Hampir Bergaduh Kerana PRU 13

pru 13 Sekarang ini semua orang nak cakap pasal politik, pasal Pilihan Raya Umum ke-13. Di sana sini baik di pejabat, di kedai kopi, malah di whatsapp sekalipun topik PRU 13 lah yang menjadi tajuk utama.

Aku ada beberapa kumpulan whatsapp (whatsapp group) yang asyik berbicara tentang politik. Ada beberapa orang yang begitu fanatik dengan parti pilihan masing-masing. Setiap hari ada saja idea untuk “provoke” pihak yag satu lagi.

Pada mulanya aku tengok perbincangan ini lebih kepada perbincangan ilmiah dan santai bersama kawan-kawan di dalam group. Tetapi lama kelamaan aku dapati ianya semakin panas. Masing-masing ingin membuktikan parti mereka pilih adalah betul. Malah pada suatu ketika hampir bergaduh kerana PRU 13 ini.

Pandangan aku, perbincangan yang sihat dan berilmiah itu bagus. Kadang-kadang ia perlu untuk membuka minda ahli-ahli di dalam group. Namun jika ianya penuh dengan sindiran serta tidak sudi menerima pandangan orang lain, ianya sudah menjadi sesuatu yang tidak bagus. Ditambah pula dengan gaya bahasa yang digunakan agak kasar. Lama kelamaan orang lain yang hanya mengambil langkah untuk mengikuti perbincangan secara senyap akan menjadi muak.

Aku pun ada sokongan kepada parti yang aku rasa lebih baik. Tapi janganlah merendahkan sokongan orang lain ke atas parti pilihan mereka. Pada aku, semua pihak baik BN atau PR ada kebaikan dan keburukan mereka sendiri. Kita yang menyokong ni tak perlulah bergaduh. Ini dikhuatiri akan menjauhkan atau memutuskan silaturrahim sesama sendiri.

Tuntutan berbuat baik, memanjangkan silaturrahim dan larangan supaya tidak memutuskan silaturrahim ada dalil yang jelas di dalam Quran dan sunnah. Jadi berhati-hatilah. Kawal emosi dan perkataan. Jangan disebabkan kata-kata kita, orang akan terasa dan menjauhkan diri daripada kita.

Pilihlah parti yang terbaik. Yang boleh menjadikan kita dan negara kita maju dalam segenap bidang duniawi dan ukhrawi. Selamat mengundi…!

10 Comments

  1. Oneblogsocial April 25, 2013
  2. onlajer April 25, 2013
    • sohoque April 25, 2013
  3. Ladfe Amir April 25, 2013
    • sohoque April 25, 2013
  4. Norfanil April 25, 2013
  5. BeritaKaki May 3, 2013

Leave a Reply

CommentLuv badge

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

%d bloggers like this: