Filem adaptasi daripada komik yang aku tunggu-tunggu selepas The Avengers ialah The Amazing Spider-Man. Filem The Avengers memang tidak menghampakan aku. Dua kali aku menontonnya. Bagaimana pula cerita The Amazing Spider-Man ni agaknya ya? Dengar cerita jalan ceritanya agak berlainan daripada yang di ceritakan oleh komik.
Saksikan trailernya:
http://youtu.be/a_XH24xB8sk
Kadang-kadang aku terfikir, kalaulah aku diberi peluang menjadi adiwira yang ada kebolehan binatang seperti si Spiderman tu binatang apakah yang aku nak adaptasikan kebolehannya. Setelah berfikir panjang, dan memang aku fikir panjang kerana kalau boleh aku nak yang unik iaitu binatang yang belum pernah ada adiwira yang gunakan kebolehan uniknya. Kebanyakan binatang telah dipilih dan diadaptasikan kebolehan mereka oleh adiwira. Antaranya Spiderman, Batman, Aquaman malah Keluang Man pun diguna pakai oleh watak kartun kat Malaysia ni.
So fikir punya fikir, aku pilih Eagle (helang) untuk aku adaptasikan kebolehan atau kuasanya demi menjaga dunia daripada jenayah.
Kenapa aku pilih kuasa helang? Kuasa helang amat hebat, antaranya:
1. Ketajaman mata bak teropong jarak jauh (binocular)
Dengan ini aku boleh menembak sasaran dari jarak jauh dengan tepat. Aku juga boleh melihat dan menduga kehadiran musuh dari jarak jauh. Kebolehan ini terdapat pada Legolas dalam cerita Lord of The Ring dan Hawk Eye dalam TheAvengers.


2. Boleh Terbang Dengan Laju dan Jauh
Kebolehan ini amat penting untuk adiwira melawan penjenaayah. Lihat sahaja adiwira seperti Superman, Ironman, dan beberapa orang lagi. Malah Batman pun menggunakan alatannya untuk bergerak di udara. Aku mungkin menggunakan sayap seperti Arch Angel di dalam komik X-Men yang mana sayap besi tersebut boleh dilengkapi lagi dengan senjata-senjata merbahaya.

3. Cekap berdikari, kuat dan lincah
Seperti helang kebolehan untuk berkerja secara bersendiri tanpa mengharapkan orang lain amat penting dan perlu ada pada seorang adiwira. Kekuatan fizikal dan kelincahan dalam seni mempertahankan diri juga salah satu asset untuk menewaskan penjenayah.

Dengan kebolehan-kebolehan luarbiasa di atas, aku yakin Eagle Man akan menjadi adiwira terhebat setanding dengan adiwira Marvel.
p/s: Posting ini juga adalah posting untuk contest Nuffnang Premiere Screening of The Amazing Spider-Man.