
Jika anda mengikuti dunia hiburan, anda mesti pernah mendengar lagu “Begini Caranya” nyanyian Shaheizy Sam dan Yana Samsuddin. Lagu tersebut pernah menjadi top dan berjaya memasuki carta muzik-muzik. Namun begitu kedua-dua penyanyi iaitu Shaheizy Sam dan Yana Shamsuddin menarik diri.
Best kan lagu tu? Serius aku memang suka lagu tu. Melodinya indah dan dinyanyikan dengan baik oleh dua orang pelakon yang sedang meningkat naik itu.
Semua orang kenal Shaheizy Sam kan? Pelakon yang kerap kali memenangi anugerah di dalam pelbagai majlis anugerah di negara ini. Antaranya Anugerah Bintang Popular Berita Harian.
Tapi tahukah anda bahawa sebenarnya karier Shaheizy Sam bermula dengan nyanyian. Beliau pernah menganggotai band tempatan M.O.B dan pernah menyanyi bersama beberapa orang penyanyi tempatan.
Ini diakui sendiri oleh penyanyi tersebut di Majlis sidang akhbar dan pelancaran Nescafe On Sam yang diadakan di Restoren The Bee @ Publika pada petang 10hb September 2013.

Majlis tersebut diadakan untuk melancarkan kempen Nescafe On Sam. Kempen ini diadakan oleh Nescafe di bawah projek NESCAFE On the Life untuk merealisasikan impian Shaheizy Sam sebagai seorang penyanyi. Ia juga akan merealisasikan impian para peminat Shaheizy Sam untuk turut serta menjayakan impian beliau untuk merakam album.
Caranya ialah dengan turut serta menyumbangkan lirik lagu kepada Shaheizy Sam dan jika terpilih akan dimuatkan ke dalam album pertama Shaheizy yang akan diterbitkan oleh komposer terkenal yang pernah menaikkan nama penyanyi tersohor faizal tahir dan Siti Nurhaliza.

Peminat hanya perlu follow Twitter Shaheizy Sam di @Shaheizy_Sam dan Facebook Shaheizy Sam Fanpage. Kemudian hantarkan lirik ciptaan anda tersebut ke Twitter dan Facebook Fanpage Shaheizy Sam. Peminat boleh menghantar seberapa banyak lirik ciptaan mereka dengan menyertakan sekali hashtag #NescafeOnSam.


Jika anda seorang peminat Shaheizy Sam, peluang ini takkan anda lepaskan. Manalah tau kot-kot lirik anda yang terpilih. Manalah tau kot-kot lagu Shaheizy Sam dengan lirik anda kelak menjadi top dengan hasil sentuhan Audi Mok dan menjuarai juara lagu. Mesti anda juga akan mendapat habuan. Kan?

Jadi hantarlah lirik-lirik ciptaan anda sekarang.
Untuk maklumat lanjut anda boleh ke:
1. Facebook Nescafe Cans
2. Shaheizy Sam Offical Fanpage
3. Twitter Shaheizy Sam
*Ini adalah sponsored post daripada Nestle
Cam best jer. Boleh mengarang lagu merapu nanti..haha
amirnawawi recently posted..Superstar of Magic 3 di Genting Highlands
amirnawawi kreatif kaaaaan? buleh la selagu dua pd shaheizy sam tuuuu
hehe. kalau ada idea boleh je nak join buat lagu ni. lagu kemerdekaan 🙂
pahan recently posted..Foto Instagram Kemaskini September
😉
sapa ada bakat tulis lirik ni boleh la try
blogger lelaki recently posted..Jiwa-Jiwa Kecil
ya la.. untung2 terpilih. nnti leh dapat royalti
belum pernah buat lirik lagu..tetapi saya lebih menyukai shaheizy sebagai seorang seorang pelakon sahaja..
kakiblog recently posted..Kaji Selidik Tentang Backlink Melalui Blogwalking
kalau bro buat lirik mesti best kot… heheheh
artis tu….hahahahahaha gua dah update jom semak 😀
nizam ijam recently posted..TBS – Terminal Bersepadu Selatan Stesen Bas Keselatan
Satu syarikat rakaman tu bro