Lelaki dan bolasepak hampir tidak dapat dipisahkan. Ini terbukti apabila mereka sanggup bersengkang mata sehingga dinihari hanya kerana ingin menyaksikan pasukan bolasepak kegemaran mereka beraksi. Di musim Piala Dunia ini ramailah yang menjadi Zombie Bola.
Dengan perubahan waktu tidur ini, gaya hidup kaum lelaki juga sedikit berubah. Masa untuk mereka memanjakan diri mereka sudah menjadi terhad dek kerana tidur yang tidak cukup. Ini membuatkan sesetengah daripada mereka mengabaikan kekemasan diri. Jambang mula kelihatan di wajah-wajah kacak mereka.
Bersempena dengan musim bola ini Gillette sebuah jenama yang unggul dalam produk pisau cukur telah mengeluarkan 2 produk barunya. Ia adalah edisi terhad dan hanya dikeluarkan sebagai sebahagian daripada kempen bola sepak global barunya yang dikenalli sebagai “Made from Steel, Driven by my Colors”.
Produk ini adalah Pisau Cukur Brazil Affinity edisi terhad. Ia adalah ikrar harian peminat bolasepak yang setia menyokong pasukan kegemaran mereka dengan memakai warnanya diluar dan semangat seteguh keluli di dalamnya.
Pisau ukur Gillette Brazil Affinity direka dengan kejuruteraan pakar dan mempamerkan warna-warna kebangsaan Brazil iaitu hijau dan kuning. Dalam bolasepak, seperti juga ketika bercukur, hasilnya ditentukan oleh ketelitian. Kini peminat boleh turut sama menunjukkan minat dan komitmen mereka sambil menikmati prestasi cukuran terbaik sebagai rutin harian mereka.
Dua produk Pisau Cukur Gillette Brazil Affinity tersebut ialah:
1. Pisau Cukur Brazil Manual Gillette Fusion ProGlide Edisi Terhad
Pisau cukur ini adalah pisau cukur yang paling canggih. Bilahnya lebih halus dan nipis dengan salutan rendah rintangan. Ini membolehkan ia meluncur lancar melalui rerambut untuk mengurangkan tarikan dan regangan.



Ini akan memberikan keselesaan yang menakjubkan walaupun mereka mencukur pada setiap hari. Cubalah Gillette Fusion ProGlide hari ini. Selepas satu cukuran, anda akan berhenti daripada mencukur dan mula meluncur.
2. Pisau Cukur Brazil Gillette MACH3 Edisi Terhad.
MACH3 yang asli meneruskan legasi yang memberikan cukuran yang licin. Teknology 3 bilahnya memberikan cukuran yang selesa dengan ketahanan yang hanya dapat dihasilkan oleh bilah yang boleh ditukar.


Comfort Guardnya yang mengandungi 5 mikrofin memberikan cukuran yang selesa dan licin. Sementara Penanda Jalur Lubrikasi akan pudar menjadi putih untuk menunjukkan kepada anda tidak lagi mendapat cukuran yang optimum daripada bilah pisau cukur tersebut.
Masih lagi menjadi pilihan yang dipercayai, MACH3 terus memberikan permulaan hari yang baik untuk lelaki seluruh dunia.
Di mana nak dapatkan produk ini
Oh ya… Anda boleh mendapatkan kedua-dua  produk Pisau Cukur Gillette Brazil Affinity ini di ke semua cawangan runcit utama di seluruh negara untuk tempoh yang terhad sahaja. Jadi cepat ke gedung-gedung dan pasaraya utama untuk mendapatkan koleksi ini sebelum musim bolasepak berakhir.
Awas dengan produk Gillette tiruan yang terdapat di pasaran. Untuk memastikan produk yang kita beli adalah produk asli, belilah di pasaraya-pasaraya ataupun di pusat-pusat penjagaan diri seperti Watson, Guardian dan sebagainya.
Harga
Harga untuk Pisau Cukur Gillette Brazil Affinity ini adalah
– RM30.90 untuk ProGlide
– RM13.90 untuk MACH3
Gua pun ada la..nanti gua up cerita gua plak. Brazil..brazil. go!
Hafiz Rahim recently posted..Bila Dapur Meletup
hahahaha.. lu janggut sejemput bg kat gua jer la…
Tak sempat nak beli lagi…. tapi boleh la buat koleksi nanti nie…..
Hazman Fadzil recently posted..Promosi Buffet Dinner di Chakri Palace Pavilion 2014
nnti ada masa beli la… janggut yop man dah panjang tu
Brazil sudah….
faizal recently posted..Wordless Wednesday | Bonus Khas Bulan Ramadhan Mubarak
brazil sudah… menjadi sayur-sayuran… hehehe
Tak jadi nak beli sebab Brazil dah kena kitai. Haha
Hazmin Hamudin recently posted..Tak Perasan Dapat CPUV
hahahaha… kaaaan…