Alhamdulillah… Syarifah Sofea kini bertudung. Bertambah cantik kalau dibandingkan sewaktu beliau tak bertudung.
Ada orang berkata, ada antara artis-artis yang bertudung ni sebenarnya hanyalah nak cari publisiti.
“Nama pun artis. Memang diorang ni sukakan publisiti..”, rungut seorang sahabat aku dengan bersungguh-sungguh.
Seorang lagi menambah: “Cuba ko tengok artis-artis yang bertudung tu.. semuanya yang tak der market lagi. Mereka ni kurang dapat job. Dah semakin dilupakan. Ko tengok la Si A, B dan C tu (nama artis ak perlulah aku sebut), semuanya dah tak laku”.
Astaghfirullah.. Pada pandangan aku, tak perlulah kita mempertikaikan niat mereka untuk berhijrah tu. Kita ambil yang positif dah la. Kita bersangka baik.Hati orang kita tak tau. Yang tu antara dia dengan Allah. Setidak-tidaknya mereka menghormati hukum Allah. Dan mungkin dengan tindakan hijrah mereka itu akan menjadi ikutan ramai menyebabkan makin ramai wanita mengenakan tudung. Itu sudah bagus. Mereka semestinya mendapat ganjaran dari Allah.
Untuk orang yang mengeji dan bersangka buruk ni apa dapat? Dosa kering jer la…
Pada aku, orang yang suka bersangka buruk ini, dia sebenarnya yang ada penyakit. Ya, penyakit hati. Dia yang kena ubati hati dia dulu.
Berbalik kepada cerita Syarifah Sofa. Pelakon sitkom Spanar Jaya yang berdarah Melayu-Inggeris itu telah mengumumkan tentang diri beliau yang telah mula bertudung di laman Twitternya, siap dengan gambar sekali.
Melalui statusnya, Sharifah Sofea menyifatkan penghijrahan imejnya itu sebagai bab baru dalam hidupnya.
Yang bagusnya, beliau yang sudah menjadi ibu kepada seorang anak perempuan berusia setahun lebih, tidak mahu sebarang publisiti berkenaan dengan imej barunya sekarang.
Sebagai permulaan, beliau kini berusaha memadamkan gambar-gambar lama beliau yang membuka aurat di laman Twitternya.
Syabas Syarifah Sofea!
Sumber