More

    Hukum Menyiram Air dan Menaburkan Bunga Di Kubur

    tabur bunga di kubur
    apa hukumnya amalan ini?

    Sudah menjadi amalan keluarga ku di setiap tahun di pagi raya, kami akan ke kubur ayah dan ayah mertua untuk membersih kubur sekaligus sedeqahkan bacaan surah Yaasin dan tahlil. Ini bukan bermakna pada hari-hari lain kami tidak menjenguk kubur ini. Kami akan ziarah jika berkesempatan masa.

    Ini adalah kerana ramai di antara kami anak-anak yang berkerja di luar negeri Terengganu. Jadi jika kami balik kampung baru kami ada kesempatan tersebut. Sebab itulah waktu lazim kami menziarah ialah ketika hari raya.

    Di pagi hari raya kedua baru-baru ini, aku bersama ipar duai sempat menziarahi pusara ayahanda (ayah mertua) yang terletak di Kuala Terengganu. Alhamdulillah, selain daripada kami ada juga beberapa keluarga yang lain turut sama menziarahi pusara keluarga masing-masing. Sekurang-kurangnya amalan baik yang boleh membawa peringatan kepada kematian ini masih lagi menjadi amalan.

    Cuma aku lihat ramai di antara mereka yang menyiram kubur dengan air yang dibawa daripada rumah. Aku sedikit pelik. Sebenarnya ini bukan pertama kali aku lihat amalan ini. Di dalam TV juga aku selalu lihat perbuatan ini.

    Di hati kecil terdetik: “Betul ke amalan ini ya?”. Seingat aku memang aku pernah terbaca akan hukum perbuatan ini. Cuma aku macam ingat-ingat lupa.

    Lantas aku mencari jawapan persoalan yang bermain di fikiran. Melayari laman web e-fatwa telah menemukan jawapan yang aku cari.

    Menurut e-fatwa, hukum membawa bunga di kuburan adalah tidak digalakkan dalam Islam. ia bukanlah amalan di dalam agama Islam. Ia sebenarnya adalah mirip amalan dalam agama Kristian. Jika perbuatan membawa bunga tersebut dibuat dengann iat mengikut adat dan budaya mereka maka hukumnya boleh jadi HARAM.

    letak bunga di kubur
    tidak digalakkan dalam Islam

    Manakala hukum meletakkan kalungan bunga di tugu negara sempena memperingati hari pahlawan memang sudah difatwakan HARAM.

    Mengikut Ustaz Azhar Idrus pula ianya bergantung kepada niat:

    kubur
    hukum siram air atas kubur – Ustaz Azhar Idrus

    Hukum siram air atas kubur iaitu harus bila tujuan
    untuk mengemaskan tanah, menghidupkan pokok2 kecil , makhruh bila mana kita tidak tahu .. Orang lain jirus(siram) kita jirus, dan haram apabila kita niat untuk sejukkan mayat dalam kubur

    -UAI — at Masjid Batu Buruk .

    Sebagai konklusi, kita kena tahu tujuan kita kita melkukan perbuatan tersebut. Jika tanpa tujuan dan hanya mengikut orang, maka ia jatuh kepada makruh. Apatah lagi jika niat untuk menyejukkan mayat atau mengikut agama lain.

    Wallahua’lam. Semoga coretan ini dapat menjadi panduan untuk semua. Sila kongsikan di media sosial dan medium yang lain untuk orang lain sama-sama dapat manfaat.

    Latest articles

    Related articles

    34 Comments

    1. kita selalu terikut-ikut dengan budaya yang sudah sebati dengan darah daging, kalau tak buat katanya tak reti nak hormat walhal…
      siapa yang tahu bisik2kan ler tentang hukum ini kepada mereka yang lakukannya agar tidak meneruskan sesuatu yang budaya tapi tidak selari dengan agama ini.
      ejam recently posted..Review Lenovo S660.My Profile

      • benda ni disepakati oleh ulama’ muktabar.

        yg mana ada khilaf di antara ulama’ hendak lah kita berlapang dada. janganlah anggap yang kita sokong sahaja betul. ulama’ yang tidak berpendapat dgn kita juga mempunyai dalil yang kuat terhadap sesuatu yang dipegangnya.

        ilmu mereka melayakkan mereka berijtihad dan mengeluarkan fatwa. jgnlah ilmu cetek kita nak dibandingkan dgn mereka.

        wallahua’lam

      • ada jugak ke ulama’ kata boleh? jika ada byk perbezaan pendapat sebaiknya ambillah yang disepakati paling rama ulama’. lg satu, negara kita ada majlis fatwa kebangsaan. sebaiknya ikutlah pendapat mereka ini

    2. Pesanan untuk anak-anakku jika ayah meninggal mandikan,kapankan, solatkan dan kebumikan. Jangan sekali-kali siram dengan air dan tabur bunga-bungaan diatas pusara ayah. Doa anak-anak yang soleh dan solehah yang ayah tunggu-tunggukan. ingat pesanan ayah ya.

    3. Berbalik kepada niat juga…
      Niat lah untuk sedekah bagi bau-an wangi untuk yang menziarah …
      Yang mati tidak dapt bau tetapi untuk kita tenang dan cantik memandang sekitaran taman perkuburan juga.. Bukan kan Allah suka-kan kecantikan dan wangi-an..

    Leave a Reply to sohoque Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge