
Aku terpilih untuk mengikuti program Honda Hybrid Family Road Trip yang kali ini diadakan di Kota Baharu. Sebelum ini ia sudah menjelajah negeri Melaka untuk karnival ini.
Jadi 4 team yang terdiri daripada 8 orang blogger telah dipilih untuk memandu Honda Civic Hybrid, Honda CRZ Hybrid, Honda Insight dan Honda Jazz Hybrid.
Setiap satu team ada 2 orang, dan aku berpasangan dengan Nizam Ijam.
Blogger yang lain yang akan turut serta besok ialah:
Banyak tugasan nak kena buat bermula besok. Ia akan banyak melibatkan media sosial seperti Instagram – gambar dan video pendek, Facebook updates, twitter dan blog post. semuanya kena berhubung kait dengan sistem hybrid dan bagaimana ianya boleh menjaga persekitaran alam sekitar.
Kempen ini sebenarnya adalah kempen istimewa Honda Hybrid di mana orang ramai boleh memandu uji mana-mana model daripada keluarga Honda hybrid selama 3 hari 2 malam. Nanti aku akan kongsikan lagi macamana untuk mengikuti program ini.
Oleh kerana perjalanan yang akan mengambil masa kira-kira 5-6 jam daripada Kuala Lumpur ke Kota Baharu, kami akan bertolak di awal pagi besok.
Jadi, malam ni kena tidur awal. Tunggu hebahan seterusnya pada besok hari dan seterusnya.
Wassalam.
Assalamualaikum……
Jelajah ke Kota Bharu dan singgah di mana tu bro? pasti seronok ya…walaupun penat memandu. Kalau ada masa nak juga bertemu dengan kamu semua.
Blogger Top Star recently posted..iphone 5S dan iphone 5C Terbaru Keluaran Apple Inc
kitorang lepak kat hotel ni. jom la ngeteh mlm ni
selamat memandu, hati2 di jalan raya 🙂
Azah recently posted..Hebatnya Hukum Karma
alhamdulillah.. dah selamat sampai kota baharu pkl 2 pm tadi
hoho..best la korang kan. jalan elok-elok..jumpa kedai cendol. jangan tak singgahh aa..
titan recently posted..Tempahan qurban sempena musim raya haji 2013 – eQurban.com
susah wooo mau cari kedai cendol kat sini
aku minat Hinda Jazz…dah ada model Hybrid pula yer
blogger lelaki recently posted..Cara Fatimah Az Zahra Meminta Maaf Kepada Suaminya
CRZ lg powerful bro.. serius!!!
semoga semuanya berjalan dengan lancar…
kirim salam orang KB ya…!!
papa mifz recently posted..Header Baru Sentuhan Eizil Network
insyaAllah.. Ameen
Fuh bestnya…kereta hybrid tu. Apa-apa pun selamat sampai KB. Best best best
adikensem recently posted..Part2#Blogging is a Team Support
mmg best keta hybrid ni esp CR-Z. sgt mantop
wahhh bestnya… Semoga perjalanannya nanti lancar dan selamat ye!
ietams recently posted..the expendables 2
alhamdulillah. semuanya selamat. walaupun ada saatcemas, namun berkat doa semua, tak der apa2 yang berlaku
Bestnya dapat pandu uji Honda. . Kalau ada peluang, saya pun nak. ..
anuar recently posted..Antara Qurban Dan Aqiqah?
mmg best bro.. entri terbaru psl pengalaman memandu blom siap. nnti siap share kat sini
[…] seronoknya aku dan beberapa blogger yang lain telah dijemput sama untuk program jelajah ini. Oleh kerana perjalanan daripada Kuala […]