Gerai Kebab Kambing Pedas Berapi Guangzhou.

Menu kambing menjadi menu yang wajib sewaktu aku berkunjung ke Guangzhou baru-baru ini. Ini adalah kerana menu kambing menjadi hidangan kami yang wajib pada setiap kali lunch dan dinner disamping menu-menu yang lain.

Kunjungan aku ke sana adalah di bawah tajaan Public Mutual Berhad yang saban tahun memberi insentif lawatan ke luar negara untuk konsultannya yang cemerlang.

Pesisir Pearl River. Kawasan indah ini telah bergelap pada masa foto diambil kerana lampu telah ditutup pada pukul 11 malam.

Kalau korang pergi ke sana, jangan lupa singgah di gerai kebab kambing ini.

Gerai kebab kambing ini terletak di tepi Pearl River. Kawasan ini ialah kawasan orang-orang Guangzhou berlibur di malam hari. Banyak terdapat kelab malam dan pub di sana. Faktor ini juga menjadikan gerai kebab ini dikunjungi orang ramai.

kelab malam dan pub di guangzhou

Jarak di antara gerai kebab ini dengan hotel tempat kami menginap (Canton Landmark Hotel) adalah lebih kurang 2 kilometer. Jarak tersebut masih dikira dekat oleh penduduk di sana. Untuk makluman, orang Guangzhou gemar berjalan kaki. Oleh itu jarak yang tidak melebihi 10 kilometer masih dikira dekat oleh penduduk setempat. Jadi hati-hati bila bertanyakan jarak sesuatu tempat di sana. Dekat bagi mereka belum tentu dekat bagi kita.

Gerai kebab bergerak halalan toyyiban orang Turki

Aku dan kawan-kawan sempat ke sana pada malam terakhir kami di Guangzhou. Rasa kebabnya… perrggghhh sungguh menusuk kalbu. Awas untuk mereka yang tidak tahan dengan pedas kerana kebab di sini memang amat pedas. Kepada penggemar makanan pedas seperti aku, lagi pedas rasanya, lagi sedap dimakan. Ada kawan tu siap meleleh air mata dek penangan kebab ini.

Dijual dengan harga 15 yuan untuk 5 cucuk daging kambing kebab, aku memilih untuk daging tersebut dibalut dengan roti kebab. Memang best rasanya.

Aku dan kawan-kawan tengak syok melayan kebab

 

 

Roommate aku sedang menikmati kebab

Gerai ini hanyalah gerai bergerak biasa. Kepada pengunjung ke gerai ini anda dinasihatkan membawa bekal air sendiri kerana gerai ini hanya menjual kebab sahaja. Air tiada dalam senarai menu.. hehehehe. Nanti jenuh cari air bila makan kebab pedas. Silap-silap masuk ke pub dan kelab malam berdekatan untuk mencari air. Kat situ faham-faham jer la air apa yang disediakan 😆

Leave a Reply

%d bloggers like this: