Hantu Dan Pembunuh Kejam Berkeliaran Di Pawagam GSC Sepanjang Oktober 2018

0
309

Dah pertengahan Oktober dah. Terlambat sikit aku bagitau korang kali ni. Ni haa berkenaan dengan bulan Halloween ni.

Sempena dengan sambutan Halloween ni, Golden Screen Cinema (GSC) telah melancarkan tawaran-tawaran menarik kepada pelanggannya sepanjang bulan Oktober ni. Kempen Screens of Terror ni akan menampilkan banyak aktiviti dan tawaran menarik daripada candy giveaways sehinggalah penampilan watak yang menakutkan daripada movie-movie seram.

Sepanjang kempen ni, pelanggan yang membeli tiket wayang di pawagam terpilih boleh menebus candy masa nak masuk panggung nanti. Hanya tunjuk tiket jer pada staf yang jaga pintu masuk kat situ. Staf tu nanti akan memakai topi ahli sihir dan membawa pumpkins tu..

Alaaa labu yang ada mata mulut yang korang biasa tengok dalam TV sempena Halloween tu.. Tak best la kalau aku bahasakan labu. Sebab macam tak kena jer dengan tema Halloween.. Hahahah..

Giveaway ni hanya dibuat pada satu masa sahaja iaitu pada pukul 8 malam ke atas pada hari Khamis hingga Sabtu. Masa ni dipanggil Withching Hour Weekend. Ada di pawagam terpilih jer tau. Cek dulu pawagam yang korang nak pergi tu. Karang tak pepasal aku kena marah. Karang tak pepasal jugak aku bertukar jadi monster Halloween kang..!

Selain itu, korang juga akan dapat bermesra dan mengambil gambar bersama watak-watak dalam filem seram seperti Freddy Krueger daripada movie Elm Street dan juga vampire yang dikenali ramai, Count Dracula. Best ni kalau foto tu letak dalam Instagram. Mesti poyo dan banyak like. Hehehe.

Haaa sebut pasal Instagram… Ada jugak dibuat instagram contest. Spookiest Instagram Contest. Peminat filem di pawagam yang post gambar paling kreatif di Instagram, akan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Ada lagi.. ada jugak on-ground activities dan roadshows sepanjang kempen ini berjalan.

Di pawagam terpilih, 13 Oktober ke atas, pelanggan GSC boleh cuba nasib dalam Booth Trick O’ Treat Pumpkins. Pemenang akan membawa pulang sweets treats dan hadiah-hadiah menarik (sehingga stok kehabisan).

Malah kanak-kanak juga, pada 19 Oktober ke atas akan berpeluang menyertai permainan berdasarkan filem Goosebumps Haunted Halloween untuk memenangi pelbagai hadiah yang menarik.

So di bulan Oktober ini banyak filem-filem bergenre seram akan ditayang. Antaranya:The Haunting Hour – 4 Oktober

  1. Baedua – 4 Oktober
  2. The School – 11 Oktober
  3. Mandy – 11 Oktober
  4. Malicious – 18 Oktober
  5. Sabrina – 18 Oktober
  6. Goosebumps2 – 25 Oktober
  7. Halloween – 25 Oktober

So peminat movie seram… Apalagi..? Inilah masanya korang boleh terjah pawagam. Sebabnya di samping banyak filem seram untuk korang, korang akan berpeluang dapatkan bermacam giveaways dan hadiah-hadiah menarik tu.

Untuk updates terkini korang boleh follow GSC kat sini:

Jom ke GSC…!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here