Apa itu clickbait dan apa hukum clickbait dalam Islam. Nahhh.. aku bagi hukum terus kali ni. Hahaha.. Tak per. Korang baca sampai habis. Nanti faham dan tau apa hukumnya.
Apa itu Clickbait
Okey, ada ke yang tak tau apa itu clickbait? Yang biasa main copy writing faham sangat apa clickbait ni. Dalam Bahasa Melayu aku tak sure apa clickbait ni dipanggil. Umpan klik kot. Haha. Bagi direct translation terus.
Ok, ni maksud clickbait yang standard. Clickbait adalah istilah yang digunakan yang merujuk kepada headline ataupun tajuk, atau kandungan yang disengajakan untuk mengelirukan orang yang membaca agar mereka melakukan klik pada link ataupun pautan dan membaca artikel yang mereka sasarkan.
Taktik ini biasa digunakan dalam media dan pengiklanan dalam talian untuk menarik trafik dan menjana lebih banyak klik, capaian, dan akhirnya, tentulah pendapatan ataupun income.
Jadi apa salahnya dengan clickbait ini?
Masalah dengan clickbait ini adalah ia sering mengelirukan orang untuk membaca kandungan yang tidak relevan atau menarik bagi mereka, atau yang sangat berbeza dari apa yang dijanjikan dalam tajuk. Ini boleh mengakibatkan pengalaman pengguna yang tidak bagus dan negatif, dengan orang merasa terkilan dan tertipu. Ia juga boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat yang salah dan tidak benar.
Korang mesti biasa jumpa ayat macam ni:
“Anda tidak akan percaya apa yang berlaku selepas ini” diikuti dengan link untuk korang klik.
Tajuk ni nampak macam menjanjikan kisah yang mengejutkan, ataupun kisah yang tak masuk akal. Tetapi bila kita klik link tu dań baca artikel tu, biasanya apa yang ditulis adalah kisah-biasa jer. Kisah yang dah biasa kita baca. Rasa tertipu kań?
Ni satu lagi contoh copy writing clickbait: “10 perkara yang anda tidak tahu tentang xxx”. Ini kalau kita baca nampak macam artikel yang bakal kita klik tu nanti adalah artikel yang kita akan belajar sesuatu yang baru, ataupun sesuatu yang mengejutkan, ataupun sesuatu yang “rare”. Tetapi pada hakikatnya, bila baca artikel, maklumat yang dihidangkan itu dah diketahui ramai atau mudah ditemui di mana-mana di Google. Rasa kita dipermainkan kań?
Lebih parah lagi, sekarang ni ramai yang buat copy writing dengan bagi link. Apabila diklik, apa yang keluar lain terus daripada apa yang diceritakan dalam copywriting. Ini adalah penipuan secara terus terang. Hahaha.
Penting untuk diingat bahawa clickbait ni sering digunakan sebagai alat untuk memperoleh keuntungan. Syarikat dan laman web menggunakannya untuk menarik trafik ke laman web mereka, yang boleh mengakibatkan peningkatan pendapatan iklan.
Link Clickbait Shopee
Kalau dalam isu sekarang pulak, isu link Shopee. Bersepah-sepah link Shopee kat media sosial tu. Kadang-kadang rasa semak kepala. Yang meniaga link Shopee ni ramai juga yang gunakan teknik clickbait ni.
Sebabnya mereka bukan menjual produk di Shopee tu pun. Tapi mereka nakkan orang klik di link affiliate Shopee mereka tu. Mereka akan dapat komisen daripada pembelian orang yang klik link mereka tu nanti. Ini kerana sistem affiliate Shopee akan simpan cache daripada link affiliate siapa pembelian tu berlaku. Dari situ Shopee akan bagi komisen.
Cache itu pula akan disimpan dalam sistem Shopee selama 7 hari. Maksudnya, jika kita yang klik link tersebut tidak klik link affiliate Shopee yang lain, sebelum kita buat pembelian daripada mana-mana seller di Shopee, empunya link yang kita klik tadi akan dapat komisen.
Macam tu sistem affiliate Shopee berkerja. Sebab tu peniaga link Shopee akan buat apa sahaja supaya pembaca klik link mereka. Mereka akan cuba menarik minat kita untuk klik dengan copy writing yang menarik, gambar-gambar yang rare dan cantik (ada sesetengahnya terlebih seksi) dan termasuk lah cara clickbait ini.
Inilah sebab mengapa pentingnya untuk kita simpan curiga kita terhadap tajuk yang kita baca di media sosial. Korang juga kena pastikan maklumat artikel tu korang baca dahulu sebelum sebarkan dan membabitkan orang lain.
Hukum clickbait
Haha.. Agak-agak korang apa hukumnya clickbait ini dalam Islam?
Aku cari keyword: hukum clickbait dalam Islam di enjin carian Google. Tapi tak jumpa yang tepat seperti yang aku nak. Yang sipi-sipi tu ada la.
So, aku pun tak berani nak letak hukum sendiri walaupun berdasarkan ilmu yang aku ada sedikit ni, aku dah dapat tentukan hukumnya aku rasa. Tapi biarlah aku guna hukum tu untuk diri sendiri jer dulu.
Hukum yang paling hampir aku jumpa ialah Hukum menipu untuk tujuan marketing. Rasa macam dah lebih kurang sama tu. Sumber pulak daripada pejabat mufti Wilayah.
So, kira macam tepatlah pegangan aku yang mengatakan hukum clickbait dalam Islam ini HARAM. Korang boleh baca sendiri huraian mufti wilayah tentang peniaga yang tidak jujur yang menyebabkan jatuh hukumnya HARAM.
Tak nak buat lagi dah..!
Pada kesimpulannya, clickbait adalah taktik yang sering digunakan untuk menjana klik dan menarik trafik, tetapi ia sering mengakibatkan pengalaman pengguna yang negatif dan boleh menyumbang kepada penyebaran maklumat yang salah.
Ia adalah perbuatan menipu yang mana ianya tidak dibenarkan dalam Islam. Apatah lagi menipu dalam perniagaan yang mana hasilnya nanti untuk dibuat sara hidup diri sendiri dan keluarga.
Jadi, seruan aku kepada semua, baik peniaga shopee ataupun peniaga apa sekalipun, marilah kita elakkan daripada mencari rezeki dari punca yang HARAM.
Jadi, akhir kata, jika ditanya aku apa hukum clickbait dalam Islam khasnya yang melibatkan pencarian rezeki, aku berpendapat tak boleh! Haram. Sekian..!