More

    Idea Hadiah Hari Ibu Yang Best

    Selamat Hari Ibu mak…!

    Hurmm.. Hari Ibu dah tak lama lagi dah. Bila tiba Hari Ibu ni, aku memang rasa lain macam sikit. Serius cakap aku tak pernah meraikan Hari Ibu dengan mak aku. Usahkan nak raikan, Hari Ibu pun aku kadang-kadang lupa bila…

    Aku tak sempat buat semua ni. Mak aku meninggal masa aku masih belajar. Masa mak aku ada pun, dia bukan kesah pasal Hari Ibu ni. Ya la.. Orang kampung. Hidup bukan senang. Mana nak kesah Hari Ibu ke hari apa. Janji anak-anak dia tak kebulur. Janji anak-anak dia dapat pendidikan macam anak-anak orang lain. Janji anak-anak dia jadi anak soleh dan solehah. So Hari Ibu ni tak memberi makna sangat pada aku pada masa itu.

    Mak aku dulu kerja bendang untuk sama-sama tolong ayah aku sara keluarga
    (gambar hiasan)

    Sekarang… Bila tiba Hari Ibu, aku mesti teringat mak aku. Ni… Tengah taip entri ni, air mata dah mula mengalir. Ya.. Aku rindu mak aku. Aku tak sempat pun berbakti pada mak aku. Di kala rakan-rakan bergembira membelanjakan gaji pertama untuk mak diorang, aku dah tak ada mak untuk aku belanjakan gaji pertama aku. Siapa yang tak sedih…

    Mak aku rebah di atas tikar sembahyang waktu dinihari sebelum waktu Subuh 21 tahun yang lalu. Baru lepas Tahajjud aku agak. Sebabnya itu adalah antara amalan dia. Aku masih belajar di Universiti pada masa itu. Aku terima telegram (ada lagi ke sekarang?) menyuruh aku pulang segera kerana mak sudah tenat di hospital. Gelabah giller aku masa tu. Aku terfikir kalau aku naik bas balik ke Kuala Terengganu, mungkin aku tak sempat lagi jumpa mak aku.

    Lalu aku nekad…. Duit simpanan belajar yang masih berbaki aku hitung. Hah.. cukup untuk aku beli tiket kapal terbang. Tiket pada masa tu bukan murah macam sekarang. Masa tu mana ada penerbangan tambang murah…!

    Dengan pertolongan seorang sahabat yang aku masih akrab hingga sekarang, aku dihantar ke Lapangan Terbang Subang. Masa tu KLIA belum wujud. Seram sejuk perasaan aku. Pertama kali nak naik kapal terbang sepanjang hayat aku.

    Kepala aku kosong. Apa yang ada dalam kepala aku hanyalah wajah suci mak aku. Wayang dosa silam aku terhadap mak aku laju bermain di fikiran. Aku pernah membuat mak aku menangis. Aku anak yang paling kuat melawan cakap mak aku.

    “Ya Allah.. Sempat ke aku jumpa dan minta maaf dari mak aku sebelum beliau hembuskan nafas terakhir ni…!…” berkali-kali soalan ni aku tanya pada diri sendiri.

    Sungguh kepala aku kosong… Aku di dalam dunia aku sendiri. Sedar tak sedar kapal terbang MAS yang aku naiki dah mendarat di Lapangan Terbangan Kuala Terengganu. Pakcik aku dah siap menunggu dan terus bawa aku ke hospital.

    Tiba di wad, aku lihat saudara mara dah ramai datang menziarah. Ada yang membacakan surah Yaasin. Aku terus menuju ke sekujur badan yang dah tak bermaya itu. Ku peluk.. Ku cium pipinya. Wajah bersih itu sejuk. Namun nyawanya masih belum meninggalkan jasad. Mak aku dah tak boleh bercakap. Aku pun tak pasti adakah dia mendengar kata-katanya ku.

    “Mak… Maafkan saya mak…”

    Bergetar bibir aku. Air mata mengalir laju. Hanya itu yang aku mampu bisikkan di telinganya. Sesungguhnya banyak yang aku ingin katakan. Banyak yang aku mau bagitau beliau tentang perasaan aku. Tapi aku tak mampu. Hanya 4 patah itu sahaja yang mampu aku tuturkan.

    Apa yang sangat menggembirakan hati aku masa tu ialah aku perasan selepas aku lafazkan kata maaf di telinganya, aku rasakan tangannya membalas genggaman tanganku yang aku tak lepaskan dari tadi. Sekurang-kurangnya aku tau yang mak aku mendengar. Dan aku yakin mak aku maafkan aku, anak bongsunya yang degil dan selalu melawan kata ni…

    Alamak… Sorry.. Terbawa-bawa pulak dengan kisah aku. Tapi kisah inilah yang selalu “flashback” saban tahun dalam benak kepala aku bila tiba Hari Ibu…

    Hadiah Hari Ibu

    Korang yang masih ada ibu, bagilah hadiah pada ibu korang ya… Bila ibu korang tak ada nanti percayalah korang akan rasa menyesal sangat tak buat baik kepada “kunci syurga” tu.

    Syukur korang masih ada ibu. Korang masih boleh berbakti dan gembirakan hati ibu korang. Bagilah hadiah pada ibu. Tak perlu tunggu Hari Ibu pun sebenarnya. Bagi jer sesuatu yang boleh buatkan insan istimewa tu gembira.

    Cuma sebab ada Hari Ibu, maka korang gembirakanlah dia di Hari Ibu. Bagi jer hadiah. Sebagai ibu, dia mesti suka. Tak perlu pun hadiah mahal-mahal kalau tak ada bajet. Hadiah yang simple pun ok.

    Kalau korang tak ada idea sangat korang bagi hadiah set Cosmoderm ni. Aku tau pun sebab terbaca FB Cosmoderm tentang hadiah Hari Ibu ni.

    Meh aku tolong ringkaskan kat korang:

    Set 1 :  Active Mom ( RM38 ) – Advanced Moisture Therapy Cream dan Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion

    Advanced Moisture Therapy Cream

    • Penyelesaian cepat untuk tumit merekah dan tangan kering
    • Melembap dan melembutkan kulit kasar dan keras
    • Memulih kulit merekah dengan cepat dan meredakan kepedihan disebabkan oleh rekahan
    • Krim pekat dan kaya dengan khasiat tanpa rasa berminyak.
    • Ramuan : Vitamin E , Tea Tree Oil dan Herbal Extract

    Vanity’s Favourite Deep Heat Lotion

    • Kombinasi minyak tradisional untuk memulihkan dalam bentuk losyen
    • Rasa panas mendalam dan berpanjangan untuk meredakan otot otot yang lenguh
    • Losyen persediaan sebelum atau selepas bersukan – tidak berminyak atau melekit
    • Membantu mengurangkan sakit kepala dan hidung tersumbat
    • Ramuan : Sunflower Seed Oil , Peppermint Oil dan Ginger Root Oil.

    Set 2 : Mom Favourite’s ( RM34 ) – Vanity’s Favourite Perfumed Shower Gel dan Vanity’s Favourite Body Lotion

    Vanity’s Favourite Perfumed Shower Gel

    • Mandian ekslusif dengan haruman yang tahan lama
    • Membersihkan kulit dengan lembut
    • Kulit segar , lembut bak sutera dengan haruman menawan
    • Ramuan : Aloe Barbadensis Leaf Extract

    Vanity’s Favourite Body Lotion

    • Losyen wangi ekslusif diperkaya dengan vitamin E khas untuk kulit lembut , lembap , licin dan berbau harum sepanjang hari.
    • Ramuan : Sunflower Seed Oil , Vitamin E , Vitamin A dan Rosehip Oil.

    Set 3 : Beautiful Skin For Mom (RM47) Vitamin E Magic Exfoliating Gel dan Vitamin E Moisturising Mask

    Vitamin E Magic Exfoliating Gel

    • Skrub gel untuk membersihkan sel-sel mati , bintik hitam dan bintik putih dengan lembut dan berkesan.
    • Mengecilkan dan menghaluskan pori.
    • Sel mati , bintik hitam dan bintik putih dieksfoliat secara lembut dan berkesan tanpa merosakkan kulit
    • Memudarkan parut jerawat , parut demam campak dan pigmentasi
    • Sesuai untuk kulit normal , kombinasi dan kering
    • Ramuan : Aqua , Hibiscus Sabdariffa Flower , Aloe Vera dan Witch Haze

    Set 4 : Pamper Your Mom (RM35) – Vitamin E Body Serum dan Vitamin E Body Exfoliating Scrub

    Vitamin E Body Serum

    • Losyen badan harum menawan untuk kulit lembut dan licin yang diperkayakan dengan madu dan vitamin E.
    • Mudah diserap tanpa rasa berminyak
    • Kulit rasa lembut dan licin
    • Memulih dan menyihatkan kulit
    • Anti-bau badan dengan deodran asli
    • Ramuan : Sunflower Seed Oil , Rosehip Oil and Honey

    Vitamin E Body Exfoliating Scrub

    • Merangsangkan penjanaan sel kulit baru untuk kulit sihat dan berseri.
    • Untuk kulit bersih , cerah dan berseri
    • Eksfoliat dengan lembut dan buang sel sel kulit mati
    • Mencegah jerawat badan
    • Ramuan : Cucumber Extract , Witch Hazel , Rosehip Oil dan Honey.

    Pada aku ini adalah idea hadiah Hari Ibu yang paling best untuk yang tak ada bajet tinggi. Yang pasti ia mampu buatkan hati mak berbunga gembira. Korang boleh dapatkan set-set Hari Ibu ini dengan membeli secara online di:

    1.  Cosmoderm
    2. lazada
    3. 11th Street
    4. Shopee

    Hari Ibu dah dekat tau. Jadi belilah segera…! Terlepas pulak nanti. Promosi Hari Ibu ni sampai 20 May 2017 jer tau..!

    Selamat menyambut Hari Ibu….!

    Untuk aku… Aku akan hadiahkan satu set Alfatihah bersama bacaan tahlil serta sedeqah bagi pihak mak aku. Moga pahalanya sampai kepadanya di alam barzakh sana. Aameen Ya Rabbal ‘Aalameen.

    Latest articles

    Related articles

    17 Comments

    1. Sangat paham perasaan tu… .ak Hayda pn meninggal masa tgh praktikal… stiap kali hari ibu kalau boleh xnak tgk fb sbb ramai widh mak diaorg hari ibu…. Kisah Haida lebih kurang sebab xpernah pn raikan… sapa yg masih ada mak hargailah

    2. Sedihnya, saya pun mak dah takde. Tiap kali hari ibu mampu sedekahkan Al-Fatihah je untuk dia.
      Tapi hadiah hari ibu Cosmoderm ni memang menarik, sesuai sangat bagi untuk ibu.

    Leave a Reply to HAIDA EYDA Cancel reply

    Please enter your comment!
    Please enter your name here

    CommentLuv badge