Setiap negara mempunyai pasukan bolasepaknya tersendiri yang pastiya dibanggakan oleh rakyat negara tersebut. Malaysia tidak terkecuali apabila mempunyai sebuah pasukan bolasepak yang diberi nama jolokan Harimau Malaya.
Pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia ini merupakan wakil pasukan bolasepak negara didalam bidang bolasepak dan diuruskan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Pasukan ini mendapat pengiktirafan dari FIFA sebagai pengganti bagi pasukan bola sepak kebangsaan Tanah Melayu yang telah dibubarkan. Pasukan ini ditubuhkan semasa kejohanan Pestabola Merdeka 1963, iaitu sebulan sebelum pembentukan Malaysia.
Pengenalan
Asal usul nama Harimau Malaya
Nama jolokan Harimau Malaya diambil sempena dengan nama haiwan kebangsaan Malaysia iaitu harimau Malaya. Jadi nama ini digunapakai semula sehingga kini.Nama ini digunakan secara kekal bermula pada 3 April 2017 setelah ditukar daripada nama Harimau Malaysia yang hanya digunakan selama setahun sahaja.
Terdapat satu lagi sumber mengatakan bahawa nama Harimau Malaya dipercayai berasal dari seorang pemain bola sepak Tanah Melayu dari Stulang Laut, Johor, yang bernama Abdullah Mohd Don, atau lebih dikenali sebagai Dollah Don. Nama panggilan “Harimau Malaya” diberikan kepadanya oleh bapa pengasas Indonesia, Sukarno, apabila beliau berjaya menyamakan kedudukan dalam perlawanan antara Kelab Melayu Singapura dan Peseja (Persija Jakarta) pada tahun 1953. Dalam perlawanan itu, Dollah Don berjaya mencipta hat-trick setelah mereka tertinggal 3 gol di belakang lawan.
Sejarah turun naik prestasi Harimau Malaya
Tahun-tahun awal (1963–1969)
Sebelum terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963, Borneo Utara (kini Sabah), Sarawak, Tanah Melayu dan Singapura diwakili oleh pasukan kebangsaan masing-masing. Pasukan bola sepak Tanah Melayu dan Singapura sering bertanding di beberapa kejohanan besar pada era itu seperti Pestabola Merdeka. Pasukan bola sepak Borneo Utara dan Sarawak pula bertanding di Piala Borneo iaitu kejohanan yang melibatkan tiga negara iaitu Borneo Utara, Sarawak dan Brunei. Pencapaian terbaik Tanah Melayu ialah berjaya memenangi pingat gangsa Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia setelah menewaskan Vietnam Selatan 4-1 diketuai oleh Abdul Ghani Minhat,
Abd Ghani Minhat
Tidak lengkap rasanya jika tidak memasukkan nama legenda Abd Ghani Minhat ini jika berbicara tentang sejarah Harimau Malaya. Ini adalah watak penting yang terpahat di dalam sejarah Harimau Malaya.
Pada Kejohanan Sukan Asia 1962 di Jakarta, Indonesia, di mana Malaysia berjaya memenangi pingat gangsa, Abdul Ghani Minhat, telah mengukir nama sebagai pemain Asia pertama mencapai 50 gol untuk pasukan kebangsaan lelaki. Beliau juga turut menjaringkan 11 gol untuk Tanah Melayu dalam perlawanan menentang Filipina di mana Tanah Melayu memenangi perlawanan tersebut dengan jaringan 15–1. Jaringan ini ialah rekod kemenangan terbesar bagi Tanah Melayu. Rekod ini masih bertahan sehingga kini walaupun selepas pembentukan Malaysia. Kemenangan terbesar selepas pembentukan Malaysia adalah dengan jaringan 11-2 melawan pasukan yang sama, Filipina.
Stadium Merdeka
Satu lagi yang sinonim dengan Harimau Malaya adalah Stadium Merdeka. Di Stadium inilah permulaan perlawanan pasukan bola sepak Malaysia berlangsung iaitu pada 8 Ogos 1963. Ketika ini Malaysia bergabung dengan Singapura mentang Jepun di mana gabungan Malaysia – Singapura telah mengalami kekalahan 3-4.
Pasukan ini kemudian dibubarkan setelah Singapura mengambil keputusan berpisah daripada Malasia. Persatuan Bolasepak Tanah Melayu digantikan dengan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Singapura pula menubuhkan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS). Kedua-dua persatuan ini kemudiannya bernaung di bawah Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada tahun 1965.
Harimau Malaya Logo
Logo terbaru Harimau Malaya mula diperkenalkan pada January 2023. Logo yang lebih ringkas tetapi moden. Ia dibuat berdasarkan tiga elemen iaitu Tahun Baru, Harapan Baru dan Generasi Baru.
Pada logo baru ini penggunaan identiti haiwan harimau masih diteruskan. Manakala warna hitam dan kuning dipilih untuk melambangkan warna pasukan kebangsaan Malaysia.
Latar belakang logo Harimau Malaya pula adalah “tribute” kepada logo lama dengan fokus kepada matanya yang tajam. Ini memberi gambaran mengenai kebangkitan Harimau Malaya.
Harimau Malaya juga mempunyai satu lagi logo yang sama tetapi menggunakan warna Jalur Gemilang sebagai simbol patriotism, dengan warna utama berwarna biru melambangkan ketenangan dan kesabaran dalam mencapai kejayaan.
Lagu Harimau Malaya
Kebanyakan pasukan negara ada lagunya yang tersendiri. Tidak ketinggalan Harimau Malaya. Ini untuk menyemarakkan lagi semangat pemain dan penyokong sebelum dan sewaktu perlawanan. Ia merupakan lambang sorakan dan penyatuan para peminat (ekor Harimau Malaya) yang sentiasa berdiri teguh di belakang Harimau Malaya, tidak kira menang atau kalah.
Boleh dengar atau muat turun lagu Harimau Malaya di pautan berikut:
Media Sosial
Harimau Malaya Facebook
Ini adalah page di Facebook yang sudah agak lama dicipta untuk mengemaskini maklumat terbaru tentang Harimau Malaya.
Ini adalah pautannya:
HarimauMalayaDotCom
Harimau Malaya Twitter
Harimau Malaya juga mempunyai akaun twitter. Di sini berita yang dimuat naik akan lebih cepat berbanding dengan media lain.
Untuk kalian yang sukakan twitter, kalian boleh follow twitter mereka: @harimaumalay7
Harimau Malaya Youtube
Untuk video-video berkaitan dengan aktiviti dan perlawanan membabitkan Harimau Malaya, kalian boleh follow Harimau Malaya Youtube:
Harimau Malaya Instagram
Boleh follow instagram Harimau Malaya juga:
Harimau Malaya Tiktok
Manakala akuan Tiktok Harimau Malaya ialah:
Laman Web Harimau Malaya
Harimau Malaya Skuad 2023
Pasukan Utama (senior)
Ini adalah senarai pemain Harimau Malaya terbaru yang diumumkan oleh jurulatih Kim Pan Gon untuk perlawanan persahabatan (Tier 1) menentang Kepualuan Soloman pada 14 Jun dan menentang Papua New Guinea pada 20 Jun 2023 baru-baru ini.
BIL | NAMA | UMUR | PASUKAN |
1. | AHMAD SYIHAN HAZMI MOHAMED | 27 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
2. | SHAHRUL MOHD SAAD | 30 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
3. | LA’VERE LAWRENCE CORBIN-ONG | 32 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
4. | ARIF AIMAN MOHD HANAPI | 21 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
5. | MUHAMMAD AKHYAR ABDUL RASHID | 24 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
6. | MATTHEW DAVIES | 28 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
7. | MUHAMMAD SYAHMI SAFARI | 25 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
8. | MOHAMED SYAMER KUTTY ABBA | 26 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
9. | MUHAMAD FEROZ BAHARUDIN | 23 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
10. | ENDRICK DOS SANTOS | 28 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
11. | NATXO INSA | 37 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
12. | MUHAMMAD SAFAWI RASID | 26 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
13. | JUNIOR ELDSTAL | 32 | JOHOR DARUL TA’ZIM FC |
14. | MOHAMAD FAISAL ABDUL HALIM | 25 | SELANGOR FC |
15. | MUHAMMAD MUKHAIRI AJMAL MAHADI | 22 | SELANGOR FC |
16. | MUHAMAD SYAHIR BASHAH | 22 | SELANGOR FC |
17. | DOMINIC TAN | 26 | SABAH FC |
18. | STUART JOHN WILKIN | 25 | SABAH FC |
19. | DANIEL SANG TING | 31 | SABAH FC |
20. | PAULO JOSUE | 34 | KUALA LUMPUR CITY FC |
21. | MUHAMMAD HAQIMI AZIM ROSLI | 20 | KUALA LUMPUR CITY FC |
22. | MUHAMMAD AZRI AB GHANI | 24 | KUALA LUMPUR CITY FC |
23. | SIKH IZHAN NAZREL SIKH AZMAN | 21 | NEGERI SEMBILAN FC |
24. | MUHAMMAD SHAHREL FIKRI MD FAUZI | 29 | NEGERI SEMBILAN FC |
25. | MUHAMMAD AZAM AZMI MURAD | 22 | TERENGGANU FC |
26. | LEE ANDREW TUCK | 35 | KEDAH DARUL AMAN FC |
27. | NOOA LAINE | 21 | SJK SEINAJOKI |
Pasukan Bawah 23 (U-23)
Senarai nama berikut 23 orang pemain yang dipanggil ketua jurulatih Brad Maloney untuk kem kejohanan Piala Asia B-23 AFC 2022 yang berlangsung di Uzbekistan dari 1 hingga 19 Jun 2022
Harimau Malaya Ranking
Ranking terkini
Dalam kemaskini terbaru ranking Persatuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Malaysia telah naik satu anak tangga di posisi ke 137. Kedudukan ini adalah yang tertinggi dalam tempoh 17 tahun, sejak Mei 2006 di mana pada masa itu Malaysia berada di tangga ke 127.
Menurut laman web fifa.com, peningkatan ini adalah hasil daripada sumbangan 9.44 mata yang diperolehi dalam 2 perlawanan antarabangsa Tier 1 menentang Kepulauan Solomon dan Papua New Guinea baru-baru ini di mana kedua-dua perlawanan dimenangi oleh pasukan Harimau Malaya.
Dalam dua aksi persahabatan yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus itu, anak buah Pan Gon beraksi cermerlang menewaskan Kepulauan Solomon 4-1 dan membelasah Papua New Guinea 10-0.
Mana untuk ranking Asia pula, Malaysia menduduki tangga ke-24 terbaik Asia dan keempat Asia Tenggara di belakang Vietnam (95), Thailand (113) dan Filipina yang menduduki tanga ke-135.
harimau malaya perlawanan persahabatan 2023 (friendly match 2023)
Jadual perlawanan persahabatan terdekat ialah pada bulan September ini di mana Harimau Malaya bakal bertemu 2 pasukan yang menghuni kedudukan bawah 100 (ranking FIFA) iaitu Syria dan China.
Kedua-dua perlawanan Tier 1 tersebut akan berlangsung di Chengdu, China. Jika keputusan positif dan kemenangan yang diperolehi, Malaysia pasti melonjakkan lagi kedudukan terkini.
Pada jelajah China September ini, Malaysia bermula dengan menentang Syria pada 6 September dan diikuti dengan perlawanan menentang tuan rumah pada 9 September 2023.
Siaran Langsung Perlawanan Persahabatan Malaysia Tier 1 FIFA
Anda boleh melayari perlawanan ini secara langsung menerusi:
- Tayangan Langsung: Astro Arena 801 dan TV9
- Tayangan Online
Penutup
Sejak Harimau Malaya dipegang oleh jurulatih dari Korea Selatan Kim Pan Gon ini, kita boleh nampak ada peningkatan yang positif kepada skuad bolasepak kebangsaan Malaysia, Harimau Malaya.
Kita berharap Malaysia akan terus maju dalam arena bolasepak baik di peringkat akar umbi maupun di peringkat yang tertinggi.
Untuk ini semua daripada kita perlu memainkan peranan. Kuta tidak boleh berharap kepada jurulatih dan pemain sahaja. FAM juga mesti memainkan peranan utama dalam melakar kejayaan Harimau Malaya ini. Kurangkan politik sukan dan lebihkan usaha ke arah pembentukan skuad yang mantap. Jangan sombong! Dengar juga pendapat orang lain.
Semoga Harimau Malaya terus mengharumkan nama Malaysia di mata dunia.