
Akhir tahun lepas pantai timur dilanda banjir yang agak teruk. Bandar Kuantan lumpuh seketika dikepung air yang melimpah naik sehingga ke pusat bandar. Banjir tersebut mendapat liputan yang besar di media massa. Aku turut menyumbangkan satu artikel tentang keadaan banjir di Kuantan tanda keperihatinan kepada rakan-rakan mangsa banjir di sana.

Tahun ini aku jangkakan tiadalah banjir seperti tahun lepas sebab kalau ikutkan logik, mesti persedian rapi sudah dibuat oleh kerajaan tempatan untuk menghadapi banjir. Rupanya sangkaan mentah aku tersasar. Di saat kita sibuk ke perhimpunan agung. Di saat kita asyik dengan contest SEO. Di saat kita seronok dengan persembahan Lawak Ke Der 3 di Istana Budaya, saudara kita di Pantai Timur dan Johor ditimpa ujian besar. Kali ini ujian lebih besar berbanding tahun sudah. Hujan yang tidak berhenti memaksa air naik secara mendadak. Kali ini banjir lebih parah daripada tahun lepas.

Puluhan ribu penduduk terpaksa dipindahkan. Jika kita ikuti berita di TV sebentar tadi, kedaan sangat dahsyat. Rumah-rumah ditenggelami air. Apatah lagi kenderaan seperti kereta yang mana hanya bumbung sahaja yang boleh dilihat.
Sekarang berita sangat mudah untuk disebarkan dengan adanya khidmat mesej percuma seperti Whatsapp dan sebagainya. Banyak gambar-gambar yang mereka kongsikan tentang bencana banjir ini. Keadaan di tempat perpindahan semakin sesak. Bekalan makanan semakin surut. Keperluan harian seperti pakaian dan sebagainya semakin terhad.

Yang paling menyayat hati apabila diberitakan warga emas yang terpaksa tidur dengan hanya berlapikkan plastik yang nipis. Bayi-bayi yang menangis kerana kesejukan dan rasa tidak selesa. Pampers yang semakin kehabisan. Bekalan susu yang semakin berkurangan dan bermacam kadhaifan lain yang semakin menampakkan diri.

Persolannya kepada kita yang tidak terkena musibah ini. Apa yang kita buat untuk membantu saudara kita yang di dalam kesusahan tersebut. Bergelak ketawa? Buat tak tau? Mengikuti berita tanpa apa-apa tindakan?
Ingatlah akan hadith ini:
Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredai Allah” (Riwayat at-Tabarani)
Bantulah mereka dengan apa yang kita mampu. Bantuan yang mereka paling harapkan ialah bantuan dalam bentuk makanan dan pakaian. Kedua-duanya adalah keperluan yang amat penting dalam keadaan yang semakin genting ini. Bantuan makanan yang sesuai dan mudah diagihkan adalah seperti beras (bungkusan 1 kilo), mee segera, sardin, susu, air minuman dan sebagainya.

Manakala barangan pakaian pula seperti pampers, tuala, selimut, toto, tilam nipis, sejadah, baju lelaki, baju atau kain perempuan, tudung dan lain-lain.
Barangan lain yang juga sesuai untuk disumbangkan adalah seperti:
- Alat mandian
- Wang tunai (didepositkan ke dalam akaun khas)
- Barang keperluan lain
Barangan ini boleh disediakan dan diserahkan kepada Pertubuhan NISA Malaysia. Mereka sekarang sedang menjalankan Misi Bantuan Ops Banjir Kelantan – Terengganu – Pahang – Johor. Mereka bertanggungjawab mengumpul barangan sumbangan daripada kita dan akan menyerahkan sumbangan tersebut kepada yang memerlukan.
Mereka akan mengadakan pusat pengumpulan di dua lokasi iaitu:
- Dataran Merdeka, pada 6 Disember 2013 (Jumaat), dari pukul 2 petang sehingga 10 malam.
- Dewan Merbau MBSA Sek 17 Shah Alam, pada hari Jumaat hingga Ahad ini, daripada pukul 9 pagi sehingga 5 petang.
Datanglah beramai-ramai untuk memberi sumbangan samada sumbangan kecil ataupun besar. Diharap dengan sumbangan kita nanti, beban saudara kita yang terkena musibah dapat diringankan. Semoga dengan keikhlasan kita tersebut akan diganjari dengan nikmat yang berlipat kali ganda lagi. InsyaAllah.
insha Allah, tak banyak pun mgkin sikit yg boleh kita bantu kn selain kirimkn doa yg tak putus2 utk mereka…
myfirdz recently posted..Renungan Malam: 10 Golongan yang Menzalimi Diri Sendiri
betul tu. pakaian yg lama tp masig elok drp duk simpan dlm store baik kita bg kat diorg ni
Berdasarkan maklumat yang diperolehi melalui Whatsapp daripada rakan-rakan pantai Timur.. Keadaan banjir pada kali ini lebih teruk berbanding pada tahun lepas… Walaubagaimanapun tidak semua berita tragis yang dialami oleh mangsa banjir disiarkan di televisyen..
Anuar recently posted..Contest SEO Eridy bahan Ujikaji ke 6
memang teruk banjir tahun ni. kesian kawan2 kat sana
Pergh satu bandar ditengelami air ya
onlajer recently posted..Perancangan Perlu Apabila Memasuki Contest SEO
Ya. Kesian diorg. Ramai yg kena pindah.
teringin nak jadi sukarelawan,tapi keadaan tak mengizinkan..hanya mampu berdoa dari jauh .innalillahiwainnailaihirojiun T_T
Farisya Anastasyia recently posted..Kenali Farisya Anastasyia
Ya la kan. Doa jer la yg mampu. Berat mata kita yg memandang, berat lg mereka yg alami musibah banjir