
Sudah menjadi amalan keluarga ku di setiap tahun di pagi raya, kami akan ke kubur ayah dan ayah mertua untuk membersih kubur sekaligus sedeqahkan bacaan surah Yaasin dan tahlil. Ini bukan bermakna pada hari-hari lain kami tidak menjenguk kubur ini. Kami akan ziarah jika berkesempatan masa.
Ini adalah kerana ramai di antara kami anak-anak yang berkerja di luar negeri Terengganu. Jadi jika kami balik kampung baru kami ada kesempatan tersebut. Sebab itulah waktu lazim kami menziarah ialah ketika hari raya.
Di pagi hari raya kedua baru-baru ini, aku bersama ipar duai sempat menziarahi pusara ayahanda (ayah mertua) yang terletak di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, selain daripada kami ada juga beberapa keluarga yang lain turut sama menziarahi pusara keluarga masing-masing. Sekurang-kurangnya amalan baik yang boleh membawa peringatan kepada kematian ini masih lagi menjadi amalan.
Cuma aku lihat ramai di antara mereka yang menyiram kubur dengan air yang dibawa daripada rumah. Aku sedikit pelik. Sebenarnya ini bukan pertama kali aku lihat amalan ini. Di dalam TV juga aku selalu lihat perbuatan ini.
Di hati kecil terdetik: “Betul ke amalan ini ya?”. Seingat aku memang aku pernah terbaca akan hukum perbuatan ini. Cuma aku macam ingat-ingat lupa.
Lantas aku mencari jawapan persoalan yang bermain di fikiran. Melayari laman web e-fatwa telah menemukan jawapan yang aku cari.
Menurut e-fatwa, hukum membawa bunga di kuburan adalah tidak digalakkan dalam Islam. ia bukanlah amalan di dalam agama Islam. Ia sebenarnya adalah mirip amalan dalam agama Kristian. Jika perbuatan membawa bunga tersebut dibuat dengann iat mengikut adat dan budaya mereka maka hukumnya boleh jadi HARAM.

Manakala hukum meletakkan kalungan bunga di tugu negara sempena memperingati hari pahlawan memang sudah difatwakan HARAM.
Mengikut Ustaz Azhar Idrus pula ianya bergantung kepada niat:

Hukum siram air atas kubur iaitu harus bila tujuan
untuk mengemaskan tanah, menghidupkan pokok2 kecil , makhruh bila mana kita tidak tahu .. Orang lain jirus(siram) kita jirus, dan haram apabila kita niat untuk sejukkan mayat dalam kubur-UAI — at Masjid Batu Buruk .
Sebagai konklusi, kita kena tahu tujuan kita kita melkukan perbuatan tersebut. Jika tanpa tujuan dan hanya mengikut orang, maka ia jatuh kepada makruh. Apatah lagi jika niat untuk menyejukkan mayat atau mengikut agama lain.
Wallahua’lam. Semoga coretan ini dapat menjadi panduan untuk semua. Sila kongsikan di media sosial dan medium yang lain untuk orang lain sama-sama dapat manfaat.
Hukum siram air atas kubur iaitu harus bila tujuan untuk mengemaskan tanah, menghidupkan pokok-pokok kecil , makruh bila mana kita tidak tahu ..
KiD recently posted..Makan di Restoran Ramly Burger
#KOPIPASTA? 😉
Buat sesuatu mesti ada ilmu.
Memang beza.. bukan ikut ikutan sahaja
Tudung Labuh Online recently posted..VEIL NIKAH TUDUNG PENGANTIN INSPIRASIHANA
ya betul tu
Apa yang utama ialah menziarahi kubur ini mengingatkan kita pada kematian
Bila bila masa boleh pergi.
Kebetulan baru terbaca kisah arwah saudara Jejai.
Al fatihah.. Semoga rohnya di berkati Allah swt.
Tudung Labuh Online recently posted..Beli Tudung Online Raudhah Soft Awning Berdagu
Aameen.. Alfatihah
kita selalu terikut-ikut dengan budaya yang sudah sebati dengan darah daging, kalau tak buat katanya tak reti nak hormat walhal…
siapa yang tahu bisik2kan ler tentang hukum ini kepada mereka yang lakukannya agar tidak meneruskan sesuatu yang budaya tapi tidak selari dengan agama ini.
ejam recently posted..Review Lenovo S660.
tu la.. bila dah jd budaya, agak susah nak ubah
Jazakallah, terima kasih atas perkongsian ni, kalau tanam rumput atas kubur takper ke ya?
Eizil recently posted..3 Teknik penulisan tajuk artikel yang blogger perlu tahu.
tanam tumbuhan tak per. sbb ia makhluk Allah dan turut berzikir dgn caranya tersendiri
Baru semalam ustaz di radio ikim cerita perkara ni.
Terjumpa pulak entri ini semula bila cari di google.
Semoga banyak amalan jariahnya
Insyaallah
Mazni Azmi recently posted..Tudung Labuh Koshibo Daisi Beli Online Murah
moga sama2 dpt manfaat
fahami hukumnya.. jgn main ikut jer ya..
kali ini kita bersependapat. Gua memang sokong.
Tapi masih ramai juga yg melakukannya dengan bermati-matian mempertahankannya.
semoga amalan bidaah ini semakin pupus ditelan zaman. hilang terus pada zaman anak cucu kita. insyaAllah .aamiin
Blogger Babyface recently posted..Keputusan Penuh Piala Dunia Brazil 2014
benda ni disepakati oleh ulama’ muktabar.
yg mana ada khilaf di antara ulama’ hendak lah kita berlapang dada. janganlah anggap yang kita sokong sahaja betul. ulama’ yang tidak berpendapat dgn kita juga mempunyai dalil yang kuat terhadap sesuatu yang dipegangnya.
ilmu mereka melayakkan mereka berijtihad dan mengeluarkan fatwa. jgnlah ilmu cetek kita nak dibandingkan dgn mereka.
wallahua’lam
gua dah lama tak ziarah kubur.Bapa aku pesan jgn letak batu nisan..bubuh kayu je.biar senang lupus.kalau dah hilang biarkan nnt orang lain bole guna…sbb itu kan harta wakaf..bukan nak buat harta….gua cuma sedekahkan fatihah tiap hari…..kubur dah lama hilang.
jaymiee recently posted..Pemansuhan Bayaran Tunai di Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau,Shah Alam.
lawat kubur ni ada jugak baiknya bro. dia akan ingatkan kita kpd kematian…
Ena baru tahu pasal hukum menyiram air dan menabur bunga di kubur ni.. Ena pun pernah buat tanpa tahu apa tujuannya… Hurmmm.. Terima kasih atas perkongsian ni, lepas ni bagi peringatan pada diri ena…
Ainaa Roseberry recently posted..SENI KREATIF | POTONGAN DAUN | OMID ASADI
ingatkan org lain juga dgn share entri ni kat media social
Salam.
Kadang bila dah satu kebiasaan boleh jadi tak sedar yang ianya suatu amalan yang salah.
Fuh~
hafidz recently posted..Nuffnang
ya betul tu bro
saya tak pandai dalam bidang ini.
tetapi banyak pendapat mengenai perkara ini.
Ulama juga ada pendapat masing-masing. Apapun perlu menuntut ilmu sebelum kita mengatakan itu bidaah ini bidaah. Hati-hati dalam menjatuhkan hukum
aRz MoHa recently posted..Kad Raya Dari Blogger | Aidilfitri 1435H
ada jugak ke ulama’ kata boleh? jika ada byk perbezaan pendapat sebaiknya ambillah yang disepakati paling rama ulama’. lg satu, negara kita ada majlis fatwa kebangsaan. sebaiknya ikutlah pendapat mereka ini
terima kasih atas perkongsian ini.Ramai yang tak tahu ini
Rokiah Abdul Hamid recently posted..Perlukah Boikot Shaklee kerana Israel?
sama-sama. moga kita semua mendapat manfaat
sangat kurang dilakukan dikampung saya, tapi jiran taman saya boleh siap meniaga bunga – bunga di pagi hari raya. sangat laris dikawasan bandar katanya.
onlajer recently posted..Suasana Marhaban Aidilfitri 2014 Di Kampung Saya
tabur bunga mcm dah kur sikit. siram air tu yg selalu
ya. kena tengok dan faham tujuannya terlebih dahulu.
titan recently posted..Nak buat duit dengan affiliate, kena ada trafik banyak ke?
yup.. jgn ikut membuta tuli. dlm drama melayu byk tunjuk buat mcm ni. tu yg masyarakat ikut tu
Selalu jirus air yassin je kat kubur arwah opah, sambil baca al-fatihah 🙂 tak pernah tabur bunga, tapi pokok bunga melur ada di kubur arwah 🙂
Tunsha Ayunie recently posted..When Feeling Happy Is The Only Choice ~
tak yah la kot buat cam tu lg lps ni..
Pesanan untuk anak-anakku jika ayah meninggal mandikan,kapankan, solatkan dan kebumikan. Jangan sekali-kali siram dengan air dan tabur bunga-bungaan diatas pusara ayah. Doa anak-anak yang soleh dan solehah yang ayah tunggu-tunggukan. ingat pesanan ayah ya.
Berbalik kepada niat juga…
Niat lah untuk sedekah bagi bau-an wangi untuk yang menziarah …
Yang mati tidak dapt bau tetapi untuk kita tenang dan cantik memandang sekitaran taman perkuburan juga.. Bukan kan Allah suka-kan kecantikan dan wangi-an..
ya lah ikut niat.. yg paham x per. yg jadi ikutan ni yg masalah. dah sebut psl tu dlm artikel ni