21

Honda Malaysia Memperkenalkan City Serba Baharu – Hanya RM74,007

pandu uji honda city baru 2015

City generasi keempat dijangka menetapkan penanda aras lebih tinggi dalam segmen B menerusi pelbagai ciri dan keselamatan yang mendahului kelasnya. Honda Malaysia mensasarkan untuk menjual 2,500 unit City serba baharu sebulan. Harga Honda City Baru 2015 ini ialah RM74,007.

Honda Malaysia menetapkan satu penanda aras baru dalam segmen sedan mampu milik dan berkualiti menerusi pelancaran City serba baharu di Petaling Jaya pada 20 Mac 2014 yang lalu. City generasi keempat ini merupakan sedan segmen B yang amat ditunggu-tunggu. Ia telah menerima 1,800 tempahan dan maklum balas positif sepanjang acara pra pelancarannya pada bulan lalu.

Mula diperkenalkan ke pasaran dunia pada tahun 1996, City telah memberi kegembiraan kepada lebih 2.2 juta pelanggan di 55 buah negara. Sejak pelancarannya, City telah menjadi penanda aras untuk kereta-kereta sedan lain dengan menawarkan keselesaan dan ruang kabin yang luas, di samping teknologi-teknologi termaju yang sentiasa menjangkau ekspektasi pelanggan.

City merupakan sedan terlaris Honda Malaysia sejak ia diperkenalkan ke pasaran tempatan pada tahun 2001 dengan lebih 145,000 unit berada di atas jalan raya di Malaysia. Kejayaan model ini juga menjadikan Honda sebagai salah satu jenama terkemuka di Malaysia.

honda city baru 2015

harga honda city baru 2015

Berucap pada majlis pelancarannya, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Encik Yoichiro Ueno berkata, “City serba baharu ialah model Honda Malaysia yang pertama yang dilancarkan oleh Honda Malaysia pada tahun ini. Dengan harga Honda City yang baru dikeluarkan pada tahun 2015 ini iaitu RM 74,007* ia menawarkan sofistikasi melalui pakej keseluruhannya yang pasti memenuhi keperluan para pelanggan.

City serba baharu menggabungkan penampilan premium, pemanduan yang mengujakan, keselesaan dan ruang kabin yang luas bersama barisan ciri keselamatan yang mendahului kelasnya.

“Komited dalam menawarkan model-model yang mampu milik dan bernilai kepada para pelanggannya, Honda Malaysia buat pertama kalinya memperkenalkan empat varian City serba baharu iaitu City S, City S+, City E dan City V. Penambahan
rangkaian varian ini adalah respons terhadap maklum balas yang diterima daripada para pelanggan dan kehendak pasaran. Rangkaian varian yang luas memberikan peluang kepada para pelanggan untuk memiliki sebuah sedan global yang memiliki ciri-ciri mendahului kelasnya, berdasarkan kepada kemahuan mereka,” tambah
Encik Ueno.

City serba baharu dibina berasaskan kepada konsep Exciting H Design!!! di mana “H” bermaksud tumpuan terhadap manusia (Human Center) yang memberi fokus ke atas pemandu dan penumpang. Bahagian hadapan sedan ini menampilkan wajah Exciting H Design!!! yang berbentuk ‘solid wing face’. Sementara bahagian belakang City serba baharu pula nampak lebar bersama imejnya yang premium dan gabungan lampu belakang serta tempat meletak plat yang sepadan.

City generasi terbaharu ini dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang telah ditambah baik (kuasa maksimum 120PS @ 6,600 rpm dan tork puncak 145Nm @ 4,600 rpm). Ia dipadankan dengan transmisi Continuous Variable Transmission
(CVT) terkini yang dibangunkan di bawah ‘Earth Dreams Technology’ Honda demi menawarkan kombinasi prestasi dan penjimatan bahan api yang sempurna. Sebagai tambahan, mode ECON menjadi ciri standard pada semua varian City serba baharu buat pertama kalinya. Ini bagi meningkatkan lagi penjimatan bahan api kenderaan dengan hanya perlu menekan satu butang sahaja.

enjin honda city baru 2015

Falsafah “Manusia Maksimum, Mesin Minimum” (Man Maximum, Machine Minimum) telah digunakan sebagai asas utama dalam pembangunan kereta ini. Memberi penekanan terhadap keselesaan premium, City serba baharu menawarkan ruang
kabin yang cukup luas terutama di bahagian belakangnya. Ini bagi memberikan keselesaan yang tiada tandingan kepada pemandu dan semua penumpang.

City serba baharu juga menawarkan ruang but paling besar dalam kelasnya iaitu 536L. Ia boleh menempatkan barang-barang yang besar seperti tiga beg baju besar atau empat beg baju sederhana, beg-beg golf dan kereta sorong bayi. Sekali gus menjadikannya sangat mudah jika ingin bersiar-siar dengan rakan-rakan atau keluarga.

but honda city baru 2015

Bagi menambah kemudahan dan praktikalitinya, City serba baharu dilengkapi pelbagai ciri termaju. Antaranya termasuklah sistem Kemasukan Pintar (Smart Entry) [E dan V varian], butang penghidup enjin [E dan V varian], Kawalan Jelajah (Cruise Control) [V varian], Paparan Audio bersaiz 7” dengan fungsi MirrorLink [V varian], 8 unit pembesar suara (paling banyak dalam segmennya) [V varian], Meter Kombinasi Multi Maklumat, corong pendingin hawa untuk penumpang belakang [E dan V varian], dua jack USB [V varian], 3 soket kuasa [E dan V varian], lapan tempat
meletak botol minuman dan kompartmen-kompartmen penyimpanan barang yang pintar. Kawalan Telefon Bebas Tangan [S+, E dan V varian] dan Kawalan Pengecaman Suara [V varian] pada stereng disambungkan dengan sistem infotainmen kenderaan untuk memberi kemudahan di hujung jari pemandu.

City serba baharu juga menawarkan ciri-ciri keselamatan terbaik yang memberi keutamaan kepada pemandu dan penumpangnya. Ia memiliki 6 beg udara [V varian] yang mendahului kelasnya (termasuklah Dua Beg Udara Hadapan SRS, Beg Udara i-Side dan Beg Udara Curtain Sisi), Vehicle Stability Assist (VSA) [E dan V varian], Hill Start Assist [E dan V varian], Emergency Stop Signal [E dan V varian] dan ISOFIX.

City serba baharu boleh didapati dalam 5 warna: Modern Steel Metallic, perak (Alabaster Silver Metallic), putih (Taffeta White), hitam (Crystal Black Pearl) dan satu warna baru yang menarik iaitu biru (Brilliant Sporty Blue Metallic). Honda Malaysia menawarkan jaminan selama lima tahun dengan perbatuan tanpa had serta selang servis sehingga 10,000km demi memudahkan para pelanggan menjadikan City sebagai kenderaan pilihan mereka.

Show Comments

9 Comments

  1. musadun June 8, 2015
  2. Hafiz Rahim June 17, 2015
    • sohoque June 17, 2015
  3. pojokshare June 27, 2015
  4. Senibet July 1, 2015
    • sohoque July 2, 2015

Leave a Reply

%d bloggers like this: