
Seperti yang diketahui umum Samsung Malaysia Electronics, sebuah syarikat gergasi pengeluar telefon pintar telah melancarkan telefon pintar terbarunya iaitu Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Gear pada hari Jumaat 20 september 2013 baru-baru ini.
Samsung Galaxy Note 3 ini bakal dijual pada harga RM2,399. Manakala harga Samsung Galaxy Gear pula RM999.
Kepada bloggers dan media yang hadir pada majlis tersebut, diskaun sebanyak 20% diberi kepada yang menempah di meja tempahan. Aku tidak ketinggalan untuk menempah juga satu unit Samsung Galaxy Note 3. Sebabnya tempahan tersebut tidak memerlukan sebarang wang pendahuluan. Penempah juga akan dihubungi semula untuk mengesahkan tempahan mereka.

Kesokan harinya aku pergi ke 3 penyedia perkhidmatan telefon mudah alih utama Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Tujuan aku adalah untuk mengintai harga dan pelan Samsung galaxy note 3 dan Samsung Galaxy Gear yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.
Hasilnya aku dapati pakej dan harga yang ditawarkan oleh Digi lah yang paling menarik hati aku. Harga Samsung Galaxy Note 3 yang ditawarkan adalah dari RM1,319. Dengan Digi Smartplan RM148, pengguna boleh dapat Samsung galaxy Gear secara percuma. Menarik kan…? Tempoh kontrak selama 2 tahun. Sila ke laman web Digi untuk maklumat lanjut.
Celcom juga ada menyediakan pakej untuk Samsung Galaxy Note 3 ini. Tetapi pakej yang ditawarkannya tidak boleh menandingi pakej yang ditawarkan oleh Digi setakat ini.
Dengan Celcom harga Samsung Galaxy Note 3 adalah RM1,538. Namun Samsung Galaxy Gear hanya diberi kepada 100 tempahan yang terawal sahaja. Mengikut staf Celcom, 100 tempahan terawal diperolehi pada tengahari hari pertama Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung galaxy Gear dilancarkan.
Bermakna sebarang tempahan selepas waktu tersebut sudah tidak layak untuk mendapat Samsung Galaxy Gear secara percuma.
Maxis setakat ini belum lagi menawarkan pakej dengan harga yang menarik. Mungkin selepas ini Maxis pun akan menawarkan pakej yang menarik untuk bersaing dengan pesaing-pesaingnya.
Akan tetapi, sebarang tempahan yang dibuat sekarang terpaksa menunggu untuk mendapatkan telefon. Ini adalah kerana unit yang ada tidak mencukupi untuk diedarkan kepada pembeli.
Aku insyaAllah jika tiada tawaran yang lebih baik daripada yang ditawarkan oleh Digi akan menyambar pakej Digi Smartplan RM148. Sangat untung. Harga murah, pakej pun menarik. Dapat Samsung Galaxy Gear lagi.
Jom tukar smartphone baru.
tak terkejar dibuatnya dengan kecanggihan handphone kat pasaran nih…huhu
papa mifz recently posted..Wordless Wednesday – Bahaya , Zirafah Atas Gerabak Keretapi
batul tu bro.. tp kalau hp dah lama mcm yg aku pakai skrg boleh la nak tukar kot.. hrhehehehe
Kontrak sampai dua tahun yang malas tu. lama sangat rasanya. Teknologi ni laju sangat. Tak larat dah nak kejar.
Hazmin Hamudin recently posted..Wordless Wednesday | Buckingham Palace
Kalau x nak kontrak beli direct kat kedai ok gak. X yah nak bound by contract
RM148 bulanan tu tinggi juga untuk 2 tahun lagi…
daddydee recently posted..Tip Blogging : Pentingnya Jaringan Blog
atas penggunaan bulanan individu la. mcm kawe bil bulanan memang rm150 keatas. voice + data. jd sesuai benarlah dgn pelan ini. sbbnya duit upfront yg dibayar utk smartphone tu akan direbet setiap bulan. jadi sebenarnya phone dpt, diskaun pun dapat
kita naik basikla..dorang naik keretapi laju..emmang tak terkejar..aku masih pakai samsung wave..hahaha
blogger lelaki recently posted..Simptom Anda Mengalami Stress
hahaha.. kalu tak der keperluan tak perlu la tukar..
wah~ samsung galaxy note 3 dah keluar, agak-agak galaxy note 2 turun harga tak? huhu~
ntah ler. stkt ni tak turun lg. nnti turun la kot
emmm cepat sangat keluar yang baru
samsung kak.. biasa ar tu…
Wow mesti tak sabar nak guna ya bro..
itu la.. unit pulak tak available.. kena tungguuuu
mohon share tuan 🙂
pahan recently posted..Kronologi Kes Sebenar Isterinya Mat Yo Yang Kau Tak Tahu
silakan…
tq 🙂
pahan recently posted..Update Paling Menarik Dari Blog Walking #8
🙂
[…] Note 3 yang sudah keluar baru-baru ini. Sohoque.com sudah mengeluarkan entri baru bertajuk Harga Dan Pelan Samsung Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear dengan menyatakan harga Note 3 lebih murah dari gambaran harga untuk IPhone 5C & 5S yang turut […]
saya punya dulu galaxy note 1 beli guna package DiGi. DiGi memang menawarkan gajet yang termurah dengan plan yang terbaik,
Bahrain recently posted..Kontes Review Klinik Cinta
ya.. stkt ni pelan Digi la yg terbaik
rasa macam nak tuko Galaxy Gear je ni…cambest jek
reezluv recently posted..Kisah Awek Aeon Credit & Apek P1
kalau nak betul2 kena beli dua2 bos.. sbb galaxy gear ni support galaxy note 3
Ahhhhh,… Adakah itu NISA KAY???? OMGGGGG….
Izzuddin Fauzi recently posted..Buat Portfolio Kerja Dengan Assignment Masa Belajar
Yaaaa. Itula nisa kay yg suka enteprem
fuhh..leh tahan gak harganya nih..
titan recently posted..Jobdirumah Payment – Kali ke 65
functionnya pon buleh tahan gak mantapnya
Produk yang sangat menarik, samsung galaxy note 3 ini. Harga masih cukup tinggi.
Fajar S recently posted..Hp Android Evercross A66 | 3.5G, 13MP, Quadcore
biasa lah produk baru
RM2399? erm, rasanya 3 4 tahun lagi la baru ada smartphone. huhu
Naziman Azlye recently posted..Kau ini Bagaimana atau Aku Harus Bagaimana – Gua Mus
hahahah.. lama benor nak nunggunya tu bro
samsung ni macam macam brand ada
Juan recently posted..DVD Rakaman Seminar Ebay Dropship
hehehehe.. itu cara marketing diorg bro
baru angkat note 3.. 🙂
Razak recently posted..Ayam Jadi Inspirasi Teknologi Kestabilan
perrggghhhh… terbaekk bro
tp bro..digi xde coverage 4g lte kan?? celcom & maxis jer provide..so kenapa pilih digi utk fon yg ada keupayaan 4g lte???
betul jugak tu bro. tak terfikir pulak. tak per la. beli nnti terus tukar ngan no celcom yg sedang pakai skrg.. sbb harga dia lg murah
Samsung Galaxy Note 3 memang smart la…DiGi pulak tawarkan pakej sehebat tu…rugi kalau tak sambar…dapat free Samsung gear pulak…lagi la syok..huhu
Ezad Skytech recently posted..Tebus Top Up Dan Voucher Percuma Dengan CellAds
aku plan nak sambar gak ni
[…] pada 1 Februari 2014 tak lama lagi. Hadiah-hadiah utama untuk pemenang adalah telefon bimbit Samsung Galaxy Note 3, telefon bimbit lenovo dan iPad […]