Masukkan Benda Ni Kalau Buat Perancangan Kewangan.. Kalau Tak Tepat..!

0
140

Untuk menjadikan satu-satu perancangan kewangan itu lebih realistik, faktor inflasi amat perlu diambil kira. Jika tidak, nilai duit yang bakal kalian dapat hasil daripada simpanan dan pelaburan bertahun-tahun nanti tidak tepat dengan kos sebenar pada masa itu nanti.

Duit RM100, 10 tahun dulu dapat membeli satu troli penuh barang dapur. Tapi sekarang duit jumlah yang sama dapat beli hanya separuh troli. 10 tahun akan dating, duit sejumlah yang sama mungkin hanya dapat beli suku troli ataupun lebih sedikit.

Jadi simpanan yang terbaik perlu ada elemen pelaburan yang boleh memberi pulangan sekurang-kurangnya lebih besar daripada kadar inflasi. Contoh: jika simpanan/pelaburan menawarkan kadar pulangan 5% setahun. andaikata kadar inflasi 4%, pulangan sebenar simpanan/pelaburan tersebut hanya 1%!

5% (pulangan pelaburan) – 4% (inflasi) = 1% (pulangan sebenar)

Tapi takkanlah kita nak pulangan 1% jer. Berapa jer duit kita berkembang nanti dengan kadar pulangan purata 1% jer tu. Kan?

Kawan-kawan,

Kita kena jadi bijak dalam bab perancangan kewangan ini. Kena fikir jauh. Perancangan untuk Dana Persaraan, Pendidikan dan lain-lain lagi, eloklah difikirkan dari masa sekarang. Dana ini memerlukan masa yang lama 10-20 tahun untuk ianya berkembang sesuai dengan sasaran amaun dana yang kita perlukan pada masa tersebut.

Antara instrument pelaburan yang agak rendah risiko dengan pulangan yang agak hensem untuk tujuan seperti ini adalah pelaburan dalam Unit Trust! Unit Trust ni memang memerlukan tempoh masa yang sedikit lama. Biasanya kalau nak seronok tengok pulangannya, kita peruntukkan masa antara 10-20 tahun.

Dengan kenaikan harga unit dan pengagihan unit percuma setiap tahun (dividen) yang akan ditambah kepada unit sedia ada, dana kita akan berkembang nilainya dalam masa tersebut.

Risiko pelaburan Unit Trust ini pun boleh diterima oleh pelabur yang kurang arif dan kurang masa untuk monitor pelaburan mereka. Perlu diingat sifir pelaburan: ‘lebih tinggi risiko pelaburan, lebih tinggi potensi pelangan dana unit trust’.

Boleh picit link ini untuk Abam cuba selesaikan kemelut persoalan yang melanda kalian dalam bab perancangan kewangan dan Unit Trust ini:

http://www.wasap.my/+601151044626/UnitTrust

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge