61

Hukum Menggunakan WiFi Orang Lain Tanpa Kebenaran

hack wifiSudah lama saya terfikir akan hal ini.

Saya bagi contoh kes:

Satu keluarga melanggan sistem broadband unifi dengan bayaran bulanan sekurang-kurangnya RM149.00. Broadband tersebut akan dihadkan penggunaannya oleh pihak penyedia unifi dengan had-had tertentu seperti had download, bandwidth dan sebagainya. 5 orang telah berkongsi menggunakan unifi tersebut.

Tiba-tiba jirannya telah “hack”kan password yang ditetapkan dan turut sama berkongsi menggunakan unifi tersebut. Ini sudah tentu akan meningkatkan lagi penggunaan had-had tadi. Dan kebiasaannya unifi ini akan terganggu dengan menjadikannya sedikit perlahan dari biasa.

Sebelum ini saya terfikir: “boleh ke jirannya buat begitu?”. Kalau tidak boleh, apa pula hukumnya di sisi Islam.

Tambah pula sekarang banyak orang mempromosikan wifi booster di mana kemampuan alat ini boleh menarik signal wifi walaupun berapa dari jarak yang agak jauh. Alat ini juga dikatakan mampu memecahkan kod (hacking) password yang telah ditetapkan oleh tuan punya wifi.

Alhamdulillah, hari ini saya terjumpa artikel pasal hukum ini.

Memang seperti yang dijangka. Hukumnya adalah HARAM. Ia boleh diibarat seperti kita menggunakan hak orang lain tanpa kebenaran tuannya. Juga sama seperti kita memasuki rumah orang yang telah dikunci. Kan menceroboh hak orang namanya itu.

Namun mengikut satu pendapat pendapat, jika tuan rumah itu tidak menggunakan password maka tidak mengapa kita menggunakan WiFi tersebut.

Perkara yang sama terpakai kepada kedai makan, kedai mamak, pasaraya dan lain-lain yang menyediakan khidmat WiFi. Jika tuan punya premis memasang WiFi itu untuk kegunaan pelanggannya SAHAJA, maka kalau kita yang pergi ke premis lain ataupun duduk melepak di tepi premis yang ada WiFi itu juga tidak berhak menggunakan WiFi premis itu.

Jadi, berhati-hati dalam menggunakan WiFi selepas ini 😆

Untuk huraian dan maklumat lebih lanjut tentang pandangan ulamak tentang hal ini sila ke Blog Kamin.

Terima kasih Kamin kerana artikel anda memperjelaskan kekeliruan.

 

Show Comments

No Responses Yet

Leave a Reply

%d bloggers like this: