
Salam dan selamat sejahtera.
Dulu, 4 atau 5 tahun yang lepas aku pernah belajar ilmu membaca karektor seseorang berdasarkan tarikh lahirnya. Sifu aku yang bertanggung jawab mengajar ilmu tersebut adalah Allahyarham Dr Abdul Zaman Mansur. (Alfatihah)
Insan yang tidak mengenal erti sombong ini mendapat pendidikan sehingga ke peringkat PHD di dalam bidang Psychology. Beliau telah melanjutkan kajian seorang professor tentang karektor seseorang yang boleh diketahui melalui tarikh lahir.

Pada masa Allahyarham mengajar kami ilmu tersebut ada seorang lagi pakar motivasi yang terkenal (masih giat mengadakan bengkel seminar sehingga kini tetapi sudah tidak menyentuh tentang pembacaan tarikh lahir), juga mengajar cara melihat seseorang berdasarkan pengiraan khas tarikh lahir. Oleh kerana pengajarannya yang disertai dengan iklan yang aggresif, kelas motivasinya mendapat sambutan yang hebat. Aku sendiri belum pernah hadiri program motivasinya tetapi cara pembacaannya agak berlainan apabila ia seperti menilik nasib.
Mungkin juga aku silap sebab aku sendiri belum pernah bersua muka dengan beliau. Tetapi aku membuat kesimpulan begitu apabila kawan aku, seorang “anak murid” beliau telah dengan secara sukarela menafsir tarikh kelahiran aku. Mengikut kawan aku ni dengan nombor daripada tarikh lahir aku tu, aku adalah seorang yang akan cepat mendaki tangga kejayaan jika aku terlibat dalam bisnes. Namun aku juga akan cepat jatuh. Untuk mengelakkan perkara tersebut berlaku aku kena ubah cara kerja aku. Aku perlu berkerja seperti biasa selama sebulan contohnya kemudian aku perlu cari masa untuk berehat seketika untuk bercuti dan melupakan tentang kerja aku.
Aku juga perlu berdampingan dengan wanita untuk lebih berjaya dalam bisnes. Contohnya jika aku majikan aku kena lebih banyak menggaji kaum wanita dalam syarikat aku. (Hehehehe.. Ini sudah bagus…)
Nampak tak cara pembacaannya. Ia seperti meramal perjalanan hidup. Persoalannya apa akan jadi jika aku tidak mengikut saranan beliau? Adakah aku tidak akan berjaya dalam perniagaan aku. Dan sehingga sekarang aku tak ada pun mengikut apa yang disaran. Namun alhamdulillah, rezeki aku tak juga putus-putus.
Entah betul entahkan tidak pengajarannya sebegitu kerana aku mendapat tahu daripada kawan ku yang turut serta di dalam program tersebut bukan secara langsung dengannya. Mungkin kawan aku yang tersalah faham. Wallhua’lam.
Hasil daripada pendedahan yang agak keterlaluan pakar motivasi itu, pengajaran ilmu ini pernah dirujuk kepada Jabatan Agama Islam. Dan ianya diklasifikasikan sebagai amalan yang bertentangan dengan ajaran Islam.
Cuma bezanya dengan ajaran Allahyarham Dr Abdul Zaman Mansur ini, kajiannya mengatakan kita hanya boleh melihat karektor ataupun tingkah laku seseorang berdasarkan nombor yang dikira daripada tarikh lahirnya. Maknanya orang yang bernombor 1 misalnya, mempunyai karektor dan sifat yang tertentu yang diwakili oleh nombor 1. Itu adalah sifat sahaja. Dan sifat itu boleh diubah dengan azam dan disiplin dalam diri seseorang. Ia bukannya mutlak.
Ini bertepatan dengan firman Allah dalam Al-Quran iaitu:
“sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang ada pada diri mereka” (surah Ar-Rad:11)

Menurut Allahyarham lagi, karektor itu juga kadangkala bukannya 100% tepat dibaca tafsirannya kerana ia kuat dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran. Antara 3 faktor yang bisa merubah karektor menjadikannya berlainan dengan karektor nombor yang diwakilinya ialah:
- Baka/keturunan
- Pendidikan
- Persekitaran
Sebagai contoh, jika seseorang yang mempunyai sifat nombor 2, ia sepatutnya seorang yang bijak dan cepat memahami apa-apa ilmu yang diajar. Tetapi oleh kerana dia mungkin tinggal dikawasan pendalaman dan kurang terdedah dengan ilmu pelajaran yang diajar, ia mungkin menjadi tidak bijak dan lambat untuk mengikuti ilmu yang diajar. Begitu jugalah dengan pengaruh keturunan dan persekitaran yang akan mencorak karektor seseorang.
Jadi pada aku, ilmu yang diberi nama Ilmu Formula Modal Insan yang dikaji oleh Allahyarham ini sama sekali tidak bercanggah dengan agama. Ini adalah kerana kita hanya belajar untuk mengenal karektor ataupun sifat manusia. Kita percaya yang karektor itu hanyalah seperti program pada komputer yang telah diprogramkan oleh Allah untuk setiap hambaNya yang unik. Dan karektor ini boleh berubah jika individu itu bertekad untuk mengubah demi untuk kepentingan dirinya atau agamanya.
Menurut Allahyarham, ilmu ini adalah ilmu yang diamalkan oleh orang-yahudi sejak dahulu lagi. Sebab itu ramai bangsa mereka menjadi orang yang hebat dalam bidang masing-masing. Ini adalah kerana anak-anak mereka sejak kecil dikenalpasti bakat, sifat dan kecenderungan mereka dan mereka ditumpukan dengan mendedahkan ilmu yang berkaitan dengan minat dan kecenderungan tersebut sejak dari kecil.
Apa yang bagusnya mempelajari ilmu ini ialah:
- Untuk suami isteri
Ia akan membantu keharmonian rumahtangga. Suami isteri akan lebih memahami akan karektor masing-masing dan tahu apa untuk dibuat untuk menangani karektor pasangan masing-masing. - Untuk Anak-anak
Kita akan lebih memahami karektor anak-anak kita. Kita boleh mengagak apa minat dan kecenderungan mereka. Jadi kita boleh sesuaikan ilmu pelajaran dengan minat mereka. Ini akan menjadikan mereka insan yang kecemerlang kerana kita menjurus mereka dengan ilmu dan bidang yang mereka minati sedari kecil. Seterusnya menjadikannya ummat yang kecermerlang di dalam bidang kerjayanya kelak. - Untuk kawan-kawan
Kita akan lebih mengenali kawan-kawan. Apabila kita tahu kerektor kawan kita, kita boleh bertindak sewajarnya sesuai dengan apa yang disukainya. - Untuk perniagaan
Ianya akan memudahkan kita mengenali pelanggan kita. Jadi kita lebih senang untuk mendekati mereka untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan kita kepada mereka. Aku banyak menggunakan teknik ini dalam bisnes terutama apabila berurusan dengan pelanggan baru dikenali. Ia juga amat berguna untuk aku mengenali karektor consultant dibawah naungan agensi aku. - Untuk pra-perkahwinan
Bakal suami atau isteri akan boleh mengagak karektor pasangan masing-masing, Jadi mereka boleh merancang masa depan ruma tangga yang bakal dibina nanti.
Wah.. dah panjang bebelan aku ni. Nanti aku sambung semula dengan memberi gambaran serba sedikit ilmu formula modal insan ini. Apakah nombor dan apakah karektor yang diwakilinya. Juga aku akan kongsikan seorang consultant aku yang begitu taksub dengan nombor tarikh lahir ini yang aku rasa tidak patut.
Ok lah. Aku berundur diri. Wassalam.
[…] ini kita boleh perhatikan di dalam penampilan harian mereka. Untuk saya, saya menggunakan Formula Modal Insan untuk menilai dan mengetahui sedikit sebanyak sifat-sifat dan karektor mereka Setakat ini […]