HAVOC HARTANAH 10, Konvensyen Hartanah Yang Memang Korang Akan Menyesal Kalau Tak Sertai

0
557

Sekarang ini, nampak macam agak mudah untuk dapatkan ilmu berkenaan dengan hartanah. Di blog, website dan di media social banyak yang berkongsi tentang ilmu hartanah ni. Siap ada yang berani menggelarkan sifu lagi.

Di sana sini kita nampak ada orang kongsi tentang kelas dan ‘coaching’ tentang ilmu hartanah. Ada yang yurannya murah dan ada yang ‘premium’ yurannya. Tinggal kita jer nak pilih untuk sertai yang mana.

Apa yang Abam Hoq perhatikan, bila agak mudah untuk dapatkan ilmu hartanah ni, anak muda di luar sana jadi semacam sedikit keliru nak pilih yang mana. Ya la, di sebalik tu ada juga kedengaran berita-berita tak enak tentang kelas-kelas hartanah ni. Apabila duit nampak di mata, ada jer yang ‘bijak’ ambil peluang. Scammer ada di mana-mana.

Nak belajar dan cari ilmu tentang hartanah ni bagus. Cuma nasihat Abam, carilah sifu yang benar-benar bagus ilmunya. Carilah seminar yang benar-benar nampak keikhlasannya nak berkongsi tentang ilmu hartanah. Almaklumlah. Kat luar sana tu dengarnya ada ‘mazhab-mazhab’ tertentu dalam ilmu hartanah ni. 

Biasanya yang benar-benar nak kongsi dengan ikhlas ni yurannya mampu bayar dan tidak begitu membebankan. Jadi carilah seminar dan coaching yang macam ni. Barulah senang hati nak pergi menuntut ilmu.

HAVOC Hartanah 10

Kalau korang masih blur nak pilih seminar yang mana satu, ni Abam ada cadangan. Korang boleh pergi ke HAVOC Hartanah 10 ni. Havoc Hartanah ni bukan baru dianjurkan. Ini kali yang ke 10 ianya diadakan dengan sambutan yang begitu menggalakkan.

Kepada yang baru mendengar tentang Havoc Hartanah ni, Abam ceritakan serba sedikit tentang Havoc Hartanah ni:

Seperti namanya, Havoc Hartanah ini adalah satu konvensyen hartanah di mana ia juga adalah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk mendedahkan kefahaman serta ilmu dalam pemilikan dan juga pelaburan hartanah. Platform ini sangat bagus untuk generasi Gen Y, pelabur baru hartanah dan orang ramai untuk mendalami ilmu tentang “Cara Yang Betul Pemilikan Hartanah”.

Ia dianjurkan selama 2 hari dan dikendalikan di hujung minggu. Antara fokus di program ini adalah:

  • untuk mendidik cara yang betul pemilikan hartanah
  • perancangan kewangan dalam hartanah
  • tips pelaburan
  • undang-undang yang melibatkan hartanah
  • ekonomi semasa dan situasi pasaran hartanah
  • kawasan hotspot ataupun kawasan berpotensi
  • usahawan dan hartanah

Kenapa Havoc Hartanah diwujudkan

Menyorot kembali kewujudan Havoc Hartanah…

Semenjak ia diperkenalkan pada tahun 2014, program Havoc Hartanah ini telah melahirkan ramai pembeli/pelabur hartanah bijak. Ianya amat bertepatan dengan objektif utamanya iaitu untuk mendidik orang ramai terutama golongan muda Gen Y bagaimana cara yang betul untuk memiliki dan melabur dalam hartanah. Mereka akan didedahkan dengan Dos & Don’ts dalam industri hartanah.

“Kami melihat ramai anak muda menghabiskan perbelanjaan yang tidak perlu dan mempunyai hutang buruk (bad debts) daripada hutang yang baik (good debts). Terlalu banyak andaian “mesti mempunyai banyak wang untuk membeli hartanah” menghalang orang ramai daripada berfikir untuk membeli hartanah sedari usia muda.

Selain itu, banyak isu-isu aktiviti penipuan (scam) telah dibuat aduan tetapi tiada tindakan telah diambil oleh pihak berwajib setakat ini. Oleh itu, kewajipan kami untuk mendidik orang ramai untuk mengelakkan lebih ramai terjerumus ke dalam Scam Hartanah (Property Scam) dan/atau Property Brainwash. “TO LOVE PROPERTY IS TO KNOW THE GAME”

~ ROZALINA RAHIM
Pengasas Havoc Hartanah/ CEO of Reconsult Plt (27 years in Property Industry) 

Butiran Havoc Hartanah 10

Tempat : Wisma Sejarah, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Tarikh : 11/1/2020 (Sabtu) & 12/1/2020 (Ahad) 

Yuran: RM90.00 (pas untuk 2 hari termasuk 3x makan)

Tema: “Let’s Stop All The Villain of Property Scam” @ Havoc Hartanah

Kekurangan ilmu tentang bagaimana, bila dan apa (How, When and What), membuatkan mudahnya terjerumus ke dalam Property Scam –  Bagaimana untuk menangani masalah ini?

Havoc Hartanah akan mengupas isu-isu ini secara serius.. Dan banyak lagi perkongsian lain.!

Yang berminat boleh klik link untuk sertai Havoc Hartanah 10:

https://events.ubertickets.my/havochartanah

Tentatif Havoc Hartanah 10

Wahai anak muda, rebutlah peluang ini..!

Pergilah.. Rugi kalau korang lepaskan peluang ini. Orang Melayu memang sangat digalakkan sertai program ni. Sebabnya ramai daripada anak Melayu yang masih belum tahu tentang ilmu hartanah ini.

Ni Abam senaraikan kenapa korang kena pergi:

1. Perkongsian tulus daripada pakar-pakar hartanah

Ramai pakar-pakar yang akan dihimpunkan untuk berkongsi ilmu masing-masing dengan korang.  Setiap hari, panel adalah berlainan dan tajuk juga berlainan. Dalam konvensyen ini, ilmu yang bakal dikongsi adalah menyeluruh yang perlu korang tau dalam bidang hartanah.

Ia bermula daripada asas dan cara yang betul pemilikan hartanah sehinggalah pengurusan percukaian.  Jadi korang akan nampak industri secara makro.

2. Havoc Hartanah adalah program CSR oleh Reconsult Plt dan ditaja sepenuhnya oleh beberapa pemaju yang terpilih. 

Jadi apa yang bestnya kalau program ada penaja macam ni? Ya.. Yuran akan jadi murah. Sebabnya objektif sebenar mereka bukan berpaksikan kepada duit semata-mata. Tapi lebih kepada tanggungjawab untuk mendidik anak bangsa supaya tidak jauh ketinggalan dalam industri hartanah ini.

Yuran dia memang murah ok. Bayangkan dengan hanya RM90, korang akan dapat menceduk ilmu daripada 11 pakar. Yuran ni termasuk juga 3 kali makan sehari. Kalau kat tempat lain, mau cecah ratusan ringgit malah mungkin ribuan ringgit.

Macam yang abam cakap tadi, program ni jadi murah sebab ada penaja. Speaker yang datang pun memang untuk berkongsi ilmu, bukan untuk jual seminar mereka.

(Penaja : SkyWorld Development Group, Sanichi Property Sdn Bhd dan Setia Awan Holdings Sdn Bhd)

3. Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) juga ada sertai program ni

Jadi mana-mana staf kerajaan yang datang boleh terus berurusan dengan mereka untuk buat semakan terus sepanjang program berlangsung.

4. Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akan turut mengambil bahagian sepanjang program berlangsung.

Korang boleh singgah di booth diorang untuk mengalisa kesihatan kewangan korang. Boleh juga minta nasihat daripada mereka jika korang ada sangkut hutang kat mana-mana institusi kewangan. Diorang akan bagi nasihat terbaik dan cuba selesaikan masalah kewangan yang membelenggu korang. 

5. Program ini juga akan mendapat kerjasama daripada Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan (KPKT)

Korang akan didedahkan dengan tawaran menarik skim-skim rumah mampu milik dibawah KPKT. 

Jadi nasihat Abam, rebutlah peluang ini. Program yang cover secara menyeluruh daripada Motivasi, Pengurusan Kewangan, Pengurusan Bisnes, Pelaburan Hartanah, Perbandingan jenis2 rumah (subsale, lelong, underconstrution, etc), Pasaran Antarabangsa, analisa pasaran, potensi pasaran pada 2020 dan banyak lagi.

Cepat.. Tak lama lagi dah Havoc Hartanah 10 akan berlangsung. Klik pautan untuk sertai segera..!

 https://events.ubertickets.my/havochartanah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge