleh jer kumpulkan pembaca dan pengikut blog korang dengan gaya penulisan sendiri tu.

Korang binalah brand korang. Bagi orang kenal dan ada sebab yang kuat kenapa perlu masuk dan baca blog korang setiap hari.

Tengok Ben Ashaari. Penulisan dia aku rasa tak der tekankan sangat pasal SEO ni. Tapi kenapa ramai jer yang pergi ke blog dia setiap hari?

Kenapa dia boleh bina brand dia sendiri hinggakan ramai yang kenal beliau sebagai blogger yang berjaya…? Mesti ada sebab kan?

Korang pergilah tanya dia sendiri. Hahaha. Panjang ceritanya nanti…

Satu lagi… Korang sebenarnya tak perlulah nak optimised keyword untuk semua entri korang kot. Buat entri santai tak perlu nak optimised sangat. Macam entri aku tulis ni.. tak der pun aku fikir keyword-keyword semua. Sekadar nak keluarkan apa yang aku fikir jer. At least ada la jugak yang aku boleh kongsikan dalam blog aku hari ni.

Ok lah. Tetiba lak rasa macam nak stop dah entri ni. Walaupun aku rasa apa yang aku nak sampaikan tak sampai sepenuhnya lagi.

kelas belajar buat blog kami santai jer. sambil belajar sambil minum kopi

Oh ya.. Korang kalau nak masuk kelas belajar buat blog secara santai, boleh lah hubungi aku ya.. Pergi jer ke website company aku ni. Kat dalam tu ada info pasal kelas dan contact sekali:

Show Comments

21 Comments

  1. onlajer August 15, 2017
    • sohoque August 15, 2017
  2. myapilot August 15, 2017
    • sohoque August 15, 2017
  3. Farah Alina August 15, 2017
  4. Anarm August 16, 2017
    • sohoque August 16, 2017
  5. Anazarin August 16, 2017
    • sohoque August 16, 2017
  6. Faizal Fredley August 16, 2017
  7. Nina Mirza August 17, 2017
  8. JMR August 23, 2017
    • sohoque August 23, 2017
  9. Dila August 26, 2017
    • sohoque August 26, 2017
  10. stiker hologram September 6, 2017
  11. sabree hussin September 6, 2017
    • sohoque September 6, 2017

Leave a Reply

%d bloggers like this: