
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-71 yang bersidang pada 22-24 Nov 2005 telah membincangkan Hukum Muslim Sambut Perayaan Valentine’s Day. Muzakarah berpandangan bahawa ajaran Islam amat mengutamakan kasih sayang dan tidak ada hari tertentu di dalam Islam bagi meraikannya.
Oleh itu, Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.
Sejarah perayaan ini tidak ada di dalam Islam. Amalan, budaya dan hasrat perayaan ini mempunyai unsur-unsur Kristian yang bercanggah dengan Islam.
Di dalam Islam tidak ada hari tertentu bagi meraikan kekasih atau kasih sayang. Islam sangat menitikberatkan soal kasih sayang dan setiap hari di dalam Islam adalah hari kasih sayang. Islam menolak konsep kasih sayang yang terkandung dalam perayaan ini kerana unsur-unsur ritual keagamaan yang diamalkannya boleh menggugat akidah Islam.
Hukum Islam jelas dalam hal melarang umatnya meniru atau menyerupai budaya dan cara hidup orang bukan Islam. Ini berdasarkan sebuah hadith Rasulullah s.a.w.:
من تشبه بقوم فهو منهم
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum maka dia termasuk dalam kaum tersebut.” ( Riwayat Abu Daud)
Rasulullah s.a.w. juga bersabda:
من عمل عملا ليس عليه أمرنا فهو مردود
“Sesiapa yang mengamalkan perkara yang bukan dari pada amalan kami maka ia akan ditolak.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kebanyakan golongan remaja Islam hari meraikan Valentine’s Day dengan perbuatan- perbuatan yang dilarang oleh Islam. Gejala seperti ini sekiranya tidak dibendung akan merosakkan generasi umat Islam akan datang.
Sumber
Komen aku:
Khutbah hari Jumaat 10hb February baru-baru ni pun bercakap tentang perayaan ini dan hukum orang Islam ataupun Muslim sambut Vaelntine’s Day.
Sambutan perayaan ini yang jadi masalahnya banyak disambut oleh remaja-remaja yang belum kahwin. Masa ni la si lelaki akan mengambil kesempatan terhadap si perempuan. Si perempuan pulak masa ni la akan mengamalkan sikap “membuka pintu” dan sikap tak apa. Masa tu la Syaitan durjana laknatullah akan bisikkan kata-kata azimat. Lalu tunggulah 9 bulan nanti, akan ramailah anak-anak zina yang tak berdosa akan keluar untuk menambahkan lagi bilangan yang sedia ada.
Bak kata Altimet dalam lagu Kalau Berpacaran:
Yeah
Kita sambung cerita
Kalau kamu berdua
Aku yang ketigaAku penambah perasa
Akulah pendarab nafsu serakah
Hai teruna bikin perangai selamba
Hati si dara kata tak apaBerani buat terima padah
Kalau tak sedia
Ucap syahadah
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
(sumber :http://www.pengerindu.com/2009/11/statistik-kelahiran-anak-luar-nikah-di.html)
