More

    Harga Dan Pelan Samsung Galaxy Note 3 Dan Galaxy Gear

     

    harga samsung galaxy note 3 dan harga samsung galaxy gear
    Majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung galaxy Gear

    Seperti yang diketahui umum Samsung Malaysia Electronics, sebuah syarikat gergasi pengeluar telefon pintar telah melancarkan telefon pintar terbarunya iaitu Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung Galaxy Gear pada hari Jumaat 20 september 2013 baru-baru ini.

    Samsung Galaxy Note 3 ini bakal dijual pada harga RM2,399. Manakala harga Samsung Galaxy Gear pula RM999.

    Kepada bloggers dan media yang hadir pada majlis tersebut, diskaun sebanyak 20% diberi kepada yang menempah di meja tempahan. Aku tidak ketinggalan untuk menempah juga satu unit Samsung Galaxy Note 3. Sebabnya tempahan tersebut tidak memerlukan sebarang wang pendahuluan. Penempah juga akan dihubungi semula untuk mengesahkan tempahan mereka.

    samsung galaxy note 3 best
    mencuba Samsung Galaxy Note 3 di majlis pelancaran Galaxy Note 3 dan Samsung galaxy Gear. (eh… macam ada orang enterframe jer kat sebelah tu…)

    Kesokan harinya aku pergi ke 3 penyedia perkhidmatan telefon mudah alih utama Malaysia iaitu Digi, Celcom dan Maxis. Tujuan aku adalah untuk mengintai harga dan pelan Samsung galaxy note 3 dan Samsung Galaxy Gear yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat penyedia perkhidmatan tersebut.

    Hasilnya aku dapati pakej dan harga yang ditawarkan oleh Digi lah yang paling menarik hati aku. Harga Samsung Galaxy Note 3 yang ditawarkan adalah dari RM1,319. Dengan Digi Smartplan RM148, pengguna boleh dapat Samsung galaxy Gear secara percuma. Menarik kan…? Tempoh kontrak selama 2 tahun. Sila ke laman web Digi untuk maklumat lanjut.

    Celcom juga ada menyediakan pakej untuk Samsung Galaxy Note 3 ini. Tetapi pakej yang ditawarkannya tidak boleh menandingi pakej yang ditawarkan oleh Digi setakat ini.

    Dengan Celcom harga Samsung Galaxy Note 3 adalah RM1,538. Namun Samsung Galaxy Gear hanya diberi kepada 100 tempahan yang terawal sahaja. Mengikut staf Celcom, 100 tempahan terawal diperolehi pada tengahari hari pertama Samsung Galaxy Note 3 dan Samsung galaxy Gear dilancarkan.

    Bermakna sebarang tempahan selepas waktu tersebut sudah tidak layak untuk mendapat Samsung Galaxy Gear secara percuma.

    Maxis setakat ini belum lagi menawarkan pakej dengan harga yang menarik. Mungkin selepas ini Maxis pun akan menawarkan pakej yang menarik untuk bersaing dengan pesaing-pesaingnya.

    Akan tetapi, sebarang tempahan yang dibuat sekarang terpaksa menunggu untuk mendapatkan telefon. Ini adalah kerana unit yang ada tidak mencukupi untuk diedarkan kepada pembeli.

    Aku insyaAllah jika tiada tawaran yang lebih baik daripada yang ditawarkan oleh Digi akan menyambar pakej Digi Smartplan RM148. Sangat untung. Harga murah, pakej pun menarik. Dapat Samsung Galaxy Gear lagi.

    Jom tukar smartphone baru.

    Latest articles

    Related articles

    40 Comments

      • atas penggunaan bulanan individu la. mcm kawe bil bulanan memang rm150 keatas. voice + data. jd sesuai benarlah dgn pelan ini. sbbnya duit upfront yg dibayar utk smartphone tu akan direbet setiap bulan. jadi sebenarnya phone dpt, diskaun pun dapat

    Leave a Reply to papa mifz Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge